(VIDEO) Russia Didakwa Guna Peluru Berpandu ICBM Dalam Serangan Terhadap Ukraine
(VIDEO) Sumber-sumber media Ukraine menyatakan bahawa peluru berpandu ICBM yang dilancarkan oleh Russia semalam itu dipercayai RS-26 Rubezh, peluru berpandu ICBM menggunakan bahan api pepejal dengan kemampuan membedil sasaran sejauh 5,800km, menurut Arms Control Association.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dilaporkan telah melancarkan Peluru Berpandu Ballistik Antara Benua (Intercontinental Ballistic Missile – ICBM) terhadap Ukraine, pertama kali senjata yang direkabentuk untuk membedil sasaran yang terletak ribuan kilometer itu digunakan dalam sejarah peperangan.
Perkara itu telah disahkan oleh Tentera Udara Ukraine.
Penggunaan peluru berpandu ballistik ICBM menggunakan peledak konvensional itu merupakan petanda ketegangan yang semakin memuncak dalam peperangan di antara Russia dan Ukraine yang telah berlangsung selama 33 bulan.
Menurut pakar-pakar persenjataan, jika dakwaan serangan itu disahkan maka ia adalah penggunaan pertama peluru berpandu ICBM yang dibangunkan untuk membawa senjata nuklear dalam sejarah peperangan dunia.
Peluru berpandu ICBM itu adalah bahagian penting dalam deteren nuklear Russia.
Russia tidak memberikan reaksi balas terhadap dakwaan penggunaan peluru berpandu ICBM terhadap Ukraine, dengan jurucakap Kremlin Dmitry Peskov meminta wartawan berhubungan dengan Kementerian Pertahanan Russia tentang jawapan balas terhadap dakwaan itu.
Pemain Video
00:00
00:00
Sumber-sumber media Ukraine menyatakan bahawa peluru berpandu ICBM yang dilancarkan oleh Russia semalam itu dipercayai RS-26 Rubezh, peluru berpandu ICBM menggunakan bahan api pepejal dengan kemampuan membedil sasaran sejauh 5,800km, menurut Arms Control Association.
Peluru berpandu ballistik ICBM RS-26 Rubezh itu mula diuji pada 2012 dan mempunyai anggaran ketinggian 12 meter dan seberat 36 tan, menurut Center for Strategic and International Studies (CSIS).
Ia juga berkata bahawa RS-26 Rubezh itu berkemampuan membawa peledak nuklear seberat 800kg.
Peluru berpandu ICBM RS-26 Rubezh itu dipercayai dilancarkan daripada Astrakhan di Russia dan membedil infrastruktur-infratruktur kritikal di Dnipro yang terletak di timur Ukraine.
Pemain Video
00:00
00:00
Comments are closed.