Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Pertingkat Pengeluaran Su-57, Lengkapinya Dengan Teknologi Gen-6

Dengan Amerika Syarikat berusaha meningkatkan lagi keupayaan pesawat pejuang generasi kelimanya, F-35 Block 4 dengan pelbagai kemampuan baru dan terkini, Russia juga bertindak sama dengan menaiktaraf pesawat pejuang Su-57 dengan kemampuan pesawat pejuang generasi ke-enam.

0 5,891

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun berhadapan dengan sekatan ekonomi yang ketat oleh masyarakat antarabangsa, namun industry pertahanan Russia masih mampu mengirimkan pesawat-pesawat pejuang baru kepada tentera udara negara itu.

Hanya beberapa hari lepas, syarikat pembuat pesawat negara itu telah berjaya mengirimkan pesawat-pesawat pejuang Su-57 “Felon” dan Su-35S kepada Tentera Udara Russia (dipanggil Russian Aerospace Force).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Russia, Yuri Gagarin Aviation Plant di Komsomolsk-0n-Amur yang bernaung di bawah United Aircraft Corporation telah berjaya menyiapkan kedua-dua jenis pesawat pejuang itu untuk  kegunaan Tentera Udara Russia.

Selepas dilakukan segala ujian oleh kilang dan prestasi, pesawat-pesawat pejuang itu telah diserahkan kepada Tentera Udara Russia dan perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Industri dan Perdagangan Denis Manturov.

Industri pertahanan Russia sepatutnya mula menghasilkan pesawat pejuang Su-57 “Felon” untuk tentera udaranya pada 2017, namun ia hanya berjaya berbuat demikian pada tahun 2021 berikutan kemalangan yang berlaku ketika melakukan penerbangan ujian pada 2019.

Su-57

Pada ketika ini, Tentera Udara Russia memiliki bilangan pesawat pejuang Su-57 yang terhad dipercayai bawah 20 buah, tetapi telah bertindak meningkatkan lagi pengeluaran pesawat pejuang itu yang dikategorikan sebagai pesawat pejuang generasi kelima pertama bagi Russia.

Tidak ada jumlah terkini pegangan pesawat pejuang Su-57 dimiliki oleh Tentera Udara Russia, tetapi menurut perancangan perolehan oleh Kementerian Pertahanan negara itu, ia bercadang memiliki 76 buah pesawat pejuang generasi kelima itu pada 2027.

Ketua Pengarah United Aircraft Corporation Yuri Slyusar berkata, , UAC telah menerima peruntukan baru untuk memperolehi peralatan-peralatan teknikal dan memodenkan serta membesarkan lagi kemampuan produksinya.

Kesemua usaha itu akan membolehkan syarikat membantu syarikat meningkatkan produksi bukan sahaja pesawat pejuang Su-57,tetapi juga pesawat-pesawat pejuang Su-35S untuk Tentera Udara Russia yang kini digunakan secara aktif di Ukraine.

Peningkatan produksi pesawat-pesawat pejuang akan membantu “menggantikan” pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Russia termasuk Su-35 dalam konflik di Ukraine.

Su-57

Tentera Udara Russia dilapor turut menggunakan pesawat pejuang Su-57 pada konflik di Ukraine, tetapi penglibatannya terbatas dengan hanya melakukan serangan-serangan menggunakan peluru berpandu jarak jauh daripada dalam sempadan Russia untuk mengelak ancaman sistem pertahanan udara Ukraine.

Syarikat akan meningkatkan produksi pesawat pejuang generasi kelima Su-57 kepada Tentera Udara Russia,” kata Slyusar dan menambah, produksi pesawat pejuang Su-35 juga akan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan tentera udara negara itu.

Dengan Amerika Syarikat sedang berusaha meningkatkan lagi keupayaan pesawat pejuang generasi kelimanya, F-35 Block 4 dengan pelbagai kemampuan baru dan terkini, Russia juga bertindak sama dengan menaiktaraf pesawat pejuang Su-57 dengan beberapa kemampuan pesawat pejuang generasi ke-enam.

Menurut agensi berita Russia,TASS,  pesawat Su-57 itu akan dinaiktaraf untuk memiliki kemampuan Artificial Intelligence (AI).

Juruterbang ujian di Sukhoi Design Bureau, Rafael Suleimanove dilaporkan berkata bahawa dengan penggunaan AI pada pesawat pejuang itu, ia akan membolehkan Su-57 “berbuat apa sahaja ketika di udara.”

Su-35
Su-35S yang baru diserahkan kepada Tentera Udara Russia beberapa hari lepas.

 

Mana-mana juruterbang yang pernah menerbangkan pesawat Su-35, akan berupaya untuk menerbangkan Su-57 tanpa masalah.

Pesawat-pesawat Su-57 yang dinaiktaraf itu juga direka untuk membawa pelbagai sistem persenjataan baru yang sedang dan akan dibangunkan oleh Russia.

Selain peralatan dalaman pesawat dan sistem persenjataan, pesawat Su-57 yang dinaiktaraf itu juga dijangka dilengkapi dengan enjin baru dikenali dengan nama “Izdeliye 30” yang membolehkan pesawat meluncur pada kelajuan supersonik tanpa menggunakan afterburner.

 Pada ketika ini, pesawat-pesawat Su-57 yang telah dibangunkan hanya menggunakan “enjin sementara” iaitu NPO Saturn Product 117 yang merupakan varian kepada enjin AL-41F-1S yang dibangunkan daripada enjin pesawat Su-35.

Menurut penganalisis, penggunaan enjin Izdeliye 30 itu akan meningkatkan daya tujahan (thrust) pesawat Su-57 itu dan keberkesanan penggunaan minyak, selain mengurangkan berat keseluruhan pesawat generasi kelima itu serta kerja-kerja penyelenggarannya.

Su-35

 Berlainan dengan pesawat generasi keempat, pesawat Su-57 boleh mengekalkan kelajuan supersonik sepanjang misi dilakukannya, walaupun sedang berhadapan dengan musuh.

“Pesawat generasi keempat berada dalam kelajuan subsonic dalam sebahagian besar masanya dan akan hanya berada pada kelajuan supersonik ketika melaksanakan misi kombat, tetapi pesawat Su-57 direkabentuk untuk terbang dalam kelajuan supersonik hampir sepanjang masa,” kata pegawai Sukhoi Design Bureau. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...