Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang J-10C China Beraksi di Bumi Mesir, Pertonton Kehebatan Kepada “Bakal Pembeli” ??

Tentera Udara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) telah menghantar pesawat pejuang J-10C, pesawat tangki udara YU-20 dan pesawat amaran awal KJ-500 untuk menyertai latihan ketenteraan bersama China-Mesir yang sedang berlangsung buat pertama kali di Mesir.

0 8,381
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ia adalah permandangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, pertama kali dalam sejarah di mana pesawat-pesawat kombat China berada di bumi Mesir mengadakan latihan udara bersama, membuktikan perubahan geo-politik dan geo-strategik sedang yang sedang berlaku di rantau Timur Tengah.
Tentera Udara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) telah menghantar pesawat pejuang J-10C, pesawat tangki udara YU-20 dan pesawat amaran awal KJ-500 untuk menyertai latihan ketenteraan bersama China-Mesir yang sedang berlangsung buat pertama kali di Mesir.
Sebagaimana diumumkan oleh Kementerian Pertahanan China beberapa hari lalu, latihan udara bersama itu dinamakan “Eagle of Civilization 2025”, yang telah berlangsung bermula pertengahan bulan ini sehingga awal bulan hadapan.
Kementerian Pertahanan China menggambarkan latihan itu sebagai usaha untuk “menggalakkan kerjasama praktikal serta memperkukuh persahabatan dan saling kepercayaan,” menandakan detik penting dalam perkembangan hubungan dua hala antara Beijing dan Kaherah.

“Ini merupakan latihan ketenteraan bersama yang pertama antara kedua-dua negara, dan ia amat penting dalam usaha menggalakkan kerjasama pragmatik serta memperkukuh persahabatan dan kepercayaan bersama.”

Bercakap kepada Global Times, seorang pakar ketenteraan China berkata, pesawat-pesawat pejuang yang dihantar ke Mesir itu merupakan aset utama dalam keupayaan tempur negara itu dan beroperasi secara bersepadu sebagai satu pasukan gabungan.
Saluran ketenteraan China Central Television (CCTV) berkata, hari pertama latihan bersama tentera udara China-Mesir itu telah bermula pada pagi Sabtu di sebuah pangkalan udara di Mesir, dengan China menghantar pesawat pejuang, pesawat amaran awal, pesawat tangki dan helikopter untuk menyertai latihan tersebut.
Mesir
Pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Mesir dan J-10C Tentera Udara China
Gambar-gambar yang dikeluarkan oleh CCTV menunjukkan Tentera Udara PLA menghantar peswat pejuang J-10C dan J-10S, pesawat tangki bersaiz besar YU-20 serta pesawat amaran awal KJ-500 untuk menyertai latihan tersebut, manakala pihak Mesir pula menggunakan pesawat pejuang MiG-29.
Pesawat-pesawat ini merupakan antara aset tempur utama Tentera Udara PLA yang paling penting.

“Pesawat-pesawat beroperasi secara saling melengkapi dalam satu sistem yang tersusun, di mana YU-20 menyediakan pengisian minyak di udara kepada J-10C sekali gus meningkatkan jarak operasi pesawat itu secara ketara, manakala KJ-500 pula membentuk sistem maklumat bersepadu yang padat dan berkeupayaan tinggi,” menurut Ketua Editor sebuah majalah berkaitan aeroangkasa China, Wang Ya’nan yang memberitahu Global Times.

Wang Ya’nan berkata, penganjuran latihan ketenteraan bersama oleh China dengan negara-negara sahabat merupakan amalan biasa bagi mengukuhkan kepercayaan dan kerjasama ketenteraan dua hala.
Beliau turut menyatakan bahawa latihan ini memberi peluang yang baik kepada Tentera Udara Mesir, yang kini sedang berusaha menaik taraf kelengkapan pertahanannya, untuk menilai keupayaan peralatan canggih buatan China serta mempertimbangkan kemungkinan perolehan pada masa hadapan.
Sebelum ini laporan-laporan media pertahanan antarabangsa menyatakan bahawaTentera Udara Mesir menunjukkan minat yang mendapat untuk memperolehi pesawat pejuang J-10CE buatan China, yang dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh (Beyond Visual Range) PL-15.
Mesir
Pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Mesir dan J-10C Tentera Udara China
Tentera Udara Mesir dilaporkan berminat untuk memperolehi sehingga 40 buah pesawat pejuang J-10CE buatan China itu.
Pesawat pejuang J-10CE merupakan varian eksport kepada pesawat pejuang J-10C “Vigorous Dragon” yang dibangunkan oleh dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Corporation untuk Tentera Udara China.
Peluru berpandu PL-15 adalah sistem persenjataan udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) buatan China yang direka untuk memberi kelebihan strategik kepada pesawat pejuang Tentera Udara China (PLAAF).
Dibangunkan oleh China Academy of Launch Vehicle Technology (CALT), PL-15 kini dianggap sebagai salah satu peluru berpandu BVR paling berbahaya di dunia, setanding dengan AIM-120D AMRAAM buatan Amerika Syarikat dan METEOR buatan Eropah.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15 yang memiliki kelajuan Mach 4 dan dilengkapi dengan radar AESA itu dipercayai mempunyai jarak operasi melebihi 300 km, menjadikannya antara peluru berpandu udara-ke-udara dengan jarak tembakan paling jauh di dunia.
Jarak itu membolehkan pesawat pejuang China menyerang sasaran sebelum memasuki jarak tembakan musuh, memberi kelebihan taktikal yang besar.
Mesir
Pesawat amaran awal KJ-500 dan pesawat tangki YU-20 Tentera Udara China
Pada ketika ini, Tentera Udara Mesir itu memiliki kira-kira 200 buah varian terdahulu pesawat pejuang F-16 buatan syarikat Lockheed Martin dan Amerika Syarikat telah menawarkan pakej menaiktaraf pesawat pejuang itu.
Laporan tentang kemungkinan Mesir memperolehi pesawat pejuang J-10C itu mula dihidu pada 2023, dengan laporan pegawai-pegawai kanan pertahanan negara Arab itu dan China dikatakan bertemu di Langkawi ketika pameran LIMA 2023 bagi berbincang tentang perolehan pesawat pejuang itu.
Pada LIMA 2023, pasukan aerobatik China “August 1st” yang menggunakan pesawat pejuang J-10C turut menyertai pameran aeroangkasa dan maritim itu di pulau peranginan itu.
Pada Julai 2024, tawaran China kepada Mesir untuk memperolehi pesawat pejuang J-10C itu dikatakan telah dikemukakan ketika Panglima Tentera Udara Mesir Jeneral Mahmud Foaad Abdel Gawaad semasa beliau melawat Beijing dan bertemu dengan rakan sejawatannya Jeneral Chang Dingqiu di Beijing.
Pertemuan di antara Panglima Tentera Udara Mesir dan China di Beijing itu adalah di atas jemputan Jeneral Chang Dingqiu bagi meningkatkan lagi hubungan strategik di antara kedua-dua negara.
Mesir
J-10C
Mesir
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Mesir, lawatan oleh Panglima Tentera Udara Mesir ke China itu membuktikan komitmen kuasa Timur Tengah itu untuk meningkatkan lagi hubungan ketenteraan dengan negara sahabat.
Perbincangan di antara kedua-dua pihak di meliputi usaha-usaha untuk meningkatkan kerjasama diantara tentera udara kedua-dua negara terutamanya melibatkan program latihan, pemindahan teknologi dan pembuataan peralatan bersama.
Jeneral Mahmoud Foaad itu juga telah melakukan kunjungan terhadap Pangkalan Udara Tangshan di mana beliau dan delegasi pegawai-pegawai kanan Tentera Udara Mesir itu disajikan dengan demonstrasi penerbangan pesawat pejuang J-10C. 
Sementara itu laporan juga menyatakan bahawa pesawat-pesawat pejuang J-10 milik China itu telah terbang secara langsung daripada negara itu ke Mesir sejauh 6,000km dibantu oleh pesawat tangki YU-20, tanpa melakukan pendaratan di mana-mana negara sepanjang perjalanan.
Kesemua pesawat dan kelengkapan ketenteraan China yang terlibat dalam latihan udara bersama itu telah tiba di Mesir pada 15 April.

Mesir

Mesir
Portal berita Mesir, Ahram Online, melaporkan bahawa latihan bersama itu diadakan selama beberapa hari di sebuah pangkalan udara di Mesir, merangkumi gabungan sesi latihan teori dan praktikal, dengan objektif menyelaraskan strategi tempur menerusi penerbangan bersama dan latihan perancangan misi sebagai komponen utama program.
Latihan ini bertujuan meningkatkan koordinasi operasi dan pertukaran kepakaran antara kedua-dua angkatan udara, selain mempertingkatkan kesiapsiagaan juruterbang dan krew bagi menghadapi pelbagai situasi pertempuran, menurut laporan itu.
Tentera Mesir turut menyatakan bahawa latihan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan pertahanan dengan China serta mempertingkatkan keupayaan ketenteraan bersama.
— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.