Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Perlengkap Dron Berani Mati “Shahed-136” Dengan Peledak Thermobarik

Pegawai-pegawai tentera Ukraine gusar kerana dron berani mati "Shahed-136" dengan peledak Thermobarik adalah lebih berbahaya berikutan kekuasaan letupan yang dihasilkan oleh bom-bom Thermobarik  berbanding letupan hasil peledak biasa.

0 3,235

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dilaporkan telah bertindak melengkapkan dron-dron berani “Shahed-136” yang dibekalkan kepada oleh Iran dengan peledak Thermobarik, yang lebih berkuasa berbanding peledak biasa dibawa oleh dron berani mati sebelum ini.

Pegawai-pegawai tentera Ukraine gusar kerana dron berani mati “Shahed-136” dengan peledak Thermobarik adalah lebih berbahaya berikutan kekuasaan letupan yang dihasilkan oleh bom-bom Thermobarik  berbanding letupan hasil peledak biasa.

Pada 3 Disember lalu, telah tersebar gambar dalam media sosial Ukraine menunjukkan pegawai-pegawai tentera negara itu telah menemui peledak Thermobarik yang dipasang pada dron berani mati Shahed-136, yang dikenali sebagai “Geran-2” selepas diubahsuai oleh Russia.

Peledak Thermobarik diperbuat daripada minyak, yang membolehkannya menghasilkan lebih banyak tenaga ketika meledak, sekaligus menyebabkan kemusnahan yang besar terhadap sasaran berbanding peledak lain.

Kerapkali, peledak-peledak Thermobarik digunakan oleh perancang tentera untuk memusnahkan kubu-kubu bawah tanah dan tempat persembunyian anggota tentera musuh, selain digunakan untuk mengebom bangunan-bangunan.

Shahed-136
Bom Thermobarik dibawa oleh Shahed-136

 

Bom-bom Thermobarik boleh digugurkan daripad pesawat-pesawat atau dilancarkan seperti roket dan sebaik sahaja ia mengenai sasaran akan menyebabkan letupan seperti “awan minyak” terjadi, berpoteni membunuh mereka yang bersembunyi dikubu-kubu bawah tanah.

Pegawai tentera Ukraine bimbang bahawa bom-bom Thermobarik mempunyai kuasa ledakan yang tinggi dan boleh mengorbankan ramai rakyat Ukraine.

“Ledakan bom Thermobarik yang kecil berkemampunan untuk meruntuhkan bangunan yang besar.”

Laporan mengenai tindakan Russia melengkapkan dron-dron berani mati dengan bahan peledak Thermobarik amat menggusarkan pegawai tentera Ukraine, dikala Russia telah meningkatkan serangan dron-dron berani mati itu terhadap kedudukan tentera dan infrasruktur Ukraine akhir-akhir ini.

Dalam satu serangan terbesar dron-dron berani mati terhadap ibu negara Ukraine di Kiev, Russia telah menerbangkan 75 buah “Shahed-136” dalam satu malam ke kedudukan tentera Ukraine dan pusat-pusat infrastrukturnya seperti janankuasa dan lain-lain.

Thermobarik
Letupan daripada bom-bom Thermobarik.

 

Dalam apa yang disifatkan sebagai serangan dron berani mati terbesar Russia terhadap Kiev, tentera Ukraine mendakwa ia berjaya menembak jatuh 71 buah daripada 75 buah dron berani mati “Shahed-136” itu.

Russia dilapor mula menggunakan dron-dron berani mati “Shahed-136” dibekalkan oleh Iran pada September tahun lepas untuk menyerang bandar-bandar serta infrastruktur Ukraine.

Selain menerima bekalan ribuan dron berani mati “Shahed-136” terus daripada Iran, Russia juga dilapor telah mula membina dron-dron berani mati itu sendiri dengan bantuan teknikal Iran itu di kemudahan di bandar Yelabuga, Tatarstan yang terletak di selatan Moscow.

Iran dilapor telah memberikan bantuan teknikal kepada Russia bagi membolehkannya membina kemudahan pembinaan dron berani mati “Shahed” di bandar Yelabuga itu.

Russia telah menggunakan dron-dron berani mati Iran seperti Shahed-131, Shahed-136 dan Mohajer untuk menyerang pelbagai sasaran di Ukraine seperti bangunan,infrastruktur awam termasuk janakuasa elektrik, pusat simpanan minyak dan lain-lain lagi.

Shahed
“Shahed-136”

 

Walaupun dron-dron berani mati buatan Iran ini memiliki ketepatan yang rendah,tetapi berjaya “menakutkan” tentera dan orang awam Ukraine daripada segi psikologi.

Dron-dron berani mati keluaran Iran juga dikatakan berjaya menampung kekurangan senjata dan peluru dialami oleh tentera Russia akibat konflik berintensiti tinggi yang berterusan untuk tempoh lebih daripada setahun.

Diberi gelaran “moped” atau “skuter” disebabkan bunyi nyaringnya, dron berani mati Shahed-136 yang dibangunkan oleh Iran Aircraft Manufacturing (HESA) itu berkemampuan terbang sejauh diantara 1,000km hingga 2,200km.

Di muncung dron berani mati, ia dilengkapkan dengan bahan letupan seberat 50kg.

Shahed-136 mempunyai panjang keseluruhan 3.5 meter,berat 200kg manakala enjin buatan China membolehkan dron berani mati Iran itu terbang selaju 185km sejam. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...