Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Kirim Lebih Banyak Kapal Perang Ke Laut Hitam

Kedua-dua kapal perang itu daripada kelas-Rapucha “landing ship tanks”  (LST) berfungsi menghantar armor dan anggota tentera ketika serangan di kawasan pantai.

2,605

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah kapal perang Russia dilihat belayar di Selat Bosphorus (Bosphorus Strait) menuju ke Laut Hitam (Black Sea) untuk menyertai kira-kira 15 buah kapal perang negara itu yang telah pun berada di perairan terbabit.

Kedua-dua kapal perang itu daripada kelas-Rapucha “landing ship tanks”  (LST) berfungsi menghantar armor dan anggota tentera ketika serangan di kawasan pantai. Setiap sebuah kapal boleh membawa 10 kereta kebal utama dan 340 anggota tentera.

Kapal-kapal itu berpengkalan di Northern Sea Fleet dan laporan media mengatakan dua buah lagi kapal LST Russia daripada Baltic Fleet bakal belayar di Selat Bosphorus.

Pelayaran kapal-kapal perang Russia ke Laut Hitam itu berlaku ketika Moscow meningkatkan bilangan anggota tenteranya bersama-sama kelengkapan mereka seperti kereta kebal dan kereta perisai di sempadan negara itu dengan timur Ukraine.

Pelayaran kedua-dua kapal tentera Russia itu berlaku tidak lama selepas Amerika Syarikat membatalkan penghantaran dua buah kapal destroyer kelas-Arleigh Burke ke Laut Hitam selepas menerima bantahan keras daripada Moscow.

Rapucha
Kapal LST Russia kelas “Rapucha”ketika belayar di Selat Bosphorus di Turki harii ini.

 

Peningkatan mendadak tentera Russia dan kelengkapan mereka di timur Ukraine itu menimbulkan kebimbangan bahawa Moscow sedang bersiap-sedia untuk menceroboh negara jirannya itu sebagaimana dilakukannya pada 2014 apabila Russia menakluk Semenanjung Crimea.

Jurucakap kerajaan Ukraine mengadakan Russia telah mengumpul kira-kira 40,000 anggota tenteranya di sempadan Russia sejak kebelakangan ini.

Selain itu,Russia juga menempatkan kira-kira 40,000 anggota tenteranya di Semenanjung Crimea (Crimea Peninsula) yang ditakluknya daripada Ukraine pada 2014.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan Ukraine Andriii Taran dalam ucapan kepada Parlimen Eropah berkata maklumat perisikan pihaknya mendapati terdapat 110,000 anggota tentera Russia di sempadan negara itu dengan Ukraine.

Menteri Pertahanan Russia Sergey Shoigu berkata peningkatan anggota tentera Russia di timur Ukraine itu adalah sebagai respons terhadap penghantaran kira-kira 40,000 anggota tentera NATO.

Semalam dua buah kapal lojistik membawa trak dan kelengkapan tentera NATO  belayar di Selat Bosphorus menuju ke Romania.

Dalam tindakan yang meningkatkan lagi ketegangan di antara Russia dan Amerika Syarikat,  Moscow telah memerintahkan 10 orang diplomat Amerika Syarikat meninggalkan Russia, sebagai tindakan balas terhadap tindakan yang sama oleh Washington terhadap diplomatnya.

Semalam juga, Russia mengumumkan ia akan menutup laluan perkapalan di Kerch Strait yang menghubungkan antara Laut Hitam dan Laut Azov, tindakan yang dibantah keras oleh Ukraine dan sekutunya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.