Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Pengangkut China “Liaoning” Berlayar Hampir Dengan Guam

Ini adalah kali pertama sebuah kapal pengangkut pesawat milik China berlayar hampir dengan Guam, yang juga merupakan wilayah milik Amerika Syarikat dan menempatkan pangkalan tentera terpenting bagi kuasa besar dunia itu di Indo Pasifik.

0 2,078

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – China telah mengerah salah sebuah daripada tiga kapal pengangkut pesawatnya supaya belayar hampir dengan Pulau Guam yang menempatkan pangkalan tentera terbesar Amerika Syarikat di Kepulauan Pasifik, sebagaimana disahkan oleh pegawai-pegawai kanan Jepun.

Tindakan kapal pengangkut pesawat China itu disifatkan sebagai suatu amaran kepada Amerika Syarikat.

Ini adalah kali pertama sebuah kapal pengangkut pesawat milik China berlayar hampir dengan Guam, yang juga merupakan wilayah milik Amerika Syarikat.

Pangkalan tentera Guam merupakan elemen penting bagi strategi pertahanan Amerika Syarikat di Indo-Pasifik dengan ia turut menempatkan pesawat-pesawat pengebom strategik dan kapal selam nuklear milik kuasa besar itu.

Tindakan pelayaran kapal pengangkut pesawat China, Liaoning itu turut disertai oleh beberapa buah kapal perang lain telah menyebabkan tentera Jepun mengerah pesawat-pesawat pejuangnya, helikopter selain kapal-kapal perangnya untuk memantau pergerakan kumpulan kapal perang China itu.

Liaoning

Agensi berita nasional China menggambarkan pelayaran kapal pengangkut pesawatnya hampir dengan Guam sebagai suatu amaran terhadap tindak-tanduk Amerika Syarikat di Indo-Pasifik yang menimbulkan kemarahan Beijing.

Akhbar nasionalis China, “Global Times” dalam laporannya menyatakan bahawa kapal pengangkut pesawatnya itu bersedia mempertahankan negara itu daripada serangan Amerika Syarikat yang dilancarkan daripada Guam, termasuk sebarang cubaannya untuk mencampuri urusan berkenaan Taiwan.

China mendakwa kapal pengangkut pesawatnya, Liaoning tidak pernah berlayar hampir dengan Guam atau mana-mana wilayah milik Amerika Syarikat sebelum ini.

“China tidak akan menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat di Guam selagi Washington tidak menyerang China atau mencampuri urusan di Taiwan,” kata akhbar nasionalis China itu.

Tentera Laut Amerika Syarikat daripada 7th Fleet yang bertanggungjawab terhadap kawasan di Indo-Pasifik tidak memberikan reaksi terhadap tindakan kapal pengangkut China itu.

Guam

Guam yang terletak di Lautan Pasifik merupakan wilayah terkecil milik Amerika Syarikat dengan keluasannya hanyalah kira-kira 200 batu persegi.

Walaupun kecil daripada segi saiz, tetapi Guam disifatkan amat “aktif” daripada segi ketenteraan kerana ia menempatkan anggota tentera Amerika Syarikat daripada kesemua cabang, udara, darat,laut dan bawah laut.

Guam terletak di Lautan Pasifik merupakan wilayah terkecil milik Amerika Syarikat dengan keluasannya hanyalah kira-kira 200 batu persegi.

 Walaupun kecil daripada segi saiz, tetapi Guam disifatkan amat “aktif” daripada segi ketenteraan kerana ia menempatkan anggota tentera Amerika Syarikat daripada kesemua cabang, udara, darat,laut dan bawah laut.

Dengan peningkatan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan China, Guam berkemungkinan menjadi sasaran utama kepada pihak Beijing sekiranya konflik bersenjata tercetus di antara kedua-dua negara kuasa besar itu

SSBN
Kapal selam nuklear SSBN “USS Nevada” di Guam.

 

Kedudukan utama Tentera Udara Amerika Syarikat di Guam adalah di Pangkalan Udara Andersen yang menjadi “rumah” kepada 193 buah pesawat tentera.

Pihak Tentera Amerika Syarikat menggunakan pangkalan udara di Guam itu untuk melancarkan pesawat-pesawat bagi operasi di kawasan serantau.

Pangkalan Udara Andersen tidak memiliki penempatan tetap pesawat-pesawat tetapi banyak pesawat tentera Amerika bergilir-gilir menjadikan Guam sebagai rumah sementaranya terutama pesawat-pesawat pengebom seperti B-1 Lancer dan B-52.

Selain Pangkalan Udara Andersen, Guam juga menempatkan Pangkalan Laut Apra Harbor yang menempatkan lima buah kapal selam nuklear Amerika Syarikat daripada kelas-Los Angeles. – – DSA

 

 

 

Comments
Loading...