Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Pertingkat Kemampuan Radar AESA AN/APG-85 Untuk F-35 Block 4

AN/APG-85 merupakan radar multi-fungsi Active Electronically Scanned Array (AESA) yang canggih dan bersesuaian untuk digunakan oleh kesemua varian pesawat pejuang generasi kelima  itu dan mampu menumpaskan segala ancaman udara serta darat pada masa ini dan akan datang.

0 1,621

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Northrop Grumman sedang membangunkan radar AESA (Active Electronically Scanned Array” AN/APG-85 yang akan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang generasi kelima F-35 Lightning II Block 4.

Radar AESA AN/APG-85 itu akan menggantikan radar AESA AN/APG-81 yang digunakan oleh varian pesawat pejuang F-35 pada ketika ini.

AN/APG-85 merupakan radar multi-fungsi AESA yang canggih dan bersesuaian untuk digunakan oleh kesemua varian pesawat pejuang generasi kelima  itu dan mampu menumpaskan segala ancaman udara serta darat pada masa ini dan akan datang.

Radar terbaru keluaran syarikat Northrop Grumman akan melengkapkan pesawat-pesawat F-35 daripada lot produksi ke-17 dan ke atas untuk model-model yang digunakan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Pembangunan dan integrase radar AESA AN/APG-85 akan menampilkan di antara teknologi paling moden bagi memastikan pesawat mencapai hasrat untuk menguasai ruang udara.

F-35

Teknologi-teknologi moden dan terkini yang diterapkan di dalam radar AESA terkini akan memberikan “battlespace situational awareness” yang menterjemahkan keberkesanan platform itu, keberkesanannya dan survivalbiliti.

Radar AESA AN/APG-85 akan menjadi asas kepada kelengkapan pesawat F-35 Block 4, yang akan mengintegrasi kemampuan terkini yang pelbagai termasuk sistem persenjataan terbaru, sensor terbaru dan peningkatan kemampuan peperangan elektronik dan sebagainya.

Berikutan dengan trend terbaru di dalam teknologi radar – radar AESA AN/APG-85 berkemungkinan akan menggunakan Transmit/Receive Modules (TRM) yang berdasarkan kepada bahan-bahan GaN (Gallium Nitride).

Kelebihan radar menggunakan bahan-bahan GaN TRMs adalah ia memiliki kemampuan yang lebih baik terutamanya melibatkan Electronic Counter Counter-Countermeasures (ECCM), pengesanan sasaran-sasaran yang kecil, bandwidth yang tinggi berbanding radar-radar AESA yang menggunakan bahan-bahan Gallium Arsenide (GaAs) TRMs seperti radar AESA AN/APG-81.

Kelebihan lain adalah ia memiliki keberkesanan therma yang lebih baik, membolehkan ia beroperasi pada tahap kuasa yang lebih tinggi, membolehkan radar untuk berfungsi sebagai senjata peperangan elektronik yang berkuasa tinggi.

F-35

 

Syarikat Northrop Grumman memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan, pemodenan, sustainment dan pengeluaran (produksi)_ pesawat F-35 itu.

Selain menghasilkan radar AESA AN/APG-85 dan AN/APG-81, syarikat juga menghasilkan center fuselage, wing skins untuk pesawat generasi kelima itu, sistem sensor, avionic, mission system, mission planning software dan pelbagai teknologi lain termasuk teknologi low observable.

Pada tahun 2020, syarikat Northrop Grumman turut membangunkan Scalable Agile Beam Radar AN/APG-83 yang digunakan oleh pesawat-pesawat F-16 yang digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang F-16 digunakan oleh US National Guard. — DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

 

 

Comments
Loading...