Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬Stesen TV Russia Tayang Kereta Perisai Bradley IFV Amerika Berjaya “Ditawan”

(VIDEO) Menurut pengacara stesen televisyen Channel 1 Russia itu, kejayaan menawan kereta perisai Bradley IFV dalam keadaan hampir sempurna tanpa sebarang kerosakan besar akan membolehkan tentera Russia mengenalpasti kelemahan-kelemahan kenderaan perisai itu yang boleh dieksploitasi.

0 13,178

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Sebuah stesen televisyen Russia telah menayangkan kereta perisai Bradley IFV buatan Amerika Syarikat yang berjaya ditawannya dalam keadaan hampir sempurna tanpa kerosakan besar daripada medan pertempuran di wilayah Luhansk, Ukraine.

Kereta perisai Bradley IFV itu berjaya ditawan oleh tentera Russia selepas terbabit dalam pertempuran menyebabkan enjinnya gagal berfungsi dan memaksa anggota tentera Ukraine untuk meninggalkannya.

Menurut pengacara stesen televisyen Channel 1 Russia itu, kejayaan menawan kereta perisai Bradley IFV dalam keadaan hampir sempurna tanpa sebarang kerosakan besar akan membolehkan tentera Russia mengenalpasti kelemahan-kelemahan kenderaan perisai itu yang boleh dieksploitasi.

Rancangan televisyen Russia itu turut menampilkan beberapa individu bertopeng tidak dikenalpasti yang bertanggungawab membawa balik kereta perisai Bradley IFV  itu ke Russia untuk tujuan kajian lanjut oleh pakar persenjataan negara itu.

Menurut individu terbabit, mereka berjaya mengambil kereta perisai Bradley IFV dalam waktu malam dan kabus tebal kira-kira 500 meter daripada tentera Ukraine, menundanya daripada kawasan dipenuhi periuk api selepas percubaan pertama menemui kegagalan.

Kereta perisai Bradley IFV yang dipaparkan oleh stesen televisyen itu menunjukkan ia dipenuhi dengan kesan tembakan, di mana pengacara mengatakan ia berpunca daripada dron tentera Ukraine yang cuba memusnahkan peralatan berteknologi tinggi dalam kenderaan perisai yang ditinggalkan oleh anggota tentera Ukraine.

Rancangan televisyen Russia itu juga menunjukkan kenderaan perisai Bradley IFV buatan Amerika itu masih memiliki peluru-peluru mesingannya.

Salah seorang lelaki bertopeng itu berkata bahawa kereta perisai Bradley IFV yang ditawan mereka itu adalah kenderaan yang telah dinaiktaraf dengan enjin yang lebih berkuasa serta memiliki sistem alat pandang malam yang lebih baik serta kawalan penembakan yang berprestasi lebih baik.

Selain itu katanya, kenderaan Bradley IFV  itu juga diberikan perlindungan armor yang lebih baik berbanding varian kenderaan sama yang lain.

“Kenderaan perisai Bradley IFV yang kami tawan ini hanya telah digunakan sejauh 240km,” kata lelaki bertopeng itu.

Bradley
Kenderaan perisai Bradley buatan Amerika ditawan Russia

 

Sementara itu pegawai Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dipetik oleh media pertahanan antarabangsa enggan menyatakan sama ada mereka bimbang dengan penawanan kenderaan perisai Bradley IFV oleh Russia.

“Saya tidak akan melakukan spekulasi sama ada kereta perisai Bradley IFV ini telah ditawan atau tidak dan saya juga tidak akan bercakap mengenai perkara-perkara perisikan,” kata pegawai Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu.

Amerika Syarikat dilaporkan telah membekalkan 109 kenderaan perisai Bradley IFV kepada Ukraine sebagai persediaan untuk melakukan serangan balas pada musim bunga lalu pada awal tahun ini.

Namun pada pada Jun lalu, Amerika Syarikat dilaporkan telah membekalkan kira-kira 15 buah lagi kenderaan perisai Bradley IFV  tambahan kepada Ukraine bersama-sama 10 buah kenderaan perisai beroda Stryker, selepas dikatakan banyak kenderaan perisai itu musnah dalam pertempuran dengan tentera Russia.Bradley

Bradley
Kesan tembakan di kenderaan Bradley IFV

 

Penghantaran 15 buah kenderaan Bradley IFV ke Ukraine itu adalah untuk menggantikan 16 buah kenderaan perisai buatan Amerika Syarikat itu yang musnah dalam dalam serangan balas Ukraine  di wilayah Zaphorizia di selatan Ukraine.

Mengikut laporan daripada laman web analisis peperangan Belanda, Oryx pada pertengahan tahun ini, sejumlah 16 buah kenderaan IFV Bradley yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine telah musnah atau rosak teruk.

Menurut Oryx, sejumlah lima buah Bradley IFV telah musnah sepenuhnya manakala lima mengalami kerosakan yang teruk sehingga ia terpaksa ditinggalkan oleh anggota tentera Ukraine yang mengoperasikannya. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

Comments
Loading...