Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Proses Perolehan Sistem UAV-MALE TUDM Dalam Peringkat Akhir

Laporan mengenai penilaian fizikal dan teknikal pesawat-pesawat UAV-MALE itu telah pun dibentangkan kepada Lembaga Perolehan Kementerian Pertahanan pada 12 Jan, 17 Mac dan 28 April dan sedang menunggu keputusan oleh Kementerian Pertahanan,

0 4,297

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Proses tender bagi perolehan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV-MALE Medium Altitude Long Endurance) untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini memasuki peringkat akhir.

Berkata mengenai perkara itu dalam satu temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris tempatan (keluaran Mei-Jun2022), Panglima TUDM Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, pasukan TUDM telah pun melakukan penilaian teknikal dan fizikal terhadap sistem UAV-MALE yang disenarai akhir pada Disember tahun lepas.

“Laporan mengenai penilaian fizikal dan teknikal pesawat-pesawat UAV itu telah pun dibentangkan kepada Lembaga Perolehan Kementerian Pertahanan pada 12 Jan 2022, 17 Mac 2022 dan 28 April 2022 dan sedang menunggu keputusan oleh Kementerian Pertahanan,” kata beliau dalam temuramah itu.

Turki
TAI “Anka”

 

Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender antarabangsa pada Ogos 2020 untuk mendapatkan tiga buah sistem UAV-MALE (bersama-sama segala sistem yang berkait dengannya seperti ground stations dll) dan tender itu telah pun ditutup pada 26 November 2020.

Secara keseluruhannya, TUDM mempunyai keperluan untuk enam buah UAS-MALE dengan tiga buah sistem akan diperolehinya pada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) manakal selebihnya iaitu tiga lagi buah sistem akan diperolehi pada RMK-13 (2026-2030).

Kerajaan Malaysia telah meluluskan sejumlah peruntukan di bawah Kelulusan Keperluan Kritikal (Rancangan Perbelanjaan (RP)-4) bagi perolehan tiga buah UAS MALE Fasa 1.

CH-4
CH-4 keluaran China

 

Antara calon-calon yang dipercayai telah menyertai tender antarabangsa untuk membekalkan sistem UAV MALE ini adalah Turkish Aerospace Industries (TAI) “Anka”Predator B (MQ-9 Reaper) daripada syarikat General Atomics, Wing Loong daripada Chengdu Aircraft Industry Group (CAIC),  Patroller daripada Safran dan CH-4 daripada China Aerospace Science and Technology Corporation serta Falco daripada Leonardo.

Sebagaimana yang kita tahu, Turki dan Amerika Syarikat telah melakukan “strong pitch” kepada Kementerian Pertahanan supaya memilih sistem mereka, malah Perdana Menteri turut tidak melepaskan peluang melawat kemudahan TAI ketika lawatannya ke Turki baru-baru ini.

Walaupun begitu, kita tidak juga boleh mengenepikan saingan daripada China (walaupun peluang mereka nampak tipis).

UAS-MALE
Orion-E oleh Russia

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dengan dakwaan sistem UAV-MALE China sering mengalami masalah teknikal sebagaimana yang dialami oleh beberapa negara Timur Tengah dan Afrika Utara serta pencerobohan pesawat-pesawat China di Zon Maritim Malaysia (ZMM) pada 31 Mei lepas, bidaan daripada syarikat China itu mungkin mendapat rintagan daripada pembuat dasar di Putrajaya.

Russia juga dikatakan menghantar wakilnya dengan Kronstadt Group menonjolkan sistem UAS-MALE “Orion-E” sebagai pesaing dalam tender itu, bagaimanapun seperti mana semua sistem persenjataan daripada Russia terdapat ancaman CAATSA oleh Amerika Syarikat terhadap mana-mana negara yang membelinya. — DSA

 

Comments
Loading...