Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perolehan 12 Helikopter Baru TUDM Dimuktamad Sebelum Akhir 2024 – Panglima

Cadangan perolehan 12 buah helikopter baru untuk TUDM telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada 13 Oktober yang lalu.

0 4,603

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia akan memulakan proses perolehan 12 buah helikopter baru menerusi tender terbuka pada awal tahun depan, kata panglimanya Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Dipetik sebagai berkata oleh media-media tempatan hari ini,  beliau bercadang memuktamadkan perolehan helikopter itu sebelum penghujung tahun depan.

Pada ketika ini, TUDM ketika ini mengoperasikan 12 helikopter jenis EC725 AP (kini dikenali sebagai H225M) keluaran syarikat Airbus serta beberapa buah helikopter AW139 yang dioperasi secara GOCOM (Government Operate, Company Own and Maintain).

“Perolehan 12 helikopter baru yang diluluskan melalui pengumuman belanjawan itu adalah perolehan baharu yang akan meningkatkan keupayaan penugasan Combat Search and Rescue (CSAR), Search and Rescue (SAR) dan utiliti.

“TUDM berhasrat melaksanakan tender terbuka dengan mempelawa syarikat untuk mempamerkan aset yang berkeupayaan untuk melaksanakan tugas dan spesifikasi TUDM.

TUDM
Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

 

“Paling utama adalah pesawat itu perlu dilengkapi senjata ringan bagi melaksanakan tugas TUDM dan meneruskan misi yang diperlukan atau memberi bantuan kepada Tentera Darat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Beliau berkata perolehan helikopter itu penting bagi menampung jurang keupayaan helikopter sedia ada.

Cadangan perolehan 12 buah helikopter baru untuk TUDM telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada 13 Oktober yang lalu.

Selain perolehan helikopter baru untuk TUDM itu, menerusi Belanjawan 2024 itu, Angkatan Tentera Malaysia juga akan memperolehi perolehan 60 buah kereta perisai infantri, 50 High Mobility Light Tactical Vehicle (HMLTV), enam Hovercraft Integrated Fast Interceptor serta 733 kenderaan sokongan pelbagai jenis.

Selain itu turut diumumkan kerja-kerja memasang pulih dua aset kapal selam selain meneruskan perolehan tiga buah Littoral Mission Ship (LMS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia dibawah Belanjawan 2024.

MPA
Pesawat peronda maritim ATR72 MP
FA-50
Pesawat FA-50

 

Ditanya tentang jadual penerimaan pesawat pejuang ringan FA-50M keluaran Korea Aerospace Industries oleh TUDM, beliau berkata,  pesawat itu dijangka diterima secara berperingkat bermula Oktober 2026 hingga Ogos 2027.

“Empat pesawat pertama FA-50M dijadual diterima pada Oktober 2026, manakala selebihnya pada 2027,” katanya.

Malaysia dan KAI telah menandatangani kontrak perolehan 18 buah pesawat FA-50M bernilai RM4 bilion ketika LIMA 2023 di Langkawi Mei lalu.

Panglima TUDM juga berkata negara akan menerima dua buah pesawat peronda maritim (MPA) ATR72 MPA pada Jun 2026. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...