Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

X-2 “Shinshin”, Pesawat Experimental Generasi Kelima Jepun

Dipanggil “X-2 Shinshin” atau Advanced Technology Demonstrator-X (ATD-X), pesawat itu hanya dibangunkan sebagai pesawat experimental (technology demonstrator aircraft) oleh pihak Jepun untuk menguji teknologi-teknologi berkaitan dengan pesawat pejuang stealth.

0 2,098

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun Jepun merupakan salah sebuah negara pengguna pesawat F-35 buatan syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat, tetapi seawal tahun 2016 ia telah pun berjaya menerbangkan pesawat pejuang generasi kelima yang dibangunkan oleh industri pertahanannya sendiri.

Pada 2016 itu,  Jepun muncul sebagai negara keempat di dunia yang berjaya menghasilkan pesawat pejuang generasi kelima selepas Amerika Syarikat, Russia dan China.

Dalam penerbangan sulungnya itu, pesawat generasi kelima buatan Jepun itu berjaya berada di udara selama 26 minit dengan terbang daripada Lapangan Terbang Nagoya ke pangkalan tentera Jepun terletak di Gifu.

Juruterbangnya menyifatkan penerbangan sulung pesawat X-2 itu sebagai “sempurna” dan “mengikut perancangan.”

Dipanggil “X-2 Shinshin” atau Advanced Technology Demonstrator-X (ATD-X), pesawat itu hanya dibangunkan sebagai pesawat experimental (technology demonstrator aircraft) oleh pihak Jepun untuk menguji teknologi-teknologi berkaitan dengan pesawat pejuang stealth.

X-2 Shinshin

Walaupun kira-kira US$360 juta (RM1.4 bilion) telah dibelanjakan untuk membangunkan pesawat generasi kelima itu, namun pesawat  X-2 itu tidak akan menjadi pesawat pejuang sebenar dan kekal hanya menjadi pesawat experimental sehingga akhir hayatnya.

Teknologi-teknologi yang diuji oleh pesawat X-2 akan menjadi asas kepada teknologi-teknologi yang lebih canggih yang akan melengkapkan pesawat pejuang generasi keenam yang sedang dibangunkan oleh Jepun pada ketika ini.

Pesawat X-2 itu dibangunkan oleh agensi teknologi kementerian pertahanan negara, Acqusition, Technology and Logistics Agency (ATLA) bersama-sama dengan syarikat Mitsubishi Heavy Industries (MHI).

Antara teknologi-teknologi yang diuji oleh Jepun pada pesawat experimental X-2 itu termasuklah 3D thrust vectoring, fly-by-fiber optics, radar, radiation absorbent materials (RAM) dan pelbagai teknologi tinggi lagi yang dirahsiakan oleh Jepun.

Sebagai pesawat generasi kelima dengan kemampuan halimunan, rekabentuk dan penggunaan RAM yang amat dirahsiakan itu telah menjadikan radar cross section (RCS) pesawat X-2 itu sama seperti seekor “kumbang” apabila ia dipantau oleh radar daripada puluhan kilometer jauhnya.

X-2 Shinshin

Kemampuan RCS pesawat X-2 itu adalah setanding dengan pesawat F-35 yang bersaiz “bola golf” manakala F-22 pula bersaiz “lebah” apabila dipantau oleh radar daripada puluhan kilometer jauhnya.

Pesawat itu juga dilengkapkan dengan dua enjin low-bypass turbofans Ishikawa Heavy Industries XF-5-1 bagi membolehkan pesawat experimental itu mencapai kelajuan sehingga 2.25 Mach.

Enjin itu juga dilaporkan mampu membuatkan pesawat itu berada di dalam kelajuan supersonik tanpa menggunakan afterburner, suatu kemampuan yang dipanggil sebagai “super cruise.”

Oleh kerana pesawat X-2 adalah pesawat experimental atau technology demonstrator, maka saiznya adalah lebih kecil berbanding pesawat-pesawat pejuang yang lain kerana ia tidak akan membawa sebarang sistem persenjataan dan bom.

Panjang sayapnya hanyalah kira-kira sembilan meter manakala berat keseluruhannya adalah 10.5 tan, ringan berbanding dengan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima dua enjin yang lain.

Tempest
Pesawat pejuang gen-6 “Tempest” oleh Britain.

 

Walaupun ratusan juta dollar dibelanjakan oleh Jepun, pesawat X-2 itu hanya melakukan sebanyak 34 penerbangan ujian daripada 50 yang dirancang selepas kerajaan Jepun berpuashati dengan teknologi-teknologi yang diujinya.

Pada 2018, program pesawat X-2 itu telah ditamatkan, manakala teknologi-teknologi yang diuji akan dijadikan asas kepada pesawat generasi keenam Jepun dipanggil “F-3” yang sedang dibangunkan dengan rakan asingnya.

Pada Mei lepas, syarikat Mitsubishi Heavy Industries dan BAE Systems menjalin bekerjasama di dalam pembangunan pesawat pejuang generasi ke-6 di mana Tentera Udara Jepun (Japan Air Self Defense Force) bercadang untuk mula mengoperasikannya pada 2035.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pesawat pejuang generasi ke-6  usahasama di antara Jepun/Britain itu dikenali dengan nama “F-X” atau “F-3” yang akan membantu Tokyo bersaing dengan Russia dan China yang juga sedang membangunkan pesawat pejuang generasi keenam.

Britain telah pun mempunyai program pembangunan pesawat pejuang generasi keenam dipanggil “Tempest” dan dengan penglibatan Mitsubishi akan membantu Jepun mengurangkan kos pembangunan pesawat pejuang generasi keenamnya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...