Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Nasib Malang” kapal perang Filipina, BRP Rajah Humabon (ex-USS Atherton)

BRP Rajah Humabon (ex-USS Atherton) mula berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika pada 1943. Pada 1976 ia memasuki perkhidmatan Tentera Laut Filipina dan dikategorikan sebagai kapal friget dan berkhidmat dengan negara Asia Tenggara itu sehingga 15 Mac 2018 sebelum ia dilucut tauliah selepas 75 tahun menabur bakti tiga buah negara.

0 10,606

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada 1976, Tentera Laut Filipina telah menerima sebuah kapal destroyer terpakai Tentera Laut Amerika Syarikat bernama “USS Atherton” yang berkhidmat dengan negara itu semasa Perang Dunia Kedua serta Tentera Laut Jepun selepas perang.

Ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Amerika Syarikat pada 1943, USS Atherton ditugaskan di Lautan Atlantik untuk tugas-tugas memburu kapal selam Jerman Jerman, yang dilakukan dengan jaya dengan kejayaan memusnahkan kapal selam Jerman, U-853 di Rhode Island pada 1945.

USS Atherton juga ditugaskan di Lautan Pasifik semasa Perang Dunia Kedua pada 1945 sehinggalah ia dibersarakan pada tahun yang sama sebelum dipindahkan kepada Tentera Laut Jepun pada 1955.

Rajah Humabon
Kapal perang Filipina, Rajah Humabon ketika menyertai latihan Balikatan di Laut China Selatan beberapa tahun dahulu.

 

Kapal perang itu berkhidmat dengan Tentera Laut Jepun sehingga 1975, sebelum ia dikembalikan kepada Tentera Laut Amerika Syarikat.

Setahun selepas itu, kapal perang USS Atherton itu telah dipindahkan ke Filipina pada 1976 dan menjadi salah sebuah kapal perang Tentera Laut Filipina selepas menjalani kerja-kerja naiktaraf di Korea Selatan dan  dinamakan BRP Rajah Humabon pada 1980.

Rajah Humabon merupakan merupakan pemerintah di Cebu ketika ketibaan Ferdinand Magellan di Kepulauan itu pada 1521.

Sebelum ketibaan kapal-kapal perang BRP Gregorio del Pillar dan BRP Ramon Alcaraz ke dalam Tentera Laut Filipina, kapal BRP Rajah Humabon dan tiga buah kapal peronda kelas-Jacinto memainkan peranan sebagai tulang belakang kepada tentera laut negara itu.

Rajah Humabon

BRP Rajah Humabon dikategorikan sebagai kapal friget dan berkhidmat dengan Tentera Laut Filipina Tenggara itu sehingga 15 Mac 2018 apabila dilucut tauliah selepas 75 tahun menabur bakti kepada tiga buah negara.

Sejurus selepas dibersarakan, kerajaan Filipina mahu menjadikan BRP Rajah Humabon itu sebagai salah satu eksibit muzium Tentera Laut Filipina di Sangley Point, Cavite City sebagai menghargai peranan 38 tahun kapal perang itu dalam menjaga sempadan maritim negara itu.

Bagaimanapun pelan itu berkemungkinan besat tidak akan terlaksana kerana kapal perang BRP Rajah Humabon kini hampir tenggelam selepas tidak diselenggara dengan baik.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Separuh daripada badan kapal perang itu bersama-sama dua buah kapal perang lain milik Tentera Laut Filipina,BRP Cebu dan BRP Sultan Kudarat yang ditamat tauliah pada 2019 kini berada di dalam laut di Cavite City.

“Tentera Laut Filipina telah mengadakan rundingan dengan pihak swasta dan meninjau kemungkinan untuk melaksanakan pelan itu (muzium). Malangnya, pelan itu tidak menjadi kerana kos yang tinggi untuk menubuhkan muzium dan prospek komersial yang rendah,” kata Tentera Laut Filipina.

Tentera Laut Filipina berkata kapal-kapal perang BRP Rajah Humabon dan dua kapal perang yang lain itu sedang diproses untuk perlupusan dan berkemungkinan dijual sebagai “besi buruk,” — DSA

Rajah Humabon
Kapal BRP Rajah Humabon yang hampir karam.
Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

Comments
Loading...