Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

18 Mac 2023 Tarikh Penting Pada “Hurjet” Dan “TF-X”

Pada 18 Mac 2023, pesawat prototaip "Hurjet" yang ditawarkan kepada Malaysia akan melakukan penerbangan sulung manakala pesawat prototaip "TF-X" pula membuat kemunculannya kepada dunia.

0 4,280

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tarikh 18 Mac tahun depan amat penting kepada syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI) kerana pada hari tersebut ia akan menyaksikan berlakunya dua perkara penting kepadanya dan juga  industri pertahanan Turki.

Pertama – pada tarikh itu pesawat prototaip “Hurjet” yang ditawarkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) direncanakan akan melakukan penerbangan sulungnya, selepas beberapa tahun di dalam fasa pembangunan.

Pihak TAI menawarkan “Hurjet” kepada TUDM bagi memenuhi keperluannya untuk mendapatkan 18 hingga 36 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA)  bagi menggantikan pesawat Hawk, MiG-29 dan Aermacchi MB339 miliknya.

Hurjet
Mock-up pesawat “Hurjet” pada pameran udara Farnborough 2022.

 

Pihak Turki dipercayai telah membelanjakan US$1 bilion (RM4 bilion) untuk membangunkan pesawat “Hurjet” itu.

Sehingga kini, “Hurjet” yang menggunakan enjin F404 telah memperolehi 12 pesanan daripada Tentera Udara Turki yang mahu menggunakan pesawat untuk menggantikan pesawat T-38 Talon buatan Amerika Syarikat itu.

Tentera Udara Turki dijangka mula memperolehi pesawat-pesawat “Hurjet” itu pada 2025.

Menurut ketua pegawai eksekutif TAI, Temel Kotil berkata lima tahun selepas TAI membangunkan pesawat latihan turboprop “Hurkus”, kini ia berada di ambang satu lagi kejayaan membabitkan pesawat FLIT/LCA “Hurjet.”

“Kita mahu lebih banyak kejayaan,” kata beliau.

Hurjet

Kedua — pada tarikh 18 Mac 2023 itu juga,syarikat TAI juga merancang untuk menampilkan buat pertama kalinya prototaip pesawat pejuang generasi kelima dikenali sebagai TF-X (Turkish Fighter Xperiment) kepada seluruh dunia.

Pihak syarikat merancang dua tahun selepas tarikh 18 Mac 2023 iaitu pada tahun 2025, pesawat prototaip TF-X yang dilengkapi dengan dua enjin dan berkelajuan supersonik itu akan melakukan penerbangan sulungnya.  

Pada 2028, Tentera Udara Turki akan mula mengenakan pesawat-pesawat TF-X.

Tarikh 18 Mac 2023 itu adalah amat penting dan bersejarah pada Turki kerana ia adalah hari kemenangan bagi negara itu dalam Peperangan Gallipoli yang berlaku pada Perang Dunia Pertama dengan menumpaskan tentera Inggeris dan Perancis.

Seramai 250,000 tentera dari kedua-dua pihak maut dalam peperangan itu.

TFX
Pesawat TF-X dibangunkan oleh Turki.

 

Pesawat prototaip TF-X itu akan dilengkapi dengan enjin buatan General Electric  F110, yang amat dikenali oleh pihak Turki kerana ia turut digunakan oleh pesawat-pesawat F-16 milik negara itu.

Namun oleh kerana Turki mahukan pesawat pejuang generasi kelima TF-X itu dilengkapi 100 peratus dengan teknologi tempatan, maka pihak berkuasa pertahanan negara itu telah mengiklankan tender antarabangsa untuk mencari rakan kongsi kepada syarikat tempatan, TRMotor yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan enjin pesawat TF-X itu.

Pembangunan kemudahan untuk membina pesawat TF-X dan projek lain sedang giat dibiana di luar kampus syarikat itu di Ankara.

TFX
Kokpit pesawat mock-up “TF-X”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Antara kemudahan-kemudahan itu termasuklah terowong angin dan lain-lain lagi.

Sementara itu Kotil juga berkata, jurutera daripada BAE Systems meneruskan bantuan mereka daripada rekabantuk dan kerja-kerja kejuruteraan untuk program TF-X menerusi perjanjian dua hala kedua-dua negara yang ditandatangani pada 2017. — DSA

Comments
Loading...