Polis Korea Selatan Tahan Penuntut China Terbangkan Dron Ambil Video Kapal Pengangkut Pesawat Amerika
Video lima-minit kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Theodore Roosevelt dirakam oleh warga China menggunakan dron lima minit itu memaparkan pemandangan panoramic kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt dan Pusat Pemerintahan Operasi Tentera Laut Korea Selatan itu. Ia diambil pada hari yang sama Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol melakukan lawatan terhadap kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak berkuasa di Korea Selatan telah menahan telah penuntut warga China kerana telah mengambil video menggunakan dron kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Theodore Roosevelt (CVN71) yang sedang berlabuh di salah sebuah pangkalan tentera laut Korea Selatan.
Ketiga-tiga penuntut China yang berusia di antara 30 hingga 49 tahun merupakan pelajar di salah sebuah universiti di Busan, di selatan Korea Selatan yang mempunyai pelabuhan yang kerapkali dikunjungi oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat termasuk kapal pengangkut pesawat.
Penuntut warga China itu ditahan pada 25 Julai selepas mereka menerbangkan dron di Pusat Pemerintahan Operasi Tentera Laut Korea Selatan, yang pada ketika itu sedang menempatkan kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt.
Kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt berlabuh di Pusat Pemerintahan Operasi Tentera Laut Korea Selatan sejak 23 Julai.
Warga China itu dituduh kerana mengambil gambar dan video kapal tentera laut dan kemudahan-kemudahan ketenteraan.
Pihak polis Korea Selatan menuduh ketiga-tiga penuntut warga China itu melanggar Enforcement Decree of the Protection of Military Bases and Installations Act.
Dalam keterangan mereka kepada pihak polis Korea Selatan, mereka mendakwa mengambil video dan gambar kapal pengangkut pesawat itu menggunakan dron kerana “ingin mengambil tahu” (out of curiosity).
Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Theodore Roosevelt itu tiba Busan bersama-sama kapal destroyer, USS Halsey dan USS Daniel Inouye untuk lawatan rutin ke pelabuhan di Korea Selatan, untuk menyokong kesiapsiagaan dan kerjasama tentera di antara dua negara itu, menurut kenyataan daripada Tentera Laut Amerika Syarikat.
Sebelum tiba di Korea Selatan, kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt dan kapal-kapal pengiringnya kapal destroyer USS Halsey (DDG-97) dan USS Daniel Inouye (DDG-118) berada di Laut China Selatan untuk terlibat dalam eksesais “Freedom Edge” bersama kapal-kapal perang Korea Selatan dan Jepun.
Pada masa ini, ia telah meninggalkan Korea Selatan dan kini berada di Laut Merah untuk menggantikan sebuah lagi kapal pengangkut pesawat negara itu, USS Dwight E. Eisenhower (CVN-69) yang baru sahaja menamatkan tugasannya di kawasan perairan itu.
Kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosvelt yang menggantikan “Ike” (panggilan bagi USS Dwight E. Eisenhower) itu akan mengambil bahagian dalam operasi “Prosperity Guardian” di Laut Merah bagi memberikan kawalan keselamatan kepada kapal-kapal dagang dan komersial yang melalui perairan itu daripada diserang oleh kumpulan bersenjata Houthi.
Menurut media-media tempatan, video kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat yang telah dirakam oleh warga China itu adalah sepanjang lima minit dan mengandungi pemandangan panoramic kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt dan Pusat Pemerintahan Operasi Tentera Laut Korea Selatan itu.
Video itu diambil pada hari yang sama di mana Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol melakukan lawatan terhadap kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat itu.
Kehadiran video diterbangkan oleh warga China itu telah dikesan oleh anggota tentera Korea Selatan yang sedang melakukan rondaan di kawasan pangkalan laut itu.
Awal tahun ini, insiden yang sama juga berlaku di sebuah video yang memaparkan kapal pengangkut pesawat pertama Jepun, JS Izumo telah dimuatnaik ke dalam platform media sosial China dimana pengguna mendakwa ia dirakam di Pangkalan Tentera Laut di Yokosuka.
Kapal-kapal JS Izumo dan JS Kaga pada mulanya adalah kapal pengangkut helikopter tetapi telah diubahsuai oleh tentera laut Jepun dengan bantuan Amerika Syariat untuk menjadi kapal pengangkut pesawat pertama negara itu sejak tamatnya Perang Dunia Kedua.
Tindakan Jepun mengubahsuai kapal-kapal pengangkut helikopternya untuk menjadi kapal pengangkut pesawat itu tidak disenangi oleh China yang menuduh Tokyo mahu kembali ke era Perang Dunia Kedua untuk menjadi kuasa tentera serantau.
Kapal-kapal pengangkut pesawat Jepun itu, JS Izumo dan JS Kaga itu akan menempatkan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima F-35B (Vertical Short Take-off and Landing). — DSA
Comments are closed.