Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Arab Saudi “Tapau” Senjata Buatan China Bernilai US$4 Bilion (RM16 Bilion)

Hubungan dua hala di antara Amerika Syarikat dan Arab Saudi yang sebelum ini amat rapat telah menjadi "dingin" di bawah pentadbiran Presiden Jo Biden disebabkan beberapa isu dan ini telah memberi peluang kepada industri pertahanan China.

0 1,608

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hubungan yang semakin buruk di antara Arab Saudi dengan Amerika Syarikat kerana beberapa isu dua hala telah memberikan peluang kepada China dan industri pertahanannya untuk meningkatkan penjualan senjatanya kepada kuasa Timur Tengah itu.

Terbaru laporan media mengatakan bahawa Arab Saudi telah menandatangani beberapa kontrak untuk membeli sistem persenjataan China bernilai lebih daripada RM4 bilion (RM16 bilion).

Perjanjian di antara Arab Saudi dengan syarikat-syarikat China bagi membolehkan negara Timur Tengah memperolehi sistem persenjataan buatan negara Asia itu berlaku ketika pameran Zhuhai Air Show yang berlangsung baru-baru ini.

Pembelian oleh Arab Saudi itu termasuklah kira-kira 300 buah sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) CH-4, peralatan pembuatan sistem UAV TB-001 bernilai kira-kira US$200 juta dan peluru berpandu anti-kapal hypersonik YJ-21E.

Dengan kelajuan sehingga 10 Mach, peluru berpandu anti-kapal hypersonik itu mempunyai jarak di antara 1,000km hingga 1,500km manakala sistem UAV TB-001 yang dibangunkan oleh syarikat Sichuan Tengden pula adalah dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) dengan kemampuan terbang sehingga 35 jam.

Arab Saudi
Dron CH-4

 

Selain itu, Arab Saudi juga dikatakan bersetuju untuk membeli sistem anti-pesawat laser “Silent Hunter” yang dianggarkan bernilai US$1.3 bilion, khusus untuk menangani dron dan loitering munitions yang digunakan oleh kumpulan bersenjata Houthi.

Arab Saudi merupakan antara negara utama di Timur Tengah yang menggunakan sistem UAV CH-4 untuk beberapa konflik berhampiran sempadannya terutama di Yemen.

Baru-baru ini, Defence Security Asia melaporkan bahawa hubungan di antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat yang amat rapat sebelum ini kini renggang disebabkan tindakan Riyadh dan sekutunya di dalam Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak Plus (OPEC+) memotong bekalan minyak dunia sebanyak dua juta tong sehari.

Arab Saudi
Peluru berpandu anti-kapal hypersonik YJ-21E

 

Pentadbiran Presiden Jo Biden ternyata amat “marah” dengan tindakan pemotongan bekalan minyak dunia oleh Arab Saudi dan sekutunya itu yang telah meningkatkan harga minyak dunia,  dengan pengkritik utama, Washington mendakwa tindakan Riyadh itu telah membantu Russia “membiayai” pencerobohannya di Ukraine.

Tindakan OPEC+ memotong bekalan minyak itu sudah pasti akan meningkatkan harga bahan api itu di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat yang berhadapan dengan pilihanraya pertengahan tempoh (mid-term election) pada November.

Keputusan OPEC+ itu akan memberi tekanan kepada Biden dan parti politiknya, Demokrat kerana sudah pasti kenaikan harga minyak itu menimbulkan kemarahan kepada pengundi Amerika yang akan menyalahkan Presiden Biden dan parti Demokratnya.

Arab Saudi
Silent Hunter anti-aircraft/drone laser system

 

OPEC+  terdiri daripada 13 negara anggota OPEC dan 11 negara sekutu diketuai oleh Russia dan beberapa negara lain termasuk Malaysia.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Ned Price berkata bahawa Washington sedang mengkaji hubungannya dengan Arab Saudi dan akan berbincang dengan ahli politik negara itu serta sekutunya yang lain.

Antara tindakan yang dicadang diambil terhadap Arab Saudi adalah membekukan sebarang penjualan senjata atau alat ganti kepada negara Timur Tengah itu selama setahun.

Tindakan keras itu sekiranya dikenakan terhadap Riyadh sudah pasti akan melumpuhkan angkatan tentera Arab Saudi yang merupakan antara negara pengguna terbesar sistem persenjataan buatan Amerika Syarikat.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Tetapi adakah tindakan Biden itu akan disokong oleh industri pertahanan Amerika Syarikat yang juga bergantung kepada Arab Saudi dan wang minyaknya?

Selain itu, sebarang pembekuan penjualan senjata Amerika Syarikat kepada Arab Saudi juga akan menguntungkan Iran yang sudah pasti akan menggunakan “peluang” itu untuk mengukuhkan lagi pengaruhnya di Timur Tengah.

Adakah tindakan “melemahkan” Arab Saudi menerusi pembekuan penjualan senjata itu bakal menguntungkan Amerika Syarikat atau Iran? — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...