Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selepas Pakistan, Tentera Darat Malaysia Jalani Latihan Bersama Dengan Tentera Darat India

Hanya beberapa minggu selepas anggota tentera darat Malaysia berkunjung ke Pakistan untuk menjalani latihan bersama, kini anggota tentera darat India pula berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan latihan tentera bersama.

0 971
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 4 hingga 15 November lepas, Defence Security Asia melaporkan sekumpulan anggota tentera darat Malaysia telah ke Pakistan untuk menyertai latihan bersama tentera darat Pakistan dinamakan Eksesais Harimau Markor Siri 2/2024.
Seramai lima pegawai dan 13 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) dan lima pegawai serta 28 anggota LLP dari 4 Light Commando Battalion (LCB) Tentera Darat Pakistan menyertai Eksesais Harimau Markor 2/2024 itu.
Latihan bersama tentera darat Malaysia dan Pakistan itu telah berlangsung di National Counter Terrorism Centre (NCTC) di Pakistan.
“Eksesais Harimau Markhor Siri 2/2024 telah memberikan fokus kepada Counter Terrorism Op in Jungle Environment, selain perkongsian dari segi taktik, teknik dan prosedur (TTP) serta persekitaran bentuk muka bumi Pakistan.”
“Usaha ini tampak memberi impak yang positif dalam mengeratkan hubungan persahabatan kedua-dua buah negara dengan saling bertukar idea, ilmu dan kemahiran masing-masing,” menurut posting media sosial Tentera Darat baru-baru ini.
Hanya beberapa minggu selepas anggota tentera darat Malaysia berkunjung ke Pakistan untuk menjalani latihan bersama, kini anggota tentera darat India pula berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan latihan tentera bersama.
Harimau
(kredit FB Tentera Darat Malaysia)

Ringkasan:

Tentera Darat Malaysia terlibat dalam dua latihan ketenteraan bersama Pakistan dan India pada akhir 2024, bertujuan memperkukuh kerjasama pertahanan dan meningkatkan keupayaan operasi:

  1. Eksesais Harimau Markor Siri 2/2024:
    • Berlangsung di National Counter Terrorism Centre (NCTC), Pakistan, dari 4-15 November.
    • Melibatkan anggota dari Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja Malaysia (5 RRD) dan 4 Light Commando Battalion Tentera Darat Pakistan.
    • Fokus: operasi antikeganasan di kawasan hutan, pertukaran taktik, teknik, dan prosedur (TTP).
  2. Eksesais Harimau Shakti Siri 6/2024:
    • Diadakan di Kem Bentong, Pahang, Malaysia, dari 2-15 Disember.
    • Disertai oleh Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) dan 11 Mahar Regiment Tentera Darat India.
    • Fokus: taktik, prosedur, dan operasi kompleks melalui Cross Training Exercise (CTX) dan Field Training Exercise (FTX).

Latihan ini memperkukuh hubungan diplomatik dan pertahanan Malaysia dengan kedua-dua negara, meningkatkan kebolehan menghadapi cabaran keselamatan serantau yang semakin mencabar.

Harimau
(kredit FB Tentera Darat Malaysia)
Dinamakan Eksesais Harimau Shakti Siri 6/2024, ia adalah eksesais tentera bilateral di antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat India.
“Ini merupakan eksesais kali keenam diadakan melibatkan kedua-dua buah negara. Formasi 11 Briged telah dilantik sebagai penganjur bagi menjayakan eksesais bilateral antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat India.”
“Eksesais  Harimau Shakti ini dilaksanakan secara 3 Fasa yang terdiri daripada Cross Training Exercise (CTX), Field Training Exercise (FTX),” menurut kenyataan media sosial yang dikeluarkan oleh Tentera Darat Malaysia baru-baru ini.
Eksesais Harimau Shakti itu telah bermula pada 2 Disember dan akan berlangsung sehingga 15 Disember 2024, melibatkan penyertaan 22 Pegawai dan 154 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja serta dibantu oleh beberapa pasukan sokongan.
Manakala, Tentera Darat India pula melibatkan tujuh Pegawai dan 71 Anggota Lain-Lain Pangkat dari 11 Mahar Regiment.
Panglima Briged Ke-11 Infantri Malaysia, Brig Jen Shahir Hafizul Abd Rahman telah menyempurnakan Upacara Pembukaan Eksesais Harimau Shakti Siri 6/2024 pada 2 D di Padang Kawad Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD), Kem Bentong, Pahang pada 2 Disember 2024.
Harimau
(kredit FB Tentera Darat Malaysia)
Harimau
(kredit FB Tentera Darat Malaysia)
“Latihan ini memberi tumpuan kepada taktik, prosedur, dan operasi ketenteraan yang melibatkan kedua-dua tentera dalam situasi kompleks. Ia bukan sahaja meningkatkan interaksi antara pasukan, tetapi juga memberi peluang untuk kedua-dua negara berkongsi kepakaran dalam pelbagai aspek operasi ketenteraan, serta memperkukuh hubungan diplomatik dan pertahanan.”
Melalui eksesais seperti HARIMAU SHAKTI, kedua-dua tentera dapat mempertingkatkan keupayaan mereka dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau yang semakin kompleks. — DSA
Comments
Loading...