Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

K’jaan Belanja RM31 Juta Kendali Kes Mahkamah Tuntutan Kumpulan Sulu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan jumlah tersebut melibatkan kos perkhidmatan peguam antarabangsa, prosiding mahkamah, terjemahan, penyelidikan sejarah dan perundangan.

0 734

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sejumlah RM31 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan bagi pengendalian kes mahkamah di empat negara bagi menghadapi tuntutan yang difailkan kumpulan Sulu terhadap Malaysia sejak 20 Nov 2019 hingga 20 Januari lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan jumlah tersebut melibatkan kos perkhidmatan peguam antarabangsa, prosiding mahkamah, terjemahan, penyelidikan sejarah dan perundangan.

“Secara khususnya fi guaman dan bayaran sahaja sebanyak RM36,000 (2019), RM167,000 (2020), RM8.2 juta (2021), RM13.5 juta (2022) dan RM5.4 juta (2023) bagi pengendalian kes mahkamah di empat negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda,” kata beliau menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) berhubung kos guaman yang terlibat dalam tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia.

Selain itu, Azalina memaklumkan keputusan permohonan rayuan kerajaan Malaysia terhadap Perintah Mahkamah Perancis bertarikh 29 Sept 2022 dijangka dikeluarkan pada Jun ini dengan pendengaran permohonan rayuan itu telah berlangsung pada 6 Feb lepas di Mahkamah Rayuan Perancis. 

Azerbaijan
Lapangan Gas Shah Deniz, Azerbaijan

 

Kumpulan Sulu sebelum ini dilaporkan membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Pada 28 Feb 2022, penimbang tara Dr Gonzalo Stampa dilapor telah memberikan final award kepada penuntut sebanyak US$14.92 bilion.

Bagaimanapun, Mahkamah Perancis telah menangguhkan penguatkuasaan final award yang diberikan Stampa sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung segala tindakan perundangan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia.

Laporan berita hari ini menyatakan bahawa bailif mahkamah di Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan baharu untuk dua unit milik syarikat minyak dan gas kebangsaan, Petronas minggu ini.

Ini berikutan permohonan oleh ‘waris’ bekas kesultanan untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion yang mereka menangi terhadap Malaysia, kata peguam waris itu dan dokumen mahkamah yang dilihat oleh Reuters.

Shah Deniz
Jaringan paip-paip gas asli mamastikan gas asli daripada Lapangan Shah Deniz di Azerbaijan boleh dijual di benua Eropah.

 

Pada hari Selasa lalu, dokumen mahkamah yang dikongsi oleh peguam waris itu, Paul Cohen, menunjukkan bahawa bailif mahkamah di Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan kedua ke atas unit dan akaun bank berkaitan.

Cohen, dari firma guaman British, 4-5 Gray’s Inn Square, memberitahu Reuters bahawa mahkamah daerah Luxembourg sememangnya telah menarik balik perintah rampasan pertama mengenai isu kecil yang telah ditangani, tetapi tidak membuat penghakiman berhubung merit timbang tara berkenaan.

“Terdapat ketetapan teknikal yang kini telah ditangani dengan berkesan, dan perintah pembekuan sekali lagi dilaksanakan ke atas aset Petronas di Luxembourg,” katanya menerusi e-mel. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...