Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Didakwa Beli Imej Satelit Amerika Untuk Bedil Aset Tentera Ukraine Dengan Tepat

Russia didakwa menggunakan imej-imej satelit yang dibeli oleh "pihak ketiga" daripada syarikat-syarikat satelit Amerika Syarikat untuk membantu peluru-peluru berpandu dilancarkanya membedil aset dan infrastruktur ketenteraan Ukraine dengan tepat.

0 9,513

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia didakwa menggunakan imej-imej satelit yang dibeli oleh “pihak ketiga” daripada syarikat-syarikat satelit Amerika Syarikat untuk membantu peluru-peluru berpandu dilancarkanya membedil aset dan infrastruktur ketenteraan Ukraine dengan tepat.

Dakwaan oleh Ukraine itu menyatakan bahawa imej-imej satelit itu dibeli oleh syarikat-syarikat ketiga untuk kegunaan oleh tentera Russia.

Pembabitan syarikat-syarikat ketiga itu bertujuan mengabui peranan dimainkan oleh pihak Russia yang menggunakan imej-imej satelit komersial itu untuk tujuan ketenteraan dan mengelak daripada sekatan ekonomi yang dikenakan terhadapnya.

Menurut sumber-sumber daripada pihak Ukraine sebagaimana diberitahu media The Atlantic, satelit akan mengambil gambar lokasi terbabit dan di dalam beberapa hari atau minggu, peluru berpandu Russia akan membedil lokasi tersebut.

Pembelian imej satelit lokasi dibedil itu akan dilakukan sekali lagi beberapa hari selepas itu, berkemungkinan untuk tujuan analisis selepas serangan.

“Ia tidak mungkin dilakukan secara kebetulan lagi kerana sudah terlalu kerap sehingga memungkinkan ia sememangnya disengajakan dan dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan,” kata sumber itu lagi.

Satelit

Pada 2 April, 2022, wilayah Mirgorod di Ukraine teleh dibedil oleh peluru-peluru berpandu Russia dan syarikat Amerika Syarikat telah memohon pembelian imej-imej satelit kawasan itu sebanyak sembilan kali sebelum berlakunya serangan itu.

Pembelian imej-imej satelit dilakukan sekali lagi beberapa hari selepas kejadian serangan itu.

Pada 26 Mac, 2022 pula, sebuah kilang peluru di Kiev telah dibedil oleh Russia dan sebagaimana yang berlaku di Mirgorod, syarikat Amerika Syarikat telah membeli imej-imej satellit lokasi kilang itu sebelum serangan berlaku.

Syarikat itu turut membeli imej-imej satelit itu selepas kejadian serangan peluru berpandu itu, berkemungkinan untuk tujuan analisisi selepas serangan.

Menurut sumber itu lagi, ratusan pembelian pembelian imej-imej satelit yang “dicurigai” telah berlaku yang menjurus kepada pembabitan pihak-pihak ketiga yang bekerjasama dengan syarikat penyedia penkhidmatan satelit sepert Maxar dan Planet Lab dalam membantu tentera Russia dalam kempen ketenteraannya di Ukraine.

Dakwaan itu turut disokong oleh Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine Kateryna Chernorenko, dengan sumber memberitahu media tempatan bahawa pihak-pihak ketiga itu telah meningkat pembelian imej-imej satelit sejak enam bulan lepas.

Mohajer
Imej satelit Barat turut memantau pergerakan Tentera Russia seperti yang ditunjukkan iaitu kehadiran sebuah dron “Mohajer-6” di wilayah diduduki Russia di Crimea.
Iskander
Peluru berpandu taktikal “Iskander-M” 

 

Imej-imej resolusi tinggi satelit amat penting kerana ia mendedahkan banyak maklumat seperti keadaan geografi sekeliling kawasan itu  seperti pergunungan, sungai, hutan dan bangunan termasuk jalanraya dan jambatan.

Mengetahui keadaan sekeliling amat penting untuk menganalisis kesan daripada serangan peluru berpandu itu dan mengubah strategi.

Imej-imej satelit juga boleh mendedahkan kewujudan atau kehadiran aset atau infratstruktur ketenteraan seperti tapak pelancaran peluru berpandu, pangkalan tentera, sistem radar dan pelbagai infrastruktur lain.

Saiz, bentuk dan kedudukannya aset dan infrastruktur ketenteraan itu boleh memberi maklumat tentang kemampuannya dan kepentingannya.

Akhirnya, selepas bedilan peluru berpandu itu dilakukan, imej-imej satelit boleh mendedahkan tahap kemusnahan dialaminya terutamanya di tapak bedilan, kemusnahan bangunan atau pelbagai tanda kemusnhan yang lain.

Ia akan membantu analisis keberkesanan serangan itu, dan sama ada serangan susulan perlu dilakukan atau tidak. — DSA

Iklan

 

Comments
Loading...