Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Serangan Siber Korea Utara Sasar Kereta Kebal K2 Black Panther, Pesawat Perisik Korea Selatan

Serangan siber oleh rejim di Pyongyang itu dilaporkan telah berjaya memperolehi maklumat-maklumat sensitif berkenaan kereta kebal utama Korea Selatan, K2 Black Panther dan pesawat-pesawat SIGINT/ELINT (Signal Intelligence/Electronic Intelligence)  Korea Selatan yang beroperasi di kawasan sempadan kedua-dua negara.

0 2,629

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Korea Utara dilaporkan telah melaksanakan beberapa siri serangan siber terhadap Korea Selatan untuk memperolehi maklumat-maklumat sensitif tentang sistem perisikan dan persenjataan kritikal milik jirannya itu.

Menurut parti pemerintah Korea Selatan, People Power Party (PPP), serangan siber oleh rejim di Pyongyang itu dilaporkan telah berjaya memperolehi maklumat-maklumat sensitif berkenaan kereta kebal utama Korea Selatan, K2 Black Panther.

Selain itu, serangan siber itu turut mensasarkan pesawat-pesawat SIGINT/ELINT (Signal Intelligence/Electronic Intelligence)  Korea Selatan yang beroperasi di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Menurut laporan, serangan siber oleh rejim Korea Utara itu boleh menjejaskan kemampuan pemantauanm perisikan dan pertahanan tentera Korea Selatan, sebagaimana yang dinyatakan oleh kenyataan rasmi dariipada parti pemerintah di Korea Selatan.

Menurut kenyataan daripada parti pemerintah Korea Selatan itu, tentera siber Korea Utara telah berjaya mengakses maklumat-maklumat sensitif membabitkan pesawat-pesawat SIGINT/ELINT Korea Selatan “Baekdu” dan “Geumgang” yang merupakan platform penting beroperasi di kawasan sempadan.

K2 Black Panther
Kereta kebal utama K2 Black Panther Korea Selatan

 

Pesawat ELINT/SIGINT “Beekdu” dan “Geumgang” juga adalah berdasarkan kepada pesawat-pesawat Hawker 800XP milik tentera Korea Selatan yang menjalankan tugas Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) terhadap tentera Korea Utara di kawasan sempadan,.

Kedua-dua pesawat SIGINT/ELINT Korea Selatan itu telah berkhidmat dengan tentera Korea Selatan selama 20 tahun adalah amat penting dalam memantau pergerakan dan aktiviti tentera Korea Utara di kawasan sempadan.

“Kebocoran maklumat tentang pesawat-pesawat perisikan kita boleh memberikan Korea Utara dengan maklumat kritikal tentang  cara kita melakukan perisikan, sekaligus memberikan risiko keselamatan kepada kita,” menurut kenyataan oleh penganalisis kanan di Korea Institute for Defense Analyses (KIDA), Shin Seung-Ki.

Kereta kebal utama K2 Black Panther milik Korea Selatan itu telah dibangunkan oleh Agency for Defense Development (ADD) dan Hyundai Rotem, dengan sebanyak 260 unit kereta kebal itu sedang berkhidmat dengan tentera negara itu.

Sebanyak 150 buah kereta kebal utama itu sedang dibina oleh Korea Selatan untuk tentera darat negara itu.

Korea Selatan
Pesawat perisikan Korea Selatan

 

Dilengkapi dengan meriam 120mm, dilindungi dengan armor komposit dan active protection system (APS), kereta kebal utama K2 Black Panther itu adalah aset kritikal bagi tentera darat Korea Selatan dalam berhadapan dengan tentera Korea Utara.

Laporan daripada media Korea Selatan pula menyatakan bahawa pihak ADD yang bertanggungjawab membangunkan kereta kebal itu tidak menyedari tentang serangan siber Korea Utara itu sehinggalah laporan polis dibuat mengenainya.

Siri serangan siber oleh Korea Utara itu adalah suatu cabaran kritikal kepada kemampuan pertahanan siber Korea Selatan kerana ia membabitkan percubaan untuk mencuri data-data sensitif membabitkan sistem perisikan, komunikasi, pemantauan dan pelbagai lagi elemen teknikal lain yang penting untuk sistem pertahanan negara itu.

Parti pemerintah Korea Selatan itu melahirkan kebimbangan terhadap ancaman yang semakin serius hasil daripada serangan siber pihak Korea Utara yang mahu mencuri teknologi kritikal terhadap industri pertahanannya dan meminta pertahanan cybersecurity negara itu dipertingkatkan. — DSA

Comments
Loading...