Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lebih Banyak Kapal LCS Kelas-Freedom Ditamat Khidmat Walau “Berusia Muda”

Kedua-dua buah kapal LCS Kelas-Freedom itu, USS Little Rock (LCS-9) dan USS Detroit (LCS-7)  berpangkalan di Naval Station Mayport di Florida. USS Little Rock telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Amerika Syarikat pada 2017 manakala USS Detroit pada 2016.

0 9,415

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Amerika Syarikat akan menamatkan khidmat dua buah lagi kapal Littoral Combat Ship (LCS) miliknya yang “bermasalah”, walaupun kedua-dua buah kapal perang itu hanya berusia kurang  daripada 10 tahun.

Kedua-dua buah kapal LCS Kelas-Freedom itu, USS Little Rock (LCS-9) dan USS Detroit (LCS-7)  berpangkalan di Naval Station Mayport di Florida.

USS Little Rock telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Amerika Syarikat pada 2017 manakala USS Detroit pada 2016.

Kedua-dua buah kapal perang itu dipercayai akan dipindahkan kepada negara asing di bawah program Foreign Military Sales (FMS), sekiranya ada negara asing yang berminat untuk memperolehinya serta menanggung kos operasinya yang tinggi.

Kapal-kapal LCS kelas-Freedom dibangunkan untuk berkhidmat selama 25 tahun dengan Tentera Laut Amerika Syarikat.

LCS
USS Detroit

 

Dua buah kapal LCS itu menyertai kapal-kapal kapal-kapal LCS-kelas Freedom dan kapal-kapal cruiser kelas-Ticonderoga yang Tentera Laut Amerika Syarikat cadang untuk ditamatkan khidmat pada tahun ini.

Tentera Laut Amerika Syarikat telah pun menamatkan kapal cruiser USS Champlain pada 1 Sept lalu, USS Milwaukee pada 11 Sept, USS Bunker Hill pada Sept 22 manakala USS Mobile Bay telah dibersarakan pada 10 Ogos yang lalu.

Kesemua kapal perang cruiser itu telah berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat lebih 30 tahun.

Ia juga akan menamatkan khidmat USS Shiloh, USS Cowpens, USS Antietam dan USS Leyte pada tahun depan.

Kapal-kapal cruiser itu akan dilupuskan.

Tentera Laut Amerika Syarikat bercadang menamatkan khidmat sejumlah 22 buah kapal perang kelas-cruiser bermula pada tahun lepas.

LCS
Kapal cruiser USS Champlain

 

Ketika mula dibangunkan, kapal-kapal LCS kelas-Freedom disifatkan sebagai “masa depan” untuk Tentera Laut Amerika Syarikat, tetapi kini berhadapan dengan pelbagai masalah berkaitan dengan modul misinya, enjin dan keretakan serius pada kapal-kapal LCS kelas-Freedom dan juga kelas-Independence.

Selain menamatkan khidmat kapal-kapal LCS kelas-Freedom walaupun usianya masih “muda”, Tentera Laut Amerika Syarikat  bercadang menamatkan perkhidmatan lebih separuh daripada 19 buah kapal LCS kelas-Independence berikutan masalah keretakan yang serius, berpunca daripada “structural defects” pada kapal-kapal perang terbabit.

Masalah “keretakan serius” yang menimpa kapal-kapal LCS itu disifatkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai amat memalukan bagi negara yang memilki industri pembinaan kapal perang yang moden, selain mengakibatkannya kerugian berbilion-bilion dollar. 

Masalah keretakan yang serius itu menyebabkan kapal-kapal LCS Tentera Laut Amerika Syarikat hanya mampu belayar tidak melebih 15 knot.

LCS
USS Bunker Hill

 

Ia juga tidak boleh belayar ketika keadaan laut dengan ombak melebihi lapan meter tingginya.

Jikalau kapal-kapal terbabit melanggar syarat-syarat terbabit, maka masalah keretakan pada badan kapal itu akan hanya menjadi lebih serius dan boleh mengakibatkannya berhadapan dengan kemungkinan yang lebih berbahaya sehingga mengancam nyawa anak-anak kapalnya.

Kapal-kapal LCS kelas-Independence dibina menggunakan aluminium dengan rekabentuk Trimaran serta mempunyai kelajuan yang tinggi mencecah 44 knot bagi membolehkan ia dikerah ke kawasan operasi dengan pantas. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...