Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Temui Lapangan Minyak “Besar” Di Wilayah Xinjiang

Kekayaan sumber asli wilayah Xinjiang itu terbukti lagi apabila syarikat minyak dan gas kebangsaan negara itu, China National Petroleum Corporation (CNPC) semalam mengumumkan penemuan lapangan minyak dan gas yang besar di Lembangan Tarim (Tarim Basin) di wilayah autonomi itu.

0 1,457

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Wilayah Autonomi Xinjiang merupakan wilayah pengeluar utama minyak dan gas China, menjelaskan mengapa kerajaan di Beijing akan berusaha sedaya-upaya untuk terus mengekalkan wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam itu kekal menjadi sebahagian daripada China.

Kekayaan sumber asli wilayah Xinjiang itu terbukti lagi apabila syarikat minyak dan gas kebangsaan negara itu, China National Petroleum Corporation (CNPC) semalam mengumumkan penemuan lapangan minyak dan gas yang besar di Lembangan Tarim (Tarim Basin) di wilayah autonomi itu.

Selain minyak dan gas, wilayah autonomi Xinjiang juga adalah pengeluar utama arang batu di China.

Menurut CNPC, lapangan yang terletak Blok Minyak Fuman di Lembangan Tarim dianggarkan menyimpan 1 billion ton rizab minyak .

Ia adalah penemuan minyak yang terbesar di Lembangan Tarim di dalam tempoh 10 tahun, menurut pegawai kanan CNPC sebagaimana dipetik oleh portal berita Global Times.

Pegawai kanan CNPC, mereka menemui lapangan minyak yang besar itu selepas menggerudi 56 buah telaga (wells) di Blok Minyak Fuman, dengan kedalaman mencecah sehingga 8,470 meter.

Tarim

 

Ia adalah rekod kedalaman telaga di Lembangan Tarim.

Sejak enam tahun penemuan Blok Minyak Fuman, jumlah penghasilan minyak daripada Lembangan Tarim telah mencatatkan peningkatan yang mendadak daripada 30,000 tan kepada 1.52 juta tan pada 2020.

Menurut CNPC, Lembangan Tarim di wilayah autonomi Xinjiang itu merupakan kawasan penghasilan minyak dan gas terbesar di China dengan jumlah keseluruhan rizab minyak dan gas yang telah berjaya ditemui sehingga kini mencecah 16 billion tan.

Penemuan lapangan-lapangan sumber minyak dan gas di wilayah autonomi Xinjiang dimana penduduknya Islam berbahasa Turkic itu berlaku ketika China sedang ditekan dengan hebat oleh dunia berhubung dakwaan layanan buruknya terhadap penduduk-penduduk tempatan.

Badan-badan antarabangsa mendakwa pihak berkuasa China menahan lebih daripada 1 juta penduduk Xinjiang di dalam “pusat-pusat vokasional” yang sebenarnya merupakan penjara-penjara besar.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...