Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kita Tidak Cannibalise Sukhoi Su-30MKM Untuk Alat Ganti” – Adly Zahari

“Kita tidak melakukan itu (cannibalise) kerana kita menjalankan penyelenggaraan, kita melantik syarikat tempatan, ATSC untuk pastikan kita ada kelengkapan dan alatganti (untuk Su-30MKM) yang cukup.” -- Timbalan Menteri Pertahanan

0 7,525

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk “cannibalise” pesawat Sukhoi Su-30MKM sedia ada bagi memastikan pesawat pejuang buatan Russia itu yang lain mempunyai alat ganti yang mencukupi untuk “terbang” dan menjalankan tugasnya dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, walaupun konflik Russia-Ukraine memberi kesan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam mendapatkan alat ganti Su-30MKM, tetapi TUDM masih mampu memperolehi alat ganti pesawat pejuang itu daripada Russia menerusi syarikat tempatan yang dilantik, Aerospace Technology Systems Corporation Sdn Bhd (ATSC). 

“Kita tidak melakukan itu (cannibalise) kerana kita menjalankan penyelenggaraan, kita melantik syarikat tempatan, ATSC untuk pastikan kita ada kelengkapan dan alatganti yang cukup.”

SU-30MKM

“Data yang ada pada kita menunjukkan bahawa kita boleh selenggara pesawat pejuang Sukhoi (Su-30MKM) untuk tempoh dua tahun akan datang,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) di Dewan Rakyat semalam.

Syarikat ATSC yang ditubuhkan pada 1994 itu hasil kerjasama kerajaan dengan agensi kerajaan Russia dinamakan Rosvoorouzhenie, kini dikenali sebagai Rosoboronexport dan Moscow Aircraft Production Organisation (MAPO), kini dikenali sebagai JSC RAC MiG.

Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata, walaupun perang Russia-Ukraine itu berkemungkinan akan berlanjutan untuk suatu tempoh yang tidak dapat dijangkakan tetapi Kementerian Pertahanan dan TUDM telah merangka pelan penyelenggaraan pesawat pejuang Su-30MKM untuk tempoh akan mendatang. 

Menurutnya, pihak TUDM juga mempunyai keupayaan dalaman untuk melakukan sendiri sebahagian daripada penyelenggaraan pesawat Sukhoi Su-30MKM itu termasuk peralatan elektroniknya.

“Bukan semua penyelenggaraan harus ditampung syarikat dari Rusia itu sendiri, tetapi kita tahu keupayaan TUDM yang sebahagian daripada penyelenggaraan termasuk dalam bidang elektronik, kita punyai keupayaan dalaman,”katanya.

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM melancarkan peluru berpandu pada Eksesais ABABIL 2021. (gambar TUDM)

 

Selain India yang memiliki lebih daripada 250 pesawat Sukhoi Su-30MKI yang dibina secara berlesen dalam negara oleh Hindustan Aeronautics Ltd (HAL), China juga dikenalpasti sebagai sumber alternatif untuk mendapatkan alatganti bagi pesawat Su-30MKM.

Adly juga berkata bahawa pihak Kementerian Pertahanan dan TUDM sedang menjalankan kerja-kerja SLEP (Service Life Extension Program) dan Mid-Life Upgrades (MLU) terhadap pesawat Su-30MKM bagi memastikan pesawat pejuang buatan Russia itu boleh digunakan secara optimum dan ia kekal relevan.

TUDM memiliki 18 buah pesawat pejuang Su-30MKM yang dibina oleh syarikat Irkut Corp dan kini berpengkalan di Gong Kedak.

Malaysia mula menggunakan pesawat MRCA itu pada 2007.

Su-30MKM
Pesawat Sukhoi Su-30MKM di Pangkalan Udara Labuan tahun lepas.

 

ATSC ini ada subsidiary kepada National Aerospace and Defence Industry Sdn Bhd (NADI) yang memegang 70 per cent sahamnya manakala rakan-rakan Russianya,  RAC MiG dan Rosoboronexport masing-masing memegang 25 peratus dan lima peratus.

Kerajaan turut memegang golden share dalam ATSC itu.

ATSC yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja membabitkan pesawat Su-30MKM dan MiG-29N milik TUDM sedang melaksanakan program dipanggil “Preventive and Restoration Works” selepas pesawat Sukhoi kita itu mencecah usia 10 tahun. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...