Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Meterai Kontrak Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh GM400

Kedua-dua radar pertahanan udara jarak jauh, GM400 buatan Thales di Bintulu dan AN/TPS-77 buatan Lockheed Martin bersama-sama radar jarak jauh yang lain ditempatkan di Kuching benar-benar akan menjadi “mata dan telinga” bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihata.

0 12,063

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia dan Perancis telah menandatangani Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance- LOA) bagi radar pertahanan udara jarak jauh Ground Master 400 Alpha (GM400) yang akan menjadi “mata dan telinga” negara bagi memantau Laut China Selatan.

Radar pertahanan udara jarak jauh itu yang dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan diletakkan di Bintulu, Sarawak.

LOA itu ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan dan syarikat Thales yang membangunkan sistem radar pertahanan udara jarak itu di Kementerian Pertahanan sambil disaksikan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya daripada Perancis, Sebastian Lecornu.

“…radar pertahanan udara jarak jauh GM400 yang akan ditempatkan di Bintulu, Sarawak bagi memantau kedaulatan ruang udara di pesisiran perairan dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE),” menurut kenyataan Mohamad menerusi akaun media sosialnya hari ini.

Dalam laporan pada 15 Mei lepas, Defence Security Asia telah pun menyatakan kemungkinan radar pertahanan udara jarak jauh buatan Perancis itu akan diletakkan di Bintulu, Sarawak bagi memantau sebarang perkembangan di Laut China Selatan.

Radar
Majlis menandatangani Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance) antara Kementerian Pertahanan dan syarikat Thales sambil disaksikan oleh Mohamad dan rakan sejawatnya daripada Perancis, Lecornu. (FB Mohamad Hasan)

 

Dianggarkan bernilai kira-kira RM200 juta, radar pertahanan udara jarak jauh GM400  itu merupakan anggota terbaru bagi keluarga radar-radar “Ground Master” yang banyak digunakan pengguna sebelum ini termasuk Malaysia.

Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Thales, kemampuan pengesanan oleh radar jarak jauh 3D GM400 itu telah dipertingkatkan sebanyak 10 peratus kepada kira-kira 515km (278 batu nautika), selain ciri-ciri cybersecurity yang telah dipertingkatkan dan algoritma AI (Artificial Intelligence) yang jauh lebih berkeupayaan.

Radar GM400 berkemampuan mengesan sasaran daripada pesawat-pesawat pejuang dan peluru berpandu berkelajuan tinggi, helikopter dan sistem pesawat tanpa pemandu.

Salah satu ciri-ciri unik radar pertahanan udara jarak jauh GM400 adalah ia mendakwa berkemampuan mengesan dan menjejaki sasaran seperti dron-dron taktikal yang terbang hampir dengan tanah (Nap-of-the-Earth) dan pada masa yang sama mengesan sasaran-sasaran pada altitude tinggi seperti pesawat pengebom pada jarak 515km.

Radar pertahanan udara jarak jauh GM400 buatan Perancis di Bintulu itu akan bergandingan dengan sebuah lagi radar pertahanan udara jarak jauh,  AN/TPS-77 buatan syarikat Lockheed Martin yang akan ditempatkan di Labuan.

Radar pertahanan udara jarak AN/TPS-77 itu adalah sumbangan kerajaan Amerika Syarikat.

GM400 Alpha
Radar GM400 Alpha
Radar
Radar pertahanan udara jarak jauh TPS-77  yang akan diletakkan di  Labuan.

 

Kedua-dua radar pertahanan udara jarak jauh, GM400 buatan Thales di Bintulu dan AN/TPS-77 buatan Lockheed Martin bersama-sama radar jarak jauh yang lain ditempatkan di Kuching benar-benar akan menjadi “mata dan telinga” bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihata.

Pada 2021, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah memberikan kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat, Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar pertahanan udara jarak jauh kepada Malaysia.

Pakej di dalam kontrak kerajaan Amerika Syarikat kepada Lockheed Martin itu termasuklah alat ganti dan latihan kepada anggota-anggota TUDM yang bakal mengendalikannya.

Kenyataan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bertarikh Sept 24, 2021 lalu menyatakan bahawa cawangan syarikat Lockheed Martin di Liverpool, New York telah dianugerahkan kontrak bernilai US$25.1 juta untuk “Malaysia Ground Based Radar System.”

Kos untuk membekalkan radar jarak jauh untuk kerajaan Malaysia itu dibiayai menerusi peruntukan “Fiscal 2021 Building Partner Capacity Funds” oleh kerajaan Amerika Syarikat.

 Coverage bagi radar AN/TPS-77  ini adalah sekitar 470km atau 250 Batu Nautika, dan ia adalah sebuah radar bergerak (mobile radar) yang mampu diatur-gerak ke kawasan-kawasan lain sama ada menggunakan pesawat C-130 Hercules, trak atau keretapi. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...