Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Saintis Nuklear Terkenal China Mati Selepas Didakwa “Terjatuh” Dari Sebuah Bangunan

Menurut portal South China Morning Post, saintis terbabit yang dikenali dengan nama Zhang Zhijian ditemui mati pada Khamis lepas, menurut kenyataan oleh pihak universiti yang dikeluarkan menerusi platform media sosial China iaitu, Weibo.

0 1,868

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Salah seorang saintis nuklear terulung China, dilaporkan menemui ajal selepas dikatakan “terjatuh” daripada sebuah bangunan di Universiti Kejuruteraan Harbin, lokasi tempat bekerjanya.

Menurut portal South China Morning Post, saintis terbabit yang dikenali dengan nama Zhang Zhijian ditemui mati pada Khamis lepas, menurut kenyataan oleh pihak universiti yang dikeluarkan menerusi platform media sosial China iaitu, Weibo.

Pihak universit berkenaan dalam kenyataan itu juga memberitahu bahawa pihak polis tempatan menolak kemungkinan kematian saintis nuklear terkenal China itu berpunca akibat tindakan jenayah selepas menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Ia bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut tentang punca kematian Zhang itu, yang bakal bersara daripada tugasnya di universiti itu kira-kira dua tahun lagi.

Menurut portal berita itu lagi, selain daripada kenyataan ringkas di platform media sosial China itu pihak universiti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kematian saintif nuklear China itu.

Nuklear
Universiti Kejuruteraan Harbin dimana saintis nuklear terkenal China itu bertugas.

 

Malah, nama saintis nuklear China itu masih berada di laman web rasmi universiti berkenaan itu yang terletak di bahagian utara negara itu.

Laporan media tentang kematian saintis nuklear terkenal China itu timbul beberapa hari selepas dakwaan tentang “kebocoran” yang berlaku di Stesen Janakuasa Nuklear Taishan yang terletak hanya 80 batu daripada Hong Kong.

Pihak berkuasa China menafikan dakwaan tentang “kebocoran” radiasi di stesen nuklear terbabit.

Zhang merupakan professor di Kolej Sains Nuklear dan Teknologi universiti berkenaan, selain memegang jawatan sebagai Naib Presiden di Chinese Nuclear Society.

Beliau juga merupakan anggota jawatankuasa Parti Komunis China di universiti berkenaan.

Nuklear
Stesen Janakuasa Nuklear Taishan.

 

Menurut portal berita itu lagi, Universiti Harbin dimana saintis nuklear China itu bertugas adalah satu daripada dua university yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak tentera negara itu.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan software computer tertentu di universiti berkenaan kerana hubungannya yang rapat dengan pihak tentera China.

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat menyenaraikan Universiti Kejuruteraan Harbin dan Institut Teknologi Harbin di dalam senarai entity-nya.

Jabatan terbabit berkata, Universiti Kejuruteraan Harbin cuba mendapatkan bahan-bahan daripada Amerika Syarikat untuk tujuan menyokong program-program pihak tentera China.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...