Pesawat Pengebom Strategi B-1B Lancer Amerika “Buat Kemunculan” Di Turkiye
Kerahan dua buah pesawat pengebom milik Amerika Syarikat ke pangkalan udara di Turkiye itu berlaku ketika keadaan di rantau Timur Tengah semakin meruncing akibat perang di antara Israel dan kumpulan bersenjata Palestin, yang berisiko merebak ke negara-negara lain di rantau terbabit.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah pesawat pegebom strategik Amerika Syarikat, B-1B Lancer mendarat di pangkalan udara Incirlik, Turkiye dalam apa yang diperkatakan oleh penganalisis pertahanan sebagai kerahan “bersejarah”pesawat pengebom itu di negara Mediterranean itu.
Kerahan dua buah pesawat pengebom milik Amerika Syarikat ke pangkalan udara di Turkiye itu berlaku ketika keadaan di rantau Timur Tengah semakin meruncing akibat perang di antara Israel dan kumpulan bersenjata Palestin, yang berisiko merebak ke negara-negara lain di rantau terbabit.
Turkiye dan presidennya Recep Tayyep Erdogan telah bersuara dengan lantang dalam mempertahankan nasib penduduk Palestin dan mengecam kecam tindakan tidak berperikemanusiaan Israel.
Disebabkan kecaman-kecaman keras Turkiye terhadap tindakan Israel di bumi Gaza, kerajaan Yahudi itu telah mengarahkan kesemua diplomatnya di negara Mediterranean itu untuk pulang sebagai tanda protes terhadap tindakan Ankara itu.
Turkiye dan Israel yang merupakan sekutu kuat kepada Washington, mempunyai hubungan diplomatik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, “lawatan” kedua-dua pesawat pengebom B-1B itu ke pangkalan udara Incirlik termasuk untuk melakukan “Hot-pit Refuel” di pangkalan udara tersebut.
Pangkalan udara Incirlik juga bertindak sebagai pangkalan udara NATO di mana Turkiye juga adalah negara anggota perikatan ketenteraan Eropah itu.
“Hot-pit Refuel” merujuk kepada usaha mengisi minyak tanpa memerlukan pesawat terbabit mematikan enjinnya dan selepas selesai mengisi minyak, pesawat terbabit akan berlepas ke udara semula.
Latihan “Hot-Pit Refuel” itu adalah untuk memastikan pesawat-pesawat yang diisi minyak itu dalam kembali ke medan peperangan dengan “sepantas mungkin”.
Secara signifikannya, kehadiran kedua-dua pesawat pengebom Amerika Syarikat itu menunjukkan kemampuan aset-aset ketenteraan negara itu untuk dikerahkan ke mana-mana “lokasi panas” di seluruh dunia termasuk ke kawasan berhampiran dengan Israel.
Kedua-dua pesawat pengebom Amerika Syarikat itu ditugaskan di 9th Expeditionary Bomb Squadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Dyess di Texas.
Pada ketika ini kedua-dua pesawat pengebom itu telah dikerahkan ke RAF Fairford di United Kingdom untuk tugasan Bomber Task Force-Europe 24-1.
Menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, kerahan kedua-dua pesawat pengebom B-1B itu ke pangkalan udara Incirlik di Turkiye itu adalah sebahagian daripada “misi pesawat pengebom yang telah dirancang lama sebelum ini.”
Kedua-dua pesawat pengebom B-1B itu dilapor menghabiskan kira-kira dua jam di pangkalan udara Incirlik di Turkiye itu untuk “Hot-Pit Refuel” sebelum ia ke udara semula untuk melakukan latihan dengan pesawat-pesawat kombat Tentera Udara Turkiye.
Latihan bersama dengan Tentera Udara Turkiye itu melibatkan pesawat pengisi minyak KC-135 dan pesawat pejuang F-16.
Pesawat pengebom B-1B Lancer itu pada mulanya direka sebagai pesawat pengebom strategic nuklear dan terbang di altitude rendah untuk mengelak pengesanan oleh radar amaran awal milik Kesatuan Soviet.
Dengan berakhirnya Perang Dingin, pesawat pengebom B-1B Lancer telah diadaptasi untuk membawa bom-bom konvesional dan telah digunakan secara ekstensif dalam misi-misi pengeboman dan juga close air-support.
Membawa muatan terdiri daripada bom-bom di dalam inventori Tentera Udara Amerika Syarikat, pesawat pengebom B-1B Lancer adalah tulang belakang kepada pesawat pengebom jarak jauh negara itu.
Dengan kemampuan membawa muatan sebanyak 34,000 kg, pesawat pengebom B-1B Lancer itu diiktirah sebagai pesawat pengebom yang paling banyak membawa muatan di dalam Tentera Udara Amerika Syarikat. — DSA
DEFENCE SECURITY ASIA APPS
To advertise contact admin: [email protected]
Comments are closed.