Ratusan Pekerja, Ejen Rahsia Korea Utara Masih Di Malaysia – Dakwa Portal Berita Korea Selatan
Ini bermakna pekerja-pekerja Korea Utara yang mengendalikan aktiviti penyeludupan barangan mewah dan senjata masih berada di Malaysia, sebagaimana didakwa dalam satu laporan oleh portal berita Daily NK yang berpengkalan di Korea Selatan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, tetapi Korea Utara dilaporkan tidak memanggil pulang pekerja-pekerja serta ejen rahsia yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan barangan mewah dan senjata di Malaysia.
Ini bermakna pekerja dan ejen-ejen rahsia Korea Utara yang mengendalikan aktiviti penyeludupan barangan mewah dan senjata masih berada di Malaysia, sebagaimana didakwa dalam satu laporan oleh portal berita Daily NK yang berpengkalan di Korea Selatan.

Portal berita itu yang memetik sumber berkata ratusan pekerja itu yang bernaung di bawah Jawatankuasa Pusat serta ejen-ejen rahsia daripada Munitions Industry Department (MID) yang terlibat dalam penyeludupan senjata masih berada di Malaysia.
Ejen-ejen rahsia ini menggunakan Kuala Lumpur sebagai pusat hentian apabila mengendalikan aktiviti penyeludupan dengan Timur Tengah dan Afrika, dakwa Daily NK.
Ejen-ejen rahsia daripada MID ini menyeludup senjata ke negara-negara Timur Tengah seperti Iran, Syria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan mengimport senjata daripada negara-negara lain ke Korea Utara.
Bagaimanapun adalah sukar untuk mengesan pekerja-pekerja ini dan ejen rahsia MID kerana mereka bergerak menggunakan passport dan dokumen perjalanan palsu.
Menurut portal berita Korea Selatan itu lagi yang mempunyai hubungan rapat dengan rakyat Korea Utara yang berpaling tadah juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia selama berdekad lamanya “mendiamkan diri” terhadap kegiatan haram pekerja-pekerja Korea Utara itu.

Daily NK juga didakwa mempunyai sumber-sumber di dalam Korea Utara yang menyalurkan apa-apa perkembangan penting di negara itu.
Disebabkan itulah, pihak berkuasa Malaysia berhadapan kesukaran untuk menghantar mereka pulang ke Korea Utara.
Sumber turut memberitahu Daily NK bahawa ejen-ejen Korea Utara di Malaysia terpaksa mengubah cara mereka bertugas termasuk bagaimana untuk berkomunikasi dengan pihak atasan di Pyongyang berikutan penutupan kedutaan mereka di Kuala Lumpur.
Comments are closed.