Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Lakukan Simulasi Serangan Terhadap USS Theodore Roosevelt di Laut China Selatan

0 555

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Beberapa hari lepas, sejumlah 26 buah pesawat tentera China telah menceroboh Zon Pertahanan Udara (ADIZ) Taiwan di dalam tempoh dua, tindakan provokasi oleh Beijing yang telah membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat.

Washington meminta Beijing supaya menghentikan tindakan “intimidation” terhadap Taiwan.

China
Pesawat pengebom H-6 bersama persenjataan yang boleh dibawanya.

Rupa-rupanya pencerobohan pesawat-pesawat China pada 23 dan 24 Januari itu menurut pegawai-pegawai perisikan Amerika Syarikat dan rakan sekutunya, bukan suatu pencerobohan yang biasa tetapi ia adalah “simulasi serangan.”

Dan sasaran “simulasi serangan” pesawat-pesawat China dalam latihan itu termasuk pesawat pengebom Xian H6-K adalah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Theodore Roosevelt dan kapal-kapal pengiringnya (carrier battle group) yang pada ketika itu berada di Laut China Selatan, tidak jauh daripada perairan Taiwan. Selain USS Theodore Roosevelt, Amerika Syarikat turut mengerahkan amphibious assault ship USS America ke Laut China Selatan.

China
Pesawat H-6 diiringi oleh dua buah pesawat pejuang Su-30 Tentera China.

Menurut laporan, juruterbang-juruterbang H6-K boleh didengar di dalam sistem komunikasi kokpit mengesahkan arahan untuk melancarkan peluru-peluru berpandu terhadap kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt dan kapal-kapal pengiringnya.

Pencerobohan pda 23 Januari itu melibatkan lapan buah pesawat pengebom H6-K yang boleh membawa pelbagai peluru berpandu anti kapal termasuk peluru berpandu anti kapal YJ, malah laporan media baru-baru ini menunjukkan China telah meningkatkan kemampuan serangan pesawat pengebom ini.

Kini pesawat H6-K boleh membawa peluru berpandu hypersonic yang direkabentuk khusus untuk menenggelamkan kapal-kapal pengangkut pesawat.

Media-media China menggelar peluru berpandu itu sebagai “aircraft carrier killer”.

Selain pesawat-pesawat pengebom, insiden pencerobohan pesawat China itu turut melibatkan pesawat –pesawat pejuang Su-30, J-10 dan J-16 yang masing-masing boleh membawa peluru berpandu anti kapal.

Pendedahan tentang perbualan juruterbang-juruterbang pesawat pengebom China itu menunjukkan persaingan ketenteraan di antara China, Taiwan dan Amerika Syarikat berkenaan isu Laut China Selatan tidak pernah kendur walaupun Jo Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Terbaru, Amerika Syarikat turut mengerah pesawat pengebom B-52 “Stratofortress” serta pesawat pengintip U-2S “Dragon Lady” untuk melakukan rondaan di Laut China Selatan.

SILA JOIN GROUP TELEGRAM DEFENCE SECURITY ASIA DI https://t.me/DefSecAsia

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...