Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penyelidik China Bangun Radar Guna Satelit Navigasi Beidou Mampu Kesan F-22 “Raptor”

Para penyelidik China yang terlibat dalam pembangunan radar itu dilapor menggunakan teknologi BeiDou navigation satellite system (BDS) dalam mengesan dan menjejaki pesawat pejuang halimunan itu buatan Amerika Syarikat itu.

0 260
(DEFENCE SECURITY ASIA) – China dilapor telah membangunkan radar yang boleh mengesan dan menjejaki pesawat pejuang halimunan milik Amerika Syarikat, F-22 “Raptor”.
Para penyelidik China yang terlibat dalam pembangunan radar itu dilapor menggunakan teknologi BeiDou navigation satellite system (BDS) dalam mengesan dan menjejaki pesawat pejuang halimunan itu, menurut laporan oleh akhbar South China Morning Post (SCMP).
Kumpulan penyelidik terbabit mendakwa radar yang dibangunkan mereka adalah kos-effektif kerana ia hanya menggunakan antenna penerima yang mudah.
“Radar (yang didakwa boleh mengesan dan menjejaki F-22) itu boleh digunakan di mana-mana lokasi di dunia dan ia tidak boleh dikesan kerana ia tidak menghasilkan sebarang signal yang boleh mendedahkan lokasinya.”
Bagi memastikan operasinya tidaknya diganggu, radar buatan China itu mempunyai opsyen untuk menukar frekuensinya kepada Global Positioning System (GPS), GLONASS oleh Russia atau Galileo oleh Eropah.
BeiDou
Satelit BeiDou
Frekuensi-frekuensi ini boleh digunakan oleh radar terbabit di lokasi atau situasi sekiranya signal BeiDou itu mengalami gangguan.
BDS telah dibangunkan secara bersendirian (independently) oleh China, dengan fokus untuk memenuhi keperluan keselamatan, ekonomi dan sosialnya.
Ia menyediakan perkhidmatan kepada pelanggannya di seluruh dunua dalam setiap mas dan di semua keadaan cuaca.
Menurut laporan oleh SCMP itu, kumpulan penyelidik China itu telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam jurnal National University of Defence Technology, yang turut menyertakan gambar pesawat pejuang halimunan F-22 “Raptor”.
Kajian oleh penyelidik China itu juga menyatakan bahawa teknologi dipelopori mereka dalam radar itu juga boleh digunakan untuk mengesan sebuah lagi pesawat pejuang halimunan Amerika Syarikat iaitu F-35.
Britain
F-35
Sekiranya dakwaan oleh kumpulan penyelidik China itu adalah benar, maka radar kos rendah yang dibangunkan oleh mereka itu boleh digunakan oleh pelbagai negara seluruh negara untuk mengesan dan menjejaki pesawat-pesawat pejuang halimunan yang digunakan oleh negara-negara Barat.
Dalam jurnal itu, kumpulan penyelidik China itu juga bercadang untuk memastikan radar-radar anti-pesawat halimunan itu mudah diperolehi oleh negara-negara di dunia bagi memastikan mereka berkeupayaan menangani pesawat pejuang halimunan seperti F-22 dan F-35, suatu perkembangan yang bakal membimbangkan negara-negara Barat.
Tahun lepas, syarikat China Electronics Technology Group Corporation (CETC) juga mendakwa ia telah berjaya membangunkan radar “anti-halimunan”,  dinamakan “YLC-8E”.
Ia menggunakan teknologi elektro-magnetik untuk mengesan kedudukan pesawat-pesawat atau dron walaupun “tuan punya diri” merasakan ia beroperasi di dalam mode halimunan.
CETC memanggil “YLC-8E” sebagai radar perisikan generasi ke-4 dan mendakwa tahap pengesanan pesawat-pesawat halimunan oleh radar itu mencapai sehingga 95 peratus.
 Dikatakan radar anti halimunan yang dibangunkan oleh syarikat berteknologi tinggi milik kerajaan China ini mempunyai keupayaan untuk mengesan pesawat atau dron kombat, halimunan atau tidak pada jarak 500km manakala peluru berpandu pula adalah pada jarak 700km.
Radar
Radar “Anti-Halimunan” YLC-8E dibangunkan oleh China Electronics Technology Group Corporation (CETC),
Penganalisis tentera China mengatakan radar YLC-8E yang dibangunkan oleh CETC merupakan radar anti halimunan pertama di dunia menggunakan sistem UHF (Ultra High Frequency) dan dipromosikan sebagai antara radar ulung yang berkemampuan untuk mengesan pesawat-pesawat halimunan seperti F-22 dan F-35.
Media nasionalis China, “Global Times” yang dimiliki oleh Parti Komunis China mendakwa radar anti-halimunan “YLC-8E” terbabit boleh mengesan pesawat halimunan seperti F-22 dan F-35 serta pesawat-pesawat lain daripada jarak jauh dengan ketepatan yang tinggi.
Selain mengesan pesawat-pesawat halimunan, radar YLC-8E juga boleh bertindak sebagai radar amaran awal serta radar pengesan tembakan artilleri, menjadikan radar “anti-halimunan” buatan China ini sebagai radar serba-boleh, berkemampuan mengesan pelbagai sasaran. — DSA

 

 

Comments
Loading...