Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Deftech, FNSS Dari Turki Tawar Kenderaan Perisai “Pars” 4×4 Dan 6×6

Kehadiran kedua-dua kenderaan perisai “Pars” 4x4 dan 6x6 itu hanya mengesahkan bahawa kedua-dua syarikat Malaysia dan Turki itu ingin menawarkan kenderaan terbabit bagi tender 4x4 dan 6x6 bagi menggantikan kenderaan perisai “ 4x4 Condor” dan “6x6 Sibmas”.

0 2,585

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada pameran DSA 2022 yang berakhir pada minggu lepas, syarikat tempatan DRB-Hicom Deftech rakannya, syarikat FNSS daripada Turki telah menampilkan kenderaan perisai “Pars” 4×4 dan 6×6 .

Kehadiran kedua-dua kenderaan perisai “Pars” 4×4 dan 6×6 itu hanya mengesahkan bahawa kedua-dua syarikat Malaysia dan Turki itu ingin menawarkan kenderaan terbabit bagi tender 4×4 dan 6×6 bagi menggantikan kenderaan perisai “Condor” dan “Sibmas” yang sebahagiannya telah pun dibersarakan perkhimatannya oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Maklumat daripada industri pertahanan tempatan mengatakan Kementerian Pertahanan bakal membuka tender pada tahun ini atau tahun depan untuk membekal sejumlah kenderaan perisai 4×4 dan 6×6 kepada Tentera Darat.

Pars
Pars 6×6 pada Pameran DSA 2022 tempohari

 

Cakap-cakap mengenai tender itu telah menarik perhatian beberapa syarikat dalam dan luar negara yang telah menyatakan hasrat dan minat mereka untuk menyertainya, antaranya daripada syarikat Hyundai Rotem daripada Korea Selatan dan lain-lain.

Kerjasama di antara Deftech dan FNSS ini bukanlah asing kerana kedua-dua syarikat ini telah pun menjalin kerjasama di dalam kenderaan perisai berantai “ ACV 300 Adnan” dan juga 8×8 “AV8 Gempita”, kedua-duanya digunakan secara meluas oleh Tentera Darat.

Pars

Disebabkan kerjasama yang sedia terjalin sejak beberapa tahun itu, maka kerjasama di antara Deftech dan FNSS ini disifatkan sebagai frontrunner untuk memenangi tender Kementerian Pertahanan yang dikeluarkan untuk kenderaan perisai 4×4 dan 6×6.

Jika Deftech dan FNSS berjaya di dalam bidaannya untuk kenderaan perisai “Pars” 4×4 dan 6×6, maka lengkaplah “koleksi” kenderaan perisai “Pars” selepas Tentera Darat juga menggunakan kenderaan perisai AV8 Gempita 8×8 yang asalnya adalah kenderaan “Pars 8×8.”

Pars
Kenderaan Pars 4×4

 

Kenderaan perisai “Pars” 6×6 pada booth Deftech dilengkapi dengan SANCAK Remote Controlled Turret menggunakan mesingan berat 12.7mm.

Berkemampuan membawa sehingga lapan orang anggota tentera lengkap bersenjata, ia mampu dipandu selaju 100km sejam dengan jarak radius operasinya adalah sejauh 800km.

Pars
Kenderaan Pars 4×4 pada pameran DSA 2022

 

Kenderaan “Pars” 4×4 juga menggunakan komponen yang sama seperti kenderaan “Pars” 8×4 atau AV8 Gempita.

Manakala bagi kenderaan “Pars” 4×4 ia dilengkapi dengan ARC-T Remote Controlled Anti Tank Turret bagi tugas-tugas anti-armor, peninjau dan lain-lain lagi. — DSA

 

 

 

 

Comments
Loading...