Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sebuah Lagi Kapal Perang Amerika Syarikat Belayar Ke Laut China Selatan

Sudah pasti kehadiran kapal perang terbaru Amerika Syarikat itu akan menghangatkan lagi “pesta kapal perang” yang sedang berlaku di Laut China Selatan ketika ini.

0 3,811

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah lagi kapal perang tentera laut Amerika Syarikat, USS John Paul Jones dikesan sedang menuju ke Laut China Selatan (atau mungkin sudah berada di perairan itu) bagi mengukuhkan lagi tahap kekuatan laut negara itu di perairan penting itu.

USS John Paul Jones adalah kapal destroyer peluru berpandu daripada kelas-Arleigh Burke dan bernaung dibawah Destroyer Squadron 23 (DESRON 23) serta Carrier Strike 11 yang turut meliputi kapal pengangkut pesawat USS Nimitz.

USS John Paul Jones

Adakah kehadiran USS John Paul Jones di Singapura/Laut China Selatan itu menandakan Amerika Syarikat bakal mengerahkan sebuah lagi kapal pengangkut pesawat, USS Nimitz ke Laut China Selatan bagi menyertai USS Theodore Roosevelt.

Kira-kira 7 jam lepas, USS John Paul Jones dikesan berada di perairan Singapura sedang menuju ke Laut China Selatan, sekaligus meningkatkan lagi bilangan kapal perang daripada beberapa negara yang telah pun berada di perairan terbabit pada ketika ini.

Sudah pasti kehadiran kapal perang terbaru Amerika Syarikat itu akan menghangatkan lagi “pesta kapal perang” yang sedang berlaku di Laut China Selatan ketika ini.

Kapal perang destroyer itu dijangka menyertai kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt yang dikesan berada berhampiran perairan Filipina bagi menyertai latihan tentera tahunan Filipina-Amerika Syarikat “Balikatan 2020” yang bermula secara rasmi hari ini.

“Balikatan 2021” (Shoulder-to-Shoulder) akan berlangsung selama dua minggu melibatkan 700 anggota tentera Amerika Syarikat dan 1,000 Filipina.

USS Theodore Roosevelt
Kedudukan terkini USS Theodore Roosevelt di Laut China Selatan.

 

Latihan pada tahun ini dikurangkan daripada skalanya berbanding tahun-tahun lepas yang melibatkan sehingga 7,600 anggota tentera daripada kedua-dua negara.

Minggu lepas, kapal USS John Paul Jones melakukan pelayaran FONOP (Freedom Of Navigation Operations) di perairan EEZ miliki India tanpa memaklumkan kepada New Delhi untuk mencabar tuntutan maritim berlebihan negara itu.

Pentagon memaklumkan pelayaran kapal perangnya itu tidak menyalahi undang-undang antarabangsa.

USS John Paul Jones belayar berhampiran Pulau Lakshadweep milik India tanpa meminta kebenaran daripada New Delhi.

Sebagai reaksi balas, kerajaan India telah memaklumkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan kapal perang Amerika Syarikat itu menerusi saluran diplomatic.

USS John Paul Jones seberat 8,900 tan (full load) ini dilancarkan pada 1991 ini dilengkapi dengan sistem Aegis Combat System dan boleh beroperasi secara bersendirian.

Ia dilengkapi dengan peluru berpandu Tomahawk, Harpoon dan RIM-66, selain CIWS dan meriam 127mm.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...