Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Peluru Berpandu “Starstreak” Tembak Jatuh Helikopter Mi-28 Russia Di Ukraine

Pihak British membekalkan peluru berpandu “Starstreak” itu kepada pihak tentera Ukraine dan insiden itu dipercayai adalah kali pertama peluru berpandu anti pesawat itu berjaya menembak jatuh aset udara Russia dalam konflik di Ukraine itu.

0 1,884

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Peluru berpandu anti-pesawat “Starstreak” buatan British, sebagaimana yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia dipercayai bertanggungjawab menembak jatuh sebuah helikopter penyerang Mi-28 milik Russia di wilayah Luhansk, Ukraine beberapa hari lalu.

Pihak British membekalkan peluru berpandu “Starstreak” itu kepada pihak tentera Ukraine dan insiden itu dipercayai adalah kali pertama peluru berpandu anti pesawat itu berjaya menembak jatuh aset udara Russia dalam konflik di Ukraine itu.

Peluru berpandu “Starstreak” dipandu oleh pancaran laser dan memiliki kelajuan tiga kali ganda kelajuan bunyi serta digunakan untuk menembak jatuh helikopter dan pesawat pejuang yang terbang pada aras rendah.

Starstreak
Anggota ATM dengan sistem Starstreak VSHORAD

 

Jarak effektif peluru berpandu itu adalah kira-kira 7km.

Peluru berpandu itu telah dibangunkan oleh syarikat Thales di Belfast, Ireland Utara.

Dalam video media sosial yang viral sejak Jumaat lepas menunjukkan sebuah helikopter penyerang Russia daripada jenis Mi-28 berjaya ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai oleh tentera negara itu di Luhansk, timur Ukraine.

Pihak tentera British dipercayai telah menghantar peluru berpandu itu ke Ukraine sejak seminggu lepas.

Selain peluru berpandu “Starstreak”, pihak Kementerian Pertahanan British juga membekalkan peluru berpandu anti-kereta kebal termasuk Next Generation Light Anti-Tank Weapon (NLAW) dan baju kalis peluru antara lain kepada tentera Ukraine bagi menentang pencerobohan tentera Russia.

Britain dikatakan telah mengirimkan kira-kira 4,000 NLAW ke Ukraine.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengatakan negara itu akan menambah bantuan ketenteraan kepada Ukraine termasuk tambahan 6,000 peluru berpandu pelbagai jenis.

Starstreak

Setiausaha Pertahanan Britain Ben Wallace dilaporkan berkata bahawa pihaknya telah selesai memberikan latihan kepada anggota tentera Ukraine tentang bagaimana hendak menggunakan sistem pertahanan udara “Starstreak” yang canggih itu.

Britain dikatakan telah melatih anggota tentera Ukraine di sebuah negara jiran tentang cara hendak menggunakan peluru berpandu “Starstreak”. — DSA

NLAW
Tentera Ukraine dengan NLAW

 

 

 

Comments
Loading...