Penyelam MAWILLA 2 Laksana Operasi Salvage Bot Ronda ATB 2 Yang Karam
Pasukan Selam MAWILLA 2 telah diaturgerakkan menaiki Bot Tempur 215 bagi melaksanakan Operasi Salvage ke atas bot tersebut. Kerja-kerja pelaksanaan operasi telah mengambil masa selama dua jam untuk berjaya menimbulkan bot tersebut yang seterusnya ditunda ke Jeti Batu Sapi (JBS), Sandakan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Cawangan Selam Unit 2, Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) berjaya melaksanakan Operasi Penimbulan (Salvage) ke atas Bot Ronda milik Angkatan Bersama 2 (ATB 2) yang terlibat dengan insiden karam dipukul ombak besar di sekitar perairan Pulau Berhala pada 25 Januari 2023, lalu.
Bilik Operasi MAWILLA 2 telah menerima maklumat awal dari Markas Angkatan Bersama 2 (Mk ATB 2) menyatakan terdapat sebuah bot ronda milik ATB 2 karam di sekitar perairan Pulau Berhala.
Kesemua krew bot telah berjaya diselamatkan oleh pihak Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang melaksanakan rondaan di kawasan tersebut.
Pihak MAWILLA 2 seterusnya telah mengambil tindakan segera dengan mengaktifkan Operasi Carilamat (SAR) dan Salvage dalam usaha mencari seterusnya menimbulkan bot tersebut.
Pada 26 Januari 2023 iaitu sekitar jam 8.30 pagi, pihak Mk ATB 2 telah memaklumkan bot karam tersebut telah ditemui di sekitar perairan Pulau Berhala dalam keadaan hampir karam sepenuhnya.
Pasukan Selam MAWILLA 2 telah diaturgerakkan menaiki Bot Tempur 215 bagi melaksanakan Operasi Salvage ke atas bot tersebut.
Kerja-kerja pelaksanaan operasi telah mengambil masa selama dua jam untuk berjaya menimbulkan bot tersebut yang seterusnya ditunda ke Jeti Batu Sapi (JBS), Sandakan.
Tindakan pantas hasil kerjasama erat semua agensi keselamatan terlibat jelas mempamerkan kecekapan dan tahap professionalisme pasukan keselamatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi dalam menangani sebarang kemungkinan yang tidak diduga.
Selain itu, usaha ini juga secara tidak langsung mempamerkan kesiapsiagaan Pasukan Selam TLDM yang sedia diaturgerak pada sebilangan masa dalam melaksanakan operasi SAR dan Salvahe.
Syabas kepada semua warga pasukan keselamatan terlibat yang telah berganding bahu menggembleng tenaga menyumbang bakti dalam operasi ini.
Tiga hari lepas, tujuh anggota tentera Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berdepan detik cemas selepas bot ronda dinaiki karam dalam kejadian di perairan Pulau Nunuyan, Sandakan
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, semua mangsa dilaporkan terapung lebih tiga jam sebelum diselamatkan anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA).
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, bot ronda Viper 7 itu bertolak dari Pulau Bakungan Kecil ke Jeti Markas ATB 2 Batu Sapi, Sandakan.
Katanya, ia bertujuan untuk pengisian minyak logistik dan menjalankan aktiviti kebajikan anggota.
“Bagaimanapun, ketika berada berhampiran laut Pulau Nunuyan, bot ronda berkenaan dipukul ombak besar hingga menyebabkannya karam.
“Semua mangsa akhirnya berjaya diselamatkan oleh sebuah bot ronda PGA Batalion 15 dan Bor PAC 66 pada jam 2.50 petang,” katanya dalam kenyataan media. — DSA
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Comments are closed.