Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Keistimewaan Strategik” Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Ibarat “Magnet”

Berikutan dengan kedudukannya yang amat strategik di Laut China Selatan dan Kepulauan Spratly yang menempatkan beberapa "pulau buatan manusia" diduduki secara haram oleh China, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu adalah seperti "magnet" menarik kunjungan kapal-kapal perang asing dan pegawai kanannya.

0 4,004

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Disebabkan kedudukannya yang amat strategik berhampiran dengan Laut China Selatan dan Kepulauan Spratly, maka Pangkalan Tentera Lautt Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu telah menarik minat dan perhatian daripada tentera-tentera laut negara asing untuk melakukan “lawatan” terhadapnya.

Bagi tentera-tentera laut negara asing, kedudukan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu yang amat strategik yang terletak  “amat hampir” dengan  Laut China Selatan itu sememangnya mengujakan mereka.

Kepentingan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu itu meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini,  selari dengan peningkatan ketegangan isu Laut China Selatan menerusi tindakan agresif pihak tentera China yang cuba menjadikan sebahagian besar daripada perairan strategik itu sebagai miliknya.

Kota Kinabalu
Pegawai TLDM dan India di Pangkalan Kota Kinabalu. (TLDM)

 

Berikutan dengan kedudukannya yang amat strategik di Laut China Selatan dan Kepulauan Spratly yang menempatkan beberapa “pangkalan” tentera China, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu itu seperti “magnet” yang telah menarik kunjungan kapal-kapal perang asing dan pegawai kanannya.

Pegawai-pegawai tentera asing itu sudah semestinya tidak mahu melepaskan peluang untuk meninjau dengan lebih dekat “keistimewaan strategik” Pangkalan TLDM Kota Kinabalu itu.

Sudah semestinya kunjungan ini merupakan sebahagian daripada diplomasi pertahanan TLDM dengan rakan-rakan asingnya, tetapi tidak dinafikan juga kedudukan strategik Pangkalan Kota Kinabalu itu di Laut China Selatan itu sememangnya menarik perhatian mereka.

Selain Pangkalan Kota Kinabalu, hanya Pangkalan Tentera Laut Vietnam di Teluk Cam Ranh serta bekas pangkalan laut Amerika di Teluk Subic mempunyai tahap strategik yang hampir sama dalam isu Laut China Selatan.

Sebab itu Pangkalan Kota Kinabalu sentiasa menerima kunjungan daripada kapal-kapal perang asing serta pegawai-pegawai kanan mereka.

Scorpene
Kedua-dua buah kapal selam TLDM kelas-Perdana Menteri juga ditempatkan di Pangkalan Kota Kinabalu.

 

Baru-baru ini kapal friget Tentera Laut India, INS Satpura (F48) telah berada di Pangkalan Kota Kinabalu untuk melaksanakan latihan bilateral “Samudra Laksamana” dengan TLDM bermula 25 Mei hingga 28 Mei.

Pada masa yang sama, Pangkalan Kota Kinabalu turut menerima kehadiran Panglima Tentera Laut Singapura Rear Admiral Aaron Beng bersama delegasinya.

Aaron turut mengadakan perbincangan dengan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza dan Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali, selain melakukan lawatan terhadap beberapa kemudahan yang terdapat di Pangkalan TLDM termasuk Markas Pemerintahan Kapal Selam.

Delegasi Singapura itu juga telah melawat kemudahan latihan di Pusat Latihan Kapal Selam seperti Simulator Tactical (SIMTAC) dan Simulator Diving (SIMDIV).

Sememangnya, sejak beberapa tahun ini banyak kapal-kapal perang asing dan pegawai-pegawai kanan tentera telah menjadikan kunjungan terhadap Pangkalan TLDM Kota Kinabalu sebagai satu perkara yang wajib dalam misi mereka untuk membina hubungan baik dengan TLDM.

Kota Kinabalu
Panglima Tentera Laut Singapura Rear Admiral Aaron Beng kini sedang melawat Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. (TLDM)

 

Pangkalan TLDM Kota Kinabalu bukan sahaja meneriam kunjungan kapal-kapal perang permukaan tetapi juga kapal-kapal selam asing.

Pada 2008, kapal selam berkuasa nuklear Amerika “USS Pasadena” mencipta sejarah dengan menjadi kapal selam Amerika Syarikat yang pertama berlabuh di Teluk Sepanggar.

Selain kapal selam Amerika, dua buah kapal selam milik Tentera Laut China, “Chang Xing Dao” dan “Chan Cheng” yang telah “menyelam” ke pangkalan TLDM di Sabah itu pada September,2017.

Menurut laporan media pada 2015, pihak Tentera Laut China telah diberikan kebenaran “port access” kepada kapal-kapal perang China untuk berlabuh di Kota Kinabalu.

Tidak pasti sama ada kebenaran “port access” itu masih diteruskan sehingga kini.

Kota Kinabalu
Panglima Tentera Laut Singapura diberikan penerangan tentang UAV “Scan Eagle”. (TLDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Bagaimanapun,”port access” ini turut diberikan kepada kapal-kapal perang negara lain termasuk daripada Amerika Syarikat dan negara-negara sahabat yang lain.

Pada 2017, kapal Amphibious Assault Ship Tentera Laut Amerika “USS America LHA-6” bersama-sama ribuan anggota tentera dan aset-asetnya termasuk 28 buah pesawat turut telah melakukan lawatan ke Teluk Sepanggar.

Pada 2019, USS Ashland juga telah berkunjung ke Kota Kinabalu.

Lain-lain kapal penyerang amfibia Amerika Syarikat yang berlabuh di Kota Kinabalu termasuk USS Bonhomme Richard dan USS Comsctock.

Kota Kinabalu
Kapal perang Amerika Syarikat, USS Essex di luar pantai Sabah beberapa tahun dahulu.

 

Pada 2018, kapal perang Jepun “Akizuki” dan kapal selam “Mischisio” turut melakukan kunjungan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Kunjungan-kunjungan aset dan pegawai kanan tentera asing diatas dasar diplomasi pertahanan terhadap Pangkalan TLDM Kota Kinabalu sememangnya menunjukkan “kepentingan strategik” pangkalan itu dalam percaturan mereka berkenaan isu Laut China Selatan.

Diatas sebab “kepentingan strategik” itu jugalah, tahap keselamatan sama ada udara, darat, permukaan dan bawah permukaan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu juga perlu dilipatgandakan.

— DSA

Comments
Loading...