Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PETRONAS Akan “Lawan” Tuntutan Waris Kesultanan Sulu

"PETRONAS mempertahankan pandangannya bahawa sebarang tindakan yang dikatakan menyasarkan Petronas berhubung kes ini adalah tidak berasas dan Petronas akan terus mempertahankan pendirian undang-undangnya," kata PETRONAS kepada agensi berita, Reuters.

0 1,115

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS menegaskan bahawa ia akan menentang sebarang tuntutan ke atas asetnya oleh waris Kesultanan Sulu, yang menuntut pampasan sebanyak AS$15 bilion (RM69.5 bilion) daripada kerajaan Malaysia.

Beberapa hari lalu,  waris kepada Kesultanan Sulu telah meminta kebenaran daripada mahkamah di Belanda untuk merampas aset-aset yang dimiliki oleh PETRONAS di negara Eropah itu,menurut peguam mereka.

Petisyen yang dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan di The Hague, Belanda itu merupakan satu lagi tindakan perundangan susulan oleh waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia, selepas  mereka cuba merampas aset-aset milik PETRONAS di Azerbaijan.

Petronas

“PETRONAS mempertahankan pandangannya bahawa sebarang tindakan yang dikatakan menyasarkan Petronas berhubung kes ini adalah tidak berasas dan Petronas akan terus mempertahankan pendirian undang-undangnya,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada agensi berita antarabangsa, Reuters.

Jumaat lepas, kerajaan Malaysia memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap langkah perundangan terbaru oleh waris Kesultanan Sulu itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata bahawa Malaysia akan mempertahankan kedaulatan dan asetnya di luar negara serta tidak akan bertolak-ansur atau tunduk kepada mana-mana pihak yang memanipulasi dan menyalah guna sistem mahkamah demi kepentingan peribadi.

Untuk menangani tindakan pihak terbabit katanya, kerajaan sudah memulakan strategi global yang proaktif untuk menghalang dan mengenepikan sebarang cubaan merampas atau campur tangan dalam urusan berkaitan aset Malaysia di luar negara

“Aset Petronas bukanlah milik kerajaan (Malaysia) dan permohonan untuk mengiktiraf serta menguatkuasa aset berkenaan dilihat sebagai suatu pencabulan proses mahkamah,” kata beliau.

Sulu
Bedilan mortar 81mm terdapap kedudukan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada 2013.

 

Waris sultan Sulu menyasarkan aset Malaysia yang berada di luar negara selepas Malaysia enggan kerajaan mengiktiraf keputusan mahkamah timbang tara Perancis pada Februari lalu yang mendapati Malaysia mengingkari perjanjian pajakan tanah pada 1878.

Perjanjian itu ditandatangani antara dua penjajah Eropah dan sultan Sulu bagi kegunaan wilayahnya, yang sebahagiannya kemudian masuk ke dalam Malaysia.

Malaysia mematuhi perjanjian itu sehingga 2013, dengan membayar waris Sultan Sulu kira-kira AS$1,000 (RM4,637) setahun.

Bagaimanapun Kuala Lumpur menghentikan pembayaran selepas pencerobohan oleh pengikut bekas kesultanan Sulu yang ingin menuntut semula tanah itu.

Waris sultan Sulu meneruskan proses timbang tara ke atas penangguhan itu, yang tidak disertai Malaysia kerana dikatakan tidak sah.

sulu
Kumpulan bersenjata Sulu

 

Pada Julai lepas, aset-aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan cuba dirampas oleh waris kesultanan Sulu.

Aset-aset syarikat minyak dan gas negara yang cuba dirampas oleh waris Kesultanan Sulu didaftarkan di Luxembourg iaitu PETRONAS Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih US$2 bilion (RM8.8 bilion).

Sebelum waris Kesultanan Sulu cuba merampas aset-aset PETRONAS di Luxembourg dan Azerbaijan, syarikat minyak dan gas negara telah melupuskan aset-asetnya terlebih dahulu.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Segala hasil daripada perlupusan aset-aset PETRONAS itu telah pun dikembalikan kepada syarikat minyak dan gas negara dengan sewajarnya.

Cubaan pihak waris Kesultanan Sulu merampas aset-aset milik Malaysia bermula apabila Mahkamah Timbang Tara di Perancis pada Februari lepas memerintahkan supaya kerajaan Malaysia membayar sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Kesultanan Sulu.

Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf keputusan Mahkamah Timbang-Tara Perancis memerintahkan ia supaya membayar RM62 bilion pampasan kepada waris Sultan Sulu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...