Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

DF-21D, DF-26B “Pembunuh” Aircraft Carrier

0 586

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kapal-kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut Amerika Syarikat dan kapal-kapal perang sekutunya bakal berhadapan dengan peningkatan ancaman daripada China apabila beroperasi di Lautan Pasifik.

Ancaman ini akan datang di dalam bentuk “Anti Ship Ballistic Missile (ASBM), termasuk DF-21D dan DF-26 yang dipanggil “aircraft carrier killer” atau “pembunuh kapal pengangkut pesawat.”

DF itu merujuk kepada pembuatnya peluru berpandu itu, Dong Feng.

Menurut bekas komander Tentera Laut Amerika Syarikat Jeffery Vanak yang juga merupakan Felo di Institut Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri berkata, jika Washington gagal menangani ancaman itu, ia boleh membuatkan kedudukan Amerika di Asia Pasifik berada di dalam kedudukan “disadvantage.”

Vanak
Bekas Komander Jeffrey Vanak. (sumber internet)

“Di dalam tempoh dua tahun akan datang ini, peluru-peluru berpandu PLA akan menghujani Lautan Pasifik  membawa bersama kesan-kesan geopolitik yang jika gagal ditangani boleh menyerahkan kelebihan strategik kepada Beijing,” kata beliau di dalam satu kolum yang disiarkan oleh akhbar The Washington Times.

Tahun lepas, Beijing melancarkan lebih banyak peluru berpandu ballistik berbanding negara-negara lain di dunia.

Ia adalah sebahagian daripada strategi Presiden Xi Jinping untuk memperkukuhkan kemampuannya bertindak balas terhadap sasaran jauh dan menyeimbangkan kekuatan strategik.

DF-21
Peluru berpandu DF-21D “Anti Ship Ballistic Missile” China. (sumber internet)

Pada July 2019, China melancarkan enam buah peluru berpandu ballistik anti-kapal daripada jenis DF-21D ke Laut China Selatan.

Dan pada Ogos tahun ini,  Beijing bukan sahaja mengulangi tindakan provokasi itu tetapi meningkatkannya dengan menyertakan peluru berpandu ballistik anti-kapal DF-26 yang lebih moden dan tepat kepada sasaran.

Vanak merujuk kepada insiden pada Ogos 26 lepas di mana melancarkan dua jenis peluru berpandu ballistik anti kapal iaitu DF-21 D dan DF-26B ke Laut China Selatan daripada Zhejiang dan Qinghai.

Kedua-kedua peluru berpandu itu jatuh ke perairan di antara Pulau Hainan dan Pulau Paracel di Spratly.

Sasaran latihan
Gambar menunjukkan sasaran peluru berpandu DF-21D dan DF-26B di Laut China Selatan dalam satu latihan tentera pada Ogos lepas.

Peluru berpandu DF-21D dikatakan merupakan peluru berpandu “aircraft carrier killer yang pertama” dengan kemampuan untuk membedil sasaran di antara 1,400km hingga 1,550km.

Menurut penganalisis, DF-21D mampu menundukkan “Aegis Combat System” yang digunakan oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan sekutunya, manakala, DF-26B pula memiliki jangkauan di antara 4,000km hingga 5,000km.

Keratan rentas
Peluru berpandu Anti Ship Ballistic Missile DF-26B yang juga digelar “Aircraft Carrier Killer.” – (sumber internet)

Latihan penembakan peluru berpandu DF-21D dan DF-26B “aircraft carrier killer” ke Laut China Selatan itu berlaku hanya beberapa minggu selepas tiga buah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat menjalankan latihan bersama di lautan berkenaan.

Selain kedua-dua peluru berpandu ballistik anti kapal itu, China pada Oktober tahun lepas telah menunjukkan kepada dunia peluru berpandu hypersonic DF-100/CJ-100 Anti Ship Ballistic Missile.

Peluru berpandu Hypersonic itu akan meningkatkan lagi kemampuan China dalam menangani sebarang ancaman di Laut China Selatan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...