Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sistem THAAD Mula Operasi di Guam, Amerika Bimbang Serangan Peluru Berpandu Ballistik China

Menurut laporan media pada Ogos tahun lepas, Pulau Guam bakal dilindungi oleh 20 pusat sistem pertahanan udara berlainan dipanggil "Enhanced Integrated Air and Missile Defense (EIAMD) bertujuan menjadikan pulau strategik milik Amerika Syarikat itu sebagai kawasan yang paling dilindungi di dunia.

0 7,435

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Amerika Syarikat dilaporkan telah berjaya melaksanakan kajian keberkesanan pengoperasian sistem pertahanan udara THAAD (Terminal High Altitude Area Defense) di Pulau Guam bagi menangani ancaman serangan peluru berpandu ballistik terutamanya daripada China.

Kajian pengoperasian itu (Table VII evaluation) telah dilaksanakan oleh Task Force Talon ADA THAAD Battery yang berada di Pulau Guam bermula daripada 11 Mac hingga ke 15 Mac lalu.

Menurut tentera Amerika,kajian itu adalah penting untuk menilai kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi sekaligus kepentingan unit itu dalam mempertahankan Pulau Guam dan kawasan pesekitarannya daripada sebarang serangan peluru berpandu ballistik.

Dengan selesainya kajian itu, ia menandakan unit itu sudah bersiap-sedia untuk menangani sebarang potensi serangan peluru berpandu ballistik terhadap pulau yang merupakan pangkalan tentera paling utama untuk Amerika Syarikat di Indo-Pasifik.

Semasa kajian dilakukan, anggota unit yang mengendalikan sistem pertahanan udara anti-ballistik THAAD telah menjalani latihan dalam senario seperti keadaan kombat sebenar termasuk kerahan cepat dan simulasi menangani serangan peluru berpandu ballistik.

THAAD

Ia adalah untuk memastikan mereka berkemampuan mengerah sistem pertahanan udara itu, mengoperasi dan menyelenggara sistem THAAD itu dengan berkesan.

Komander Task Force Talon itu Lt Kol Jonathan Stafford memuji prestasi unit itu dan pasukan pemeriksaan telah mengakui bahawa kesemua krew daripada unit Talon yang mengendalikan bateri sistem THAAD itu sebagai mempunyai keupayaan dan keberkesanan dalam mempertahanankan Pulau Guam.

Bagi mengukuhkan pertahanan Guam daripada sebarang serangan peluru berpandu ballistik sama ada daripada China atau Korea Utara, Amerika telah menempatkan bateri THAAD.

Selain THAAD dan AEGIS/SM-31B, tentera Amerika Syarikat juga dilaporkan akan menempatkan sistem pertahanan udara Patriot di Guam untuk menangani sebarang kemungkinan serangan peluru berpandu ballistik China.

Menurut laporan media pada Ogos tahun lepas, Pulau Guam bakal dilindungi oleh 20 pusat sistem pertahanan udara berlainan, bertujuan menjadikan pulau strategik milik Amerika Syarikat itu sebagai kawasan yang paling dilindungi di dunia.

Menurut dokumen-dokumen tentera Amerika Syarikat, Pulau Guam itu akan dilindungi secara bersepadu oleh 20 pusat pertahanan udara berlainan dipanggil Enhanced Integrated Air and Missile Defense (EIAMD) terdiri daripada sistem radar dan peluru berpandu pertahanan udara, yang bukan sahaja mampu menangkis pesawat tetapi juga peluru berpandu ballistik.

THAAD
Radar X-Band THAAD

 

Usaha bersepadu itu adalah untuk memastikan Pulau Guam yang terletak di kedudukan strategik di perairan barat Lautan Pasifik, kira-kira 9,300km di barat San Francisco, Amerika Syarikat itu berkemampuan menangani sebarang ancaman daripada udara.

“Sistem EIAMD itu mampu mempertahankan Pulau Guam secara 360 darjah di keseluruhan pulau itu. Kemampuan pertahanan 360 darjah itu mampu dicapai dengan meletakkan komponen sistem EIAMD itu di pelbagai lokasi di keseluruhan pulau itu.”

“Pemilihan lokasi-lokasi EIAMD itu dan penambahan lokasi itu akan dipertimbangkan,” kata dokumen tentera Amerika Syarikat itu.

Sistem EIAMD itu bakal dibangunkan oleh Missile Defense Agency dan Tentera Darat Amerika Syarikat dan ia akan beroperasi sepanjang masa.

Pada ketika ini, sistem EIAMD yang akan melindungi Pulau Guam itu daripada ancaman udara adalah sistem pertahanan udara “berlapis-lapis” yang memberikan pertahanan 360 darjah daripada segala jenis ancaman udara.

Pulau Guam yang merupakan wilayah terkecil milik Amerika Syarikat dengan keluasan hanyalah 200 batu persegi menempatkan pangkalan-pangkalan utama tentera udara, laut dan marin Amerika Syarikat.

Guam
Kapal selam nuklear SSBN “USS Nevada” di Pulau Guam.

 

Pulau Guam menjadi wilayah Amerika Syarikat pada 1898 sebelum Jepun menakluk dan menduduki pulau itu ketika Perang Dunia Kedua.

Amerika Syarikat membebaskan Guam pada 1945 daripada tentera Jepun dan pulau itu kembali semula sebagai wilayah Amerika.

Walaupun kecil daripada segi saiz, tetapi Guam disifatkan amat “aktif” daripada segi ketenteraan kerana ia menempatkan anggota tentera Amerika Syarikat daripada kesemua cabang, udara, darat,laut dan bawah laut

Pangkalan Udara Andersen dan Pangkalan Laut Apra Harbor adalah pangkalan tentera utama Amerika Syarikat di Pulau Guam.

Senario Pulau Guam diserang itu bukan asing kerana pada 2020 sebuah video promosi sepanjang dua minit yang dikeluarkan oleh Tentera China telah menunjukkan bagaimana pesawat pengebomnya menggugurkan bom ke atas sebuah pengkalan udara yang mirip kepada Pangkalan Udara Andersen di Guam.

Guam
Kedudukan Guam

 

Bagi memastikan China berjaya dalam kempen ketenteraannya di Taiwan atau Jepun sekiranya konflik tercetus – Pulau Guam perlu “dihapuskan.”

Peluru berpandu ballistik DF-26 milik China yang juga digelar “Guam Express” hanya memerlukan masa 30 minit untuk “mendarat” di Guam selepas dilancarkan.

Ia adalah suatu cabaran yang besar bagi Amerika Syarikat untuk mempertahankan Pulau Guam, Pangkalan Udara Andersen dan Apra Harbor sekiranya konflik bersenjata dengan China meletus. — DSA

Iklan

Comments
Loading...