Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Su-30MKI India Dinaiktaraf Dengan Radar AESA. Bagaimana Su-30MKM?

New Delhi bakal berhadapan dengan “masalah besar” sekiranya ia tidak menaiktaraf pesawat pejuang Su-30MKI miliknya ke tahap "Super Sukhoi" kerana musuh-musuhnya seperti Pakistan dan China kini dilengkapi dengan pesawat-pesawat pejuang yang lebih moden dengan keupayaan radar AESA (Active Electronically Scanned Array).

0 3,301

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Disebabkan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Russia akibat konflik di Ukraine, usaha menaiktaraf pesawat Sukhoi Su-30MKI oleh India kini tertumpu kepada peralatan dan komponen yang dibangunkan oleh industrinya sendiri.

Sebelum ini, India mahu menjalin kerjasama dengan syarikat United Aircraft Corporation (UAC) daripada Russia untuk menaiktaraf pesawat-pesawat Su-30MKI miliknya kepada tahap “Super Sukhoi”.

Bagaimanapun disebabkan sekatan ekonomi yang benar-benar mencengkam industri pertahanan Russia, New Delhi terpaksa mengugurkan rancangan itu dan menumpukan perhatian kepada vendor-vendor pertahanan tempatan dalam usahanya menaiktaraf Su-30MKI Tentera Udara India (IAF) ke tahap “Super Sukhoi”.

Su-30MKI
Pesawat Su-30MKI milik Tentera Udara India.

 

Tentera India merupakan pengguna pesawat Su-30MKI terbesar di luar Russia dengan 272 buah pesawat yang dibina secara berlesen oleh syarikat tempatan, Hindustan Aeronautics Limited (HAL).

New Delhi bakal berhadapan dengan “masalah besar” sekiranya ia tidak menaiktaraf pesawat pejuang Su-30MKI miliknya ke tahap “Super Sukhoi” kerana musuh-musuhnya seperti Pakistan dan China kini dilengkapi dengan pesawat-pesawat pejuang yang lebih moden dengan keupayaan radar AESA (Active Electronically Scanned Array).

Kebimbangan India tentang “ketidakmampuan” pesawat Su-30MKI miliknya itu timbul ketika tentera udara Pakistan sudah mula menggunakan pesawat pejuang JF-17 Block 3 yang dikatakan memiliki DNA pesawat generasi kelima China, J-20 “Mighty Dragon.”

Selain pesawat JF-17 Block 3 Pakistan yang kini dilengkapi dengan radar AESA, Islamabad juga memperolehi pesawat pejuang sederhana J-10C buatan China yang turut dilengkapi dengan radar AESA yang lebih besar (modul transmit and receive yang lebih besar)

Su-30MKI

Beijing juga dikatakan telah menempatkan pesawat-pesawat pejuang termodennya, J-20 di pangkalan-pangkalan udara di utara India, ketika ketegangan antara kedua negara berjiran akibat masalah berpanjangan tentang sempadan berterusan.

India dan China juga pernah berperang beberapa kali.

Sebab itulah, walaupun berhadapan dengan “kesukaran” akibat ketiadaan pembabitan syarikat Russia, India terpaksa juga memulakan program menaiktaraf pesawat pejuang Su-30MKI miliknya supaya tentera udaranya dapat terus dapat mengekalkan “qualitative advantage” berbanding dengan Pakistan.

Su-30MKI
Pesawat-pesawat Su-30MKI India dan Su-30MKM TUDM dalam latihan bersama baru-baru ini.

 

Disebabkan itu, agensi kerajaan India dikenali dengan nama Defence Research and Development Organisation (DRDO) akan mula membangunkan radar AESA untuk digunakan oleh pesawat Su-30MKI.

Radar AESA yang bakal digunakan oleh pesawat Su-30MKI itu adalah varian radar AESA tempatan,“Uttam” yang sedang dibangunkan untuk pesawat Tejas Mk1A.

Pesawat-pesawat Tejas Mk1A yang dilengkapi dengan radar AESA “Uttam” akan mula terbang pada tahun 2024.

JF-17
Pesawat JF-17 Block 3 merupakan varian terbaru pesawat pejuang yang dibangunkan bersama oleh Pakistan dan China.

 

Sasarannya adalah di dalam tempoh tiga hingga empat tahun, pesawat-pesawat Su-30MKI India itu akan dilengkapkan dengan radar AESA.

Penerbangan ujian pesawat Su-30MKI dengan radar AESA dijangka bermula selepas dua tahun.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Menurut media pertahanan India, radar AESA yang bakal dilengkapkan pada Su-30MKI itu akan mempunyai modul Transmit and Receive (TR) yang lebih besar bagi keupayaan menjejaki dan mengesan sasaran yang lebih ampuh.

Selain radar AESA, program menaiktaraf pesawat Su-30MKI India itu juga akan melihat pesawat pejuang itu dilengkapi dengan sistem kawalan penerbangan yang lebih berkuasa bagi membolehkan ia dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonic dan peluru-peluru berpandu yang lain.– DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...