Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Airlines Peroleh 20 Buah Pesawat Airbus A330neo

Menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 7000 yang terbaharu, pesawat A330neo bakal menyertai Malaysia Airlines bersama enam pesawat jarak jauh A350-900s yang secara beransur-ansur akan menggantikan 21 pesawat A330ceo.

0 3,314

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines, melaksanakan program pembaharuan pesawat-pesawatnya dengan perolehan 20 pesawat badan lebar Airbus A330neo.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAG Kapten Izham Ismail, perolehan pesawat A330neo itu menjadi transisi semulajadi daripada armada A330ceo sedia ada.

Syarikat tidak mengeluarkan sebarang kos untuk perolehan kesemua pesawat ini kerana 10 pesawat akan dipajak, manakala 10 lagi akan dibeli dan dipajak semula kepada Avolon.

A330neo

Pesawat A330neo itu bukan sahaja akan menjadikan armada MAG lebih moden, malah turut mempertingkatkan kecekapan operasi dan bakal memenuhi sasaran pemuliharaan alam sekitar menerusi pengurangan pembakaran bahan api, di samping mengekalkan keselamatan serta keselesaan penumpang sebagai teras.

“Ini menjadi pencapaian yang amat bermakna ketika MAG memacu ke hadapan untuk menjayakan pelaksanaan Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 bagi menempatkan diri selaku peneraju kumpulan perkhidmatan penerbangan di rantau ini.

“Dua pesawat pertama akan diterima pada separuh kedua 2024 dan baki secara berperingkat sehingga 2028,” katanya Izham hari ini.

Menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 7000 yang terbaharu, pesawat A330neo bakal menyertai armada syarikat penerbangan itu bersama enam pesawat jarak jauh A350-900s yang secara beransur-ansur akan menggantikan 21 pesawat A330ceo.

Malaysia Airlines akan turut melaksanakan konfigurasi terhadap armada pesawat A330neo bagi menampilkan susun atur premium yang menempatkan 300 penumpang dalam dua kelas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial dan Ketua Antarabangsa Airbus Christian Scherer  berkata, Malaysia Airlines menjadi antara syarikat penerbangan yang memilih Airbus sebagi pembekal pesawat badan lebar.

A330neo

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Keputusan ini jelas menyatakan pengiktirafan terhadap pesawat A330neo sebagai pilihan yang paling cekap dalam kategori saiz ini untuk pengoperasian premium,” katanya sambil menambah A330neo adalah versi generasi terbaharu pesawat badan lebar A330 yang popular.

Menggabungkan enjin generasi terkini, sayap terbaharu dan pelbagai inovasi dalam aspek aerodinamik, pesawat itu menawarkan sehingga 25 peratus pengurangan dalam pengunaan bahan api dan sisa buangan.

Setakat akhir Julai 2022, pesawat A330neo telah menerima lebih 270 tempahan daripada lebih 20 pelanggan di seluruh dunia. — DSA

Comments
Loading...