Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Rafale “Terkulai” Ditangan JF-17 Block II Pakistan Pada Anatolian Eagle 2021?

Sumber-sumber di dalam Latihan Anatolian Eagle 2021 mendakwa bahawa “kill ratio”” pesawat JF-17 Tentera Udara Pakistan terhadap pesawat Rafale Tentera Udara Qatar itu adalah 6:2 bermakna pesawat-pesawat JF-17 Block II Pakistan itu telah berjaya “menembak jatuh”  pesawat Rafale Qatar sebanyak enam kali berbanding hanya dua kali tumpas dalam simulasi pertembungan udara pada latihan itu.

5,707

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Jun tahun lepas, satu latihan udara disertai oleh tentera-tentera udara daripada Turki, Pakistan, Azerbaijan serta Qatar dipanggil “Anatolian Eagle 2021”  telah berlangsung di sebuah pangkalan udara Tentera Udara Turki yang terletak di bandar pesisir pantai di Konya, Turki.

Tentera Udara Turki merupakan penganjur kepada latihan udara pelbagai negara itu.

Antara aset-aset udara yang menyertai latihan itu adalah pesawat F-16 daripada Turki manakala Pakistan pula diwakili lima buah pesawat JF-17 “Thunder” Block II, Qatar pula menghantar empat buah pesawat Rafale dan Azerbaijan pula menampilkan pesawat-pesawat MiG-29 dan Su-25 “Frogfoot” yang sebelum itu telah “menunjukkan taringnya” dalam konflik di Nagorno-Karabakh. 

JF-17
Pesawat JF-17 Block 3 merupakan varian terbaru pesawat pejuang yang dibangunkan bersama oleh Pakistan dan China.

 

Pihak NATO yang dianggotai oleh Turki telah menghantar sebuah pesawat E-3A  AWACS.

 Beberapa media Turki turut melaporkan bahawa Malaysia turut telah menghantar pegawai-pegawai tentera udaranya ke latihan tentera udara pelbagai negara itu sebagai pemerhati.

Latihan “Anatolian Eagle” ini merupakan latihan tahunan bertujuan untuk meningkatkan kemampuan dan persefahaman dikalangan tentera udara negara-negara peserta menerusi perlaksanaan pelbagai taktik yang mengaplikasikan  suasana pertempuran udara.

Sistem seperti Post Mission Analysis System serta Air Combat Maneuvering System (ACMI) juga digunakan dalam latihan “Anatolian Eagle 2021” itu.

Tidak banyak yang diketahui tentang latihan udara itu, tetapi sesetengah penganalisis ketenteraan yang tidak dinamakan mendakwa mereka memiliki beberapa maklumat dalaman “penting” tentang apa yang berlaku dalam “Anatolian Eagle 2021” itu.

Anatolian

Apa yang nyata adalah latihan Anatolian Eagle 2021 itu telah memberikan peluang terbaik kepada Tentera Udara Pakistan untuk menguji kemampuan sebenar pesawat JF-17 “Thunder” yang dibangunkannya bersama dengan China terutamanya dalam berhadapan dengan “musuh.”

Ia membantu mereka menilai kemampuan sebenar  JF-17 “Thunder” dalam simulasi pertempuran, terutamanya apabila berhadapan dengan pesawat Dassault Rafale Tentera Udara Qatar.

Sebagaimana yang kita tahu, pesawat pejuang Rafale itu turut digunakan oleh Tentera Udara India. 

 Apa yang penting adalah, Islamabad mahu mengetahui titik kekuatan dan  kelemahan apabila pesawat JF-17 berdepan dengan pesawat Rafale yang yang diketengahkan oleh Tentera Udara Qatar dalam simulasi pertempuran udara (dogfight) latihan tahunan itu sama ada secara Within Visual Range (WVR) atau Beyond Visual Range (BVR).

 Latihan “Anatolian Eagle 2021” memberi peluang yang amat baik kepada Tentera Udara Pakistan  untuk menguji kemampuan sebenar pesawat JF-17 yang dibangunkannya bersama dengan China terutamanya apabila berdepan dengan pesawat-pesawat Rafale yang kini dioperasikan oleh musuh tradisinya iaitu Tentera Udara India.

Rafale
Pesawat Rafale Tentera Udara Qatar pada latihan Anatolian Eagle 2021.

 

Selain berhadapan dengan Rafale, JF-17 juga bertembung dengan pesawat MiG-29 yang dibawa oleh Tentera Udara Azerbaijan dalam latihan Anatolian Eagle itu.

Tentera Udara India turut menggunakan pesawat pejuang MiG-29.

Menurut beberapa laporan oleh penganalisis pertahanan yang mendakwa mereka mempunyai maklumat dalaman tentang latihan “Anatolian Eagle 2021” berkata bahawa pesawat JF-17 Thunder Tentera Udara Pakistan itu telah beraksi cukup baik dalam simulasi pertempuran  udara dengan pesawat Rafale Tentera Udara Qatar itu.

Sumber-sumber mengatakan bahawa bahawa “kill ratio”” pesawat JF-17 terhadap pesawat Rafale Qatar itu adalah 6:2 bermakna pesawat-pesawat JF-17 Block II Pakistan itu telah berjaya “menembak jatuh”  pesawat Rafale Qatar sebanyak enam kali berbanding hanya dua kali tumpas dalam simulasi pertembungan udara pada latihan itu.

 Itu adalah kesimpulan yang dibuat oleh penganalisis pertahanan berdasarkan sumber yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Rafale
Pesawat pejuang Rafale Tentera Udara Qatar.

 

Apakah benar, pesawat JF-17 Thunder berjaya “membunuh” pesawat-pesawat Rafale yang dikatakan lebih canggih dan lebih moden di dalam latihan di Turki itu?

Apapun, kita tidak boleh menerima kenyataan penganalisis pertahanan itu “bulat-bulat”” kerana ia berkemungkinan hanyalah sebahagian daripada perang -psikologi  daripada pihak Pakistan untuk melemah-lemahkan semangat tentera udara India yang baru sahaja menerima pesawat Rafale mereka .

Kenyataan amat positif berkenaan “prestasi baik pesawat JF-17 Thunder” itu berkemungkinan tidak lebih daripada strategi untuk mewar-warkan keampuhan pesawat buatan Pakistan-China itu.

Atau ia mungkin juga sebahagian daripada strategi pemasaran untuk menarik lebih banyak pembeli pesawat JF-17.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika lawatan rasminya ke Pakistan beberapa tahun lepas, turut telah meninjau dengan lebih dekat pesawat JF-17 itu.

Adakah dakwaan tentang kejayaan JF-17 menjinakkan Rafale pada latihan di Turki itu hanyalah “permainan psikologi” Pakistan atau sekadar strategi pemasaran? Mungkin ya dan mungkin tidak.

Selagi tiada kenyataan rasmi, kita anggaplah bahawa dakwaan kejayaan pesawat JF-17 menundukkan pesawat Rafale Qatar itu hanya spekulasi semata-mata. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments are closed.