Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Taiwan Lancar Kapal Selam Buatan Sendirinya Yang Pertama “Haikun”

Kapal selam buatan sendiri pertama Taiwan itu dibina dengan peruntukan US$1.54 bilion (RM6.93 bilion), tetapi bagi kerajaan Taiwan ia adalah pelaburan yang berbaloi untuk mempertahankan pulau itu daripada sebarang pencerobohan.

0 3,263

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Taiwan telah melancarkan kapal selam pertama diesel-elektrik dibinanya sendiri hari ini, dalam satu detik bersejarah baginya yang terpaksa berhadapan dengan tindak-tanduk Beijing yang mahu menjadikan pulau itu sebahagian daripada wilayah China.

Presiden Taiwan Tsai Ing-wen telah melancarkan kapal selam itu yang dinamakan “Haikun” di pelabuhan Kaohsiung di selatan Taiwan.

“Haikun” itu bermaksud “ikan besar” di dalam Bahasa Cina.

Kapal selam buatan sendiri Taiwan itu akan menjalani ujian di lautan selepas ini, sebelum ditauliahkan ke dalam tentera laut pulau itu pada tahun depan.

Kapal selam kedua buatan sendiri Taiwan dijangka akan dilancarkan pada tahun 2027.

Taiwan
“Haikun”

 

“Pada waktu dahulu, usaha membina kapal selam sendiri dianggap sebagai mustahil, tetapi pada hari ini sebuah kapal selam telah direka dan dibina sendiri oleh rakyat Taiwan sendiri,” kata presiden Taiwan itu pada majlis pelancaran kapal selam itu.

Kapal selam buatan sendiri pertama Taiwan itu dibina dengan peruntukan US$1.54 bilion (RM6.93 bilion), tetapi bagi kerajaan Taiwan ia adalah pelaburan yang berbaloi untuk mempertahankan pulau itu daripada sebarang pencerobohan.

Walaupun kapal selam itu buatan sendiri, tetapi “Haikun” menggunakan sistem kombat yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat serta torpedo buatan negara itu.

Tujuh negara dilaporkan telah membantu Taiwan merekabentuk dan membina kapal selam buatan sendirinya yang pertama itu.

Pembinaan kapal selam itu telah bermula pada tahun 2020 dan telah berhadapan dengan pelbagai cabaran, tetapi akhirnya pulau itu berjaya menyiapkan pembinaan “Haikun” hasil kerjasama pihak dalaman pulau itu bersama-sama negara sahabat.Taiwan

Secara keseluruhannya, Taiwan mahu membina lapan buah kapal selam diesel-elektrik bagi menggantikan dua buah kapal selam buatan Belanda dan sebuah kapal selam era Perang Dunia kedua Amerika Syarikat yang digunakannya untuk tujuan latihan.

Kapal-kapal buatan sendiri Taiwan itu mempunyai objektif utama iaitu menghalang tentera China daripada mengepung pulau itu dan menghalang aset-aset maritim China daripada belayar melintasi “First Island Chain.” (rangkaian pulau pertama)

Jika China berjaya mengepung Taiwan, Bashi Channel dan Balintang Channel akan menjadi laluan utama bagi kapal-kapal pengangkut pesawat dan kapal perang negara itu untuk ke Laut Filipina dan seterusnya ke Lautan Pasifik bagi mengelak ia melaksanakan operasi anti-access/area denial terhadap tentera Amerika Syarikat. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...