Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang Gen-5 Turkiye “KAAN” Selesai Jalani Ujian Afterburner Enjinnya

Kejayaan ujian Afterburner itu membuktikan kemampuan enjin pesawat pejuang KAAN itu untuk menangani apa juga keadaan, keteguhan struktur airframe pesawat itu, gegaran (vibration), suhu yang tinggi, tekanan dan lain-lain.

0 3,459
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang generasi kelima sedang dibangunkan oleh Turkiye, “KAAN” telah selesai menjalani ujian menilai kemampuan “Afterburner” enjinnya, dalam petanda ia bakal melakukan ujian penerbangan yang ketiga pada bila-bila masa.
Ia adalah ujian yang kritikal untuk menilai kemampuan sebenar enjin dan pesawat pejuang generasi kelima buatan tempatan yang dibangunkan oleh gergasi aeroangkasa tempatan, Turkish Aerospace Industries (TAI).
Kejayaan ujian Afterburner itu membuktikan kemampuan enjin pesawat pejuang KAAN itu untuk menangani apa juga keadaan, keteguhan struktur airframe pesawat itu, gegaran (vibration), suhu yang tinggi, tekanan dan lain-lain.
Sistem-sistem enjin-bahan api dan hidrolik,suhu outlet ekzos serta unit kawalan kombat juga diuji buat kali terakhir sebelum pesawaat pejuang KAAN itu melakukan penerbangan ujian yang seterusnya.
Nampaknya,pesawat pejuang generasi kelima kebanggaan Turkiye telah berjaya menjalani ujian Afterburner enjinnya itu dan kini ia hanya menunggu masa untuk melakukan penerbangan ujiannya yang ketiga.
Kejayaan ujian Afterburner enjin pesawat pejuang KAAN itu juga membuktikan bahawa pembangunan pesawat itu sedang berjalan dengan lancar, selain kemampuan industri pertahanan Turkiye dalam menghasilkan produk-produk yang canggih.
KAAN
Pesawat pejuang KAAN sedang menjalan ujian Afterburner enjinnya.

RINGKASAN:

Pesawat pejuang generasi kelima Turkiye, “KAAN,” telah berjaya menyelesaikan ujian Afterburner enjin, satu langkah kritikal sebelum penerbangan ujian ketiga dilakukan. Dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI), kejayaan ini membuktikan keupayaan enjin pesawat dan struktur airframe untuk menangani keadaan ekstrem seperti gegaran, suhu tinggi, dan tekanan.

Projek pembangunan pesawat ini, yang bermula pada 2016, bertujuan menggantikan lebih 200 pesawat F-16 milik Tentera Udara Turkiye. Prototip pertama “KAAN” melaksanakan penerbangan sulung pada Februari 2023 dan penerbangan kedua pada Mei 2023. Dijangka, lebih 100 unit pesawat ini akan diterima oleh Tentera Udara Turkiye selepas pengeluaran besar-besaran bermula, dengan sasaran dua pesawat setiap bulan menjelang 2029.

Projek ini juga mencerminkan kemajuan industri pertahanan Turkiye. Pesawat KAAN akan menjadi alternatif kepada program F-35 selepas Turkiye dikeluarkan daripada kerjasama tersebut berikutan pembelian sistem pertahanan S-400 dari Russia.

Pesawat prototaip KAAN yang pertama dinamakan P0 telah melakukan penerbangan sulungnya pada 21 Februari tahun ini, manakala penerbangan kedua juga dilakukan pesawat prototaip P0 telah berlaku pada 6 Mei tahun ini.
Kini ia sedang bersedia untuk melakukan penerbangan ujian yang ketiga.
Tentera Udara Turkiye dijangka akan menerima lebih daripada 100 buah pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” sebaik sahaja pesawat pejuang yang dibangunkan oleh TAI itu dihasilkan secara besar-besaran (mass production).
Turkiye, sebuah negara anggota NATO melancarkan projek pembangunan pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” pada 2016.
TAI dijangka mula menyerahkan 20 buah pesawat pejuang KAAN Block 10 kepada Tentera Udara Turkiye pada tahun 2028.
Menjelang tahun 2029, TAI dijangka mengeluarkan dua buah pesawat pejuang KAAN setiap bulan, menjana perolehan kira-kira US$2.4 bilion (RM9.6 bilion) setiap tahun.
Pesawat pejuang generasi kelima KAAN itu bakal menggantikan lebih daripada 200 buah pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Turkiye.
Turkiye pada awalnya merupakan rakan kerjasama kepada program pesawat F-35 dengan negara Mediterranean itu akan memperolehi 100 buah pesawat pejuang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin  daripada Amerika Syarikat itu.
KAAN
Pesawat pejuang KAAN ketika melakukan penerbangan kedua.

 

Syarikat-syarikat negara Turkiye dijangka akan menghasilkan kira-kira 900 komponen untuk pesawat F-35.
Malah negara Mediterranean itu telah pun membayar “wang pendahuluan” sebanyak US$1.4 bilion (RM6.56 billion) untuk menyertai program F-35 itu.
Bagaimanapun keputusan Turkiye untuk memperolehi sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” daripada Russia telah menyebabkan ia “ditendang keluar” daripada program pembangunan pesawat pejuang F-35 dan dilarang memperolehi pesawat pejuang itu.
Amerika Syarikat bimbang Russia akan menggunakan sistem pertahanan S-400 untuk mengumpul pelbagai maklumat tentang pesawat F-35. — DSA

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.