Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kereta Kebal Pendekar PT-91M Dalam Latihan “Fording Snorkelling”

0 1,363

DEFENCE SECURITY ASIA) — Seramai dua pegawai dan 15 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD) terlibat dalam Latihan Fording Snorkeling Kereta Kebal Pendekar PT-91M di Track Washing Pit bermula pada 10 hingga 11 Feb 2021.

Latihan ini telah dikelola oleh Pemimpin Skuadron Charlie serta melibatkan tiga buah Kereta Kebal PENDEKAR digunakan sepanjang latihan ini.

Pendekar
Latihan fording oleh kereta kebal Pendekar PT-91. (Gambar Berita Tentera Darat Malaysia)

Sesi taklimat latihan, keselamatan, teknikal kenderaan serta penerangan penggunaan Track Washing Pit telah disampaikan oleh Ajutan Teknik Rejimen.

Konsep latihan ini adalah menjurus kepada pelaksanaan latihan dengan melaksanakan pemeriksaan dan persiapan kenderaan bagi latihan snorkeling kelak. Selain itu, ia juga dijadikan hari pengajian krew bagi snorkeling kereta kebal dengan simulasi latihan yang dirancang. Latihan dimulakan dengan fording tanpa persiapan khusus di paras 1.2 meter bagi mengesahkan keupayaan kenderaan.

Pendekar
Latihan fording oleh kereta kebal Pendekar PT-91. (Gambar Daripada Berita Tentera Darat Malaysia)

Seterusnya kedalaman yang sama digunakan untuk simulasi fording dengan persiapan khusus dan snorkeling di mana tumpuan diberikan kepada TTP anggota krew.

Pegawai Memerintah 11 KAD, Lt Kol Suresh Subramaniam turut hadir menyaksikan latihan.

Beliau dan menyatakan hasrat untuk meneruskan latihan ini secara kerap sehingga kompetensi anggota krew dan keupayaan kereta kebal PENDEKAR ditingkatkan agar latihan snorkeling yang realistik dapat dilaksanakan di masa akan datang.

Latihan ini juga sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan yang menekankan keupayaan siaga yang sentiasa dititikberatkan.

Pendekar
Gambar daripada Berita Tentera Darat Malaysia
Pendekar
Gambar FIle Daripada Berita Tentera Darat Malaysia.

 

Sumber Maklumat dan Gambar Daripada Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia

 

– DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...