Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Projek Babylon”, Meriam Gergasi Impian Saddam Hussein

Dibawah "Projek Babylon" itu, Gerald Bull bakal membangunkan meriam-meriam gergasi dipanggil “Big Babylon” dan "Baby Babylon" yang mampu membedil sasaran ratusan dan ribuan kilometer.

0 1,787

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Siapakah Gerald Bull, pakar artilleri warganergara Kanada yang merupakan arkitek kepada “Projek Babylon” Iraq, yang sekiranya berjaya dilaksanakan akan mengukuhkan lagi kedudukan Baghdad dibawah pimpinan Saddam Hussein sebagai kuasa tentera di dunia Arab.

Kejayaan projek itu juga akan menjadikan Saddam Hussein sebagai pemimpin nombor satu dunia Arab.

Bull merupakan antara pakar artilleri dunia pada ketika itu dan adalah tenaga utama di belakang “Projek Babylon” yang dicadangkan oleh Saddam untuk mencipta “supergun” (meriam gergasi) yang boleh melancarkan peluru ratusan atau ribuan kilometer.

Babylon
Dr Gerald Bull

Sebenarnya,  Saddam dan perisik-perisiknya memang sudah mengetahui tentang kajian yang telah dilakukan oleh Bull dan pasukannya tentang “supergun” yang berkemampuan melancar satelit ke orbit tanpa menggunakan roket pelancar yang amat mahal.

Cuma, Saddam yang pada ketika itu adalah setiausaha pertahanan Iraq mahu menggunakan teknologi “supergun” itu untuk tujuan lain.

Kerajaan Iraq pada ketika itu mahu menggunakan “supergun” yang bakal dibangunkannya hasil kepakaran Bull dan pasukannya bukan untuk melancarkan satelit ke orbit, tetapi untuk “menghumban” peluru-peluru artilleri ratusan kilogram beratnya terhadap musuh utamanya ketika itu iaitu Iran pada ketika Perang Iran-Iraq baru sahaja bermula.

Jika Saddam berjaya melaksanakan “Projek Babylon”, Iraq akan berada di hadapan dalam teknologi artilleri bukan sahaja di Arab tetapi di seluruh dunia.

Akhirnya pada 1988, Iraq telah membayar Bull sebanyak US$25 juta (RM100 juta) untuk memulakan Projek Babylon yang akan menyaksikan pakar meriam daripada Kanada itu membangunkan beberapa “supergun” bagi negara Arab yang bukan sahaja kaya dengan hasil daripada minyak tetapi bercita-cita tinggi untuk menjadi ketua kepada dunia Arab.

Babylon
Antara komponen “Projek Babylon” yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa British sebelum ia sempat dihantar ke Iraq. Kini menjadi bahan pameran muzium di Britain.

 

Buat permulaan, Bull dan pasukannya dua buah meriam dipanggil “Big Babylon” yang memiliki kaliber 1000mm dan sebuah meriam yang lebih kecil saiznya, “Baby Babylon” yang mempunyai kaliber 350mm.

Meriam “Big Babylon” itu bukan sahaja memiliki berat 1.5 tan tetapi panjangnya juga adalah 156 meter, dengan diameter corong meriam itu mencecah satu meter.

Bagi meriam “Baby Babylon” pula, ia berkaliber 350 meter.

Pada ketika ini, meriam-meriam (howitzer) yang kerap digunakan oleh angkatan tentera seluruh dunia mempunyai kaliber 155mm dan berkemampuan melontar peluru artilleri sejauh 40km dan lebih.

Berapa jauh tembakan “supergun” sama ada “Big Babylon” atau “Baby Babylon” ciptaan Gerald Bull itu?

Babylon
Meriam “Supergun” Projek Babylon yang ditemui pasukan penyiasat antarabangsa di Iraq.

 

Bagi meriam “Big Babylon”, ia mampu melontar projektil seberat 600kg untuk jarak sejauh 1,000kg manakala bagi meriam “Baby Babylon” sepanjang 45 meter pula, ia mampu membedil sasaran sejauh 700km.

Pada 1989, prototaip meriam “Baby Babylon” telah pun siap dibina dengan komponennya diperbuat di Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol, Switzerland dan Itali.

Bagaimanapun belum sempat Bull menyaksikan “superguns” hasil ciptaannya dan dibiayai oleh Iraq berjaya melancarkan “satelit” ke orbit, pakar artilleri daripada Kanada itu telah ditembak mati di kediamannya di Brussels, Belgium pada 22 Mac 1990.

Penyerang tidak dikenali telah melepaskan tiga das tembakan di belakang badan dan dua das dikepala warga Kanada berusia 62 tahun itu.

Sehingga ke hari ini, tiada individu ditangkap atas pembunuhan Gerald Bull itu, walaupun agensi perisikan Israel, Mossad adalah suspek utama kepada kematian pakar artilleri warga Kanada itu.

Babylon
Meriam gergasi idaman Saddam Hussein.

 

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Selain Mossad, agensi perisikan Iran juga disyaki bertanggungjawab.

Menurut polis tempatan, beberapa bulan sebelum berlakunya pembunuhan perancang utama “supergun” dalam “Projek Babylon”,rumah pakar artilleri Kanada itu telah diceroboh beberapa kali oleh mereka tidak dikenali.

Melihat ke belakang, mungkin pencerobohan pihak tidak dikenali terhadap rumah pakar artilleri daripada Kanada itu merupakan “signal buruk” yang bakal diterima oleh Bull atas pembabitannya dengan projek superguns Iraq itu.

Sejak kematian pakar artilleri Kanada di Brussels itu, “Projek Babylon” terbengkalai dan kerajaan-kerajaan di Eropah mula menjalankan siasatan serta telah bertindak merampas komponen-komponen “superguns” yang sedang dibina oleh Bull itu.

Babylon

Akhirnya projek pembinaan meriam-meriam gergasi (superguns) Iraq berakhir selepas Saddam mengarahkan tenteranya menceroboh Kuwait yang membuatkan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah memperketatkan sempadan mereka daripada sebarang eksport alatan “dual-purpose use” yang boleh digunakan untuk membina “superguns.” 

Selepas Perang Teluk, apa sahaja peralatan dan komponen “superguns” yang berjaya ditemui oleh pemeriksa antarabangsa di Iraq telah dimusnahkan. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...