Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Ikan Paus Besar” (Taigei), Kapal Selam Paling Senyap Jepun

Berkuasa diesel-elektrik, kapal selam kelas-Taigei seberat 3,000 tan itu dikatakan adalah kapal selam tercanggih Jepun dengan kemampuan untuk berada di bawah permukaan laut lebih lama berbanding kapal-kapal selam konvensional yang lain.

0 6,570

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jepun memiliki sejarah yang panjang dalam membina kapal selam konvensional yang berkeupayaan tinggi dan tradisi itu diteruskan dengan pembinaan tujuh buah kapal selam kelas-Taigei yang bermaksud “Big Whale” atau “Ikan Paus Besar” di dalam bahasa Jepun.

Berkuasa diesel-elektrik, kapal selam kelas-Taigei dikatakan adalah kapal selam tercanggih Jepun dengan kemampuan untuk berada di bawah permukaan laut lebih lama berbanding kapal-kapal selam konvensional yang lain.

Setakat ini, dua daripada tujuh buah kapal selam kelas-Taigei (JS Taigei dan JS Hakugei) telah pun dilancarkan dan tidak lama akan ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self Defense Force).

Taigei

Tempoh kapal selam kelas-Taigei sepanjang 84 meter dan berat 3,000 tan berada di bawah permukaan laut hanya dapat diatasi oleh kapal-kapal berkuasa nuklear, sebagaimana di dakwa oleh penganalisis pertahanan Jepun.

Mengapa kapal selam kelas-kelas Taigei itu boleh berada di bawah permukaan dengan lama?

Jawapannya adalah bateri Lithium-Ion yang dibawa oleh kapal selam moden itu untuk menyimpan kuasa elektrik yang dijana oleh enjin diesel kapal selam itu bagi membolehkannya berada di bawah permukaan laut lebih lama dan bergerak lebih pantas.

Jepun telah menjalankan kajian yang terperinci tentang penggunaan bateri Lithium-Ion untuk kapal-kapal selamnya sejak awal tahun 2000.

Taigei

Negara itu mendapati penggunaan bateri Lithium-Ion itu memerlukan penyelenggaran yang minimal dan membuatkan kapal selam berkemampuan untuk bergerak dengan lebih laju serta berada lebih lama di bawah permukaan air.

Bateri Lithium-Ion juga akan menjadikan kapal selam Jepun lebih senyap ketika berada dibawah permukaan laut, menyukarkan lagi untuk dikesan oleh sonar kapal pihak musuh.

Kapal selam kelas-Taigei Jepun juga dikatakanantara kapal selam yang paling senyap ketika berada di bawah permukaan hasil kajian bertahun-tahun lamanya oleh Tentera Jepun untuk mengurangkan bunyi yang dihasilkan oleh air laut disekelilingya apabila ia bergerak serta bunyi yang dihasilkan daripada kipas kapal selam itu,

Taigei

Setakat ini hanya Jepun menggunakan bateri Lithium-Ion pada kapal-kapal selamnya.

Kemasukkan kapal selam diesel-elektrik “Taigei” itu akan menjadikan bilangan keseluruhan armada kapal selam Jepun kepada 22 buah.

Kapal selam kelas-Taigei Jepun itu berkemampuan membawa sehingga enam buah torpedo serta peluru-peluru berpandu “Harpoon” untuk melaksanakan misi-misi offensive.

Taigei

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Tokyo merupakan antara sekutu rapat Amerika Syarikat dan usaha membesarkan angkatan kapal selam oleh Jepun sudah semestinya disambut baik oleh Washington, pada ketika China juga aktif dalam meningkatkan keupayaan maritim mereka.

Pada ketika ini, China mengoperasikan kira-kira enam buah kapal selam berkuasa nuklear dan 50 buah kapal selam konvensional.

Bateri Lithium Ion digunakan oleh kapal selam kelas-Taigei itu dibekalkan oleh syarikat pembekal bateri. GS Yuasa. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

Comments
Loading...