Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat Tarik Balik Gambar Kapal Perangnya “Shadow” Kapal Pengangkut Pesawat China

Tiada sebab diberikan mengapa ia menarik balik gambar yang dikeluarkan oleh DVIDS (Defence Visual Information Distribution Service) yang bertanggungjawab mengeluar dan mengedar gambar dan visual aktiviti tentera Amerika Syarikat ke seluruh dunia.

0 2,609

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah bertindak menarik balik gambar yang dikeluarkan baru-baru menunjukkan dua anak kapal USS Mustin (DDG-89) sedang memerhati kapal pengangkut pesawat China, “Liaoning”.

Tiada sebab diberikan mengapa ia menarik balik gambar yang dikeluarkan oleh DVIDS (Defence Visual Information Distribution Service) yang bertanggungjawab mengeluar dan mengedar gambar dan visual aktiviti tentera Amerika Syarikat ke seluruh dunia.

Liaoning

Walauapapun, gambar itu memang menarik dan menurut pemerhati tentera laut Amerika Syarikat, Chris Cavas, ia adalah gambar yang unik dan sememangnya jarang-jarang sekali dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentera laut negara itu.

Ok, gambar bertarikh 4 April 2021 di Laut Filipina itu menunjukkan Komander Robert J. Briggs dan Komander Richard D.Slye sedang memerhati “surface contacts” daripada pilothouse kapal destroyer peluru berpandu kelas-Arleigh Burke “USS Mustin”.

Gambar yang dikeluarkan oleh DVIDS itu tidak menerangkan lebih lanjut apakah “surface contacts” itu, walaupun jika ditinjau dengan lebih dekat ia adalah kapal pengangkut pesawat China iaitu “Liaoning.”

Mengapa DVIDS tidak mengenaplasti “surface contacts” itu juga menimbulkan persoalan pemerhati tentera.

Apa yang pasti, gambar itu menunjukkan USS Mustin sedang “shadow” kapal pengangkut pesawat China itu yang berada di Laut Filipina bersama-sama kapal-kapal pengiringnya untuk mengadakan latihan dan sebagainya.

USS Mustin
USS Mustin

Mungkin pihak tentera laut Amerika Syarikat tidak mahu pihak luar tahu bahawa ia actively “shadow” (mengekori) “Liaoning” setiap kali kapal pengangkut pesawat China keluar daripada sempadan perairannya, terutamanya apabila ia belayar di Laut China Selatan.

Ia sama sahaja kerana kapal-kapal China juga sentiasa “shadow” mana-mana kapal perang Amerika Syarikat yang berada di Laut China Selatan.

Namun bagi admin, aspek yang paling menarik di dalam gambar itu adalah postur tubuh badan kedua-dua komander kapal destroyer USS Mustin itu.

Kedua-dua berada di dalam keadaan yang amat relax.

Seorang daripada komander itu memerhati “Liaoning”di dalam keadaan yang bersahaja, duduk sambil meletakkan kakinya di palang besi, tiada langsung rasa kerisauan atau cemas apabila berhadapan dengan “kononnya the most powerful Chinese ship.”

Mungkin di dalam kepalanya, dia berkata, “inikah Liaoning yang digembar-gemburkan itu. Indah khabar dari rupa.”

Manakala bagi kakinya yang melunjur dan diletakkan di palang besi, mungkin pihak Amerika Syarikat tidak mahu memberi gambaran buruk bahawa anggota tenteranya tidak menghormati “musuh atau pihak lawan” atau mereka bersikap terlalu relaks ketika bertugas.

Apapun sekeping gambar itu memberikan seribu macam interpretasi dan mungkin itu ada sebab utama disebalik penarikkannya.

Pihak Amerika Syarikat tidak mahu orang ramai membuat interpretasi atau andaian yang bukan-bukan tentang gambar itu dan itu adalah interpretasi admin sendiri.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...