Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pangkalan Udara Bawah Tanah Eagle 44, “Nadi” Tentera Iran Ketika Konflik

"Apa-apa serangan terhadap Iran daripada musuhnya termasuk Israel, akan menerima respons daripada banyak pangkalan udara tentera udara kami termasuk 'Eagle 44' ," kata Ketua Staf Angkatan Tentera Iran Jeneral Mohamed Bagheri kepada agensi berita negara itu, IRNA.

0 13,637

(DEFENCE SECURITY ASIA) – –  Pada Februari tahun ini, tentera Iran telah mendedahkan kepada media pangkalan udara bawah tanahnya yang pertama, dikenali dengan nama “Eagle 44” (Oghab 44) yang dibina untuk menempatkan pesawat-pesawat pejuangnya serta dron-dron tercanggih miliknya. 

“Apa-apa serangan terhadap Iran daripada musuhnya termasuk Israel, akan menerima respons daripada banyak pangkalan udara tentera udara kami termasuk ‘Eagle 44’ ,” kata Ketua Staf Angkatan Tentera Iran Jeneral Mohamed Bagheri kepada agensi berita negara itu, IRNA.

IRNA menyatakan bahawa “Eagle 44” merupakan antara kemudahan tentera paling penting Iran dan bakal digunakan untuk menempatkan pesawat pejuang yang dilengkapkan dengan peluru berpandu kruis jarak jauh.

Analisis oleh pemerhati pertahanan antarabangsa mendedahkan bahawa kemungkinan pangkalan udara bawah tanah Iran yang dinamakan “Eagle 44” itu sedang disiap-sediakan untuk menempatkan pesawat pejuang Sukhoi Su-35 yang bakal diterimanya daripada Russia. 

Iran dijangka menerima 24 buah pesawat pejuang Su-35, yang merupakan antara pesawat pejuang paling moden Russia itu pada akhir tahun ini, yang bakal meningkatkan lagi kemampuan  Tentera Udara Iran.

Eagle 44 Walaupun kedudukan pangkalan udara bawah tanah Iran amat dirahsiakan, tetapi media-media tempatan menyatakan bahawa lokasinya terletak “beratus-ratus meter di bawah pergunungan dan berkemampuan menahan serangan bom yang pesawat-pesawat pengebom Amerika Syarikat.”

Begitupun terdapat juga penganalisis pertahanan yang menyatakan bahawa “Eagle 44” itu terletak kira-kira 120 km di utara Bandar Abbas di lebuhraya 92 daripada Hajjiabad ke Shahrake Shahid Rajai, kira-kira 30km di barat Tarom, Hormozgan. 

Dalam beberapa gambar yang disiarkan oleh media-media tempatan, banyak pesawat Phantom F-4E diletakkan di pangkalan bawah tanah itu.

Analisis oleh pemerhati pertahanan antarabangsa mendedahkan bahawa kemungkinan pangkalan udara bawah tanah Iran yang dinamakan “Eagle 44” itu sedang disiap-sediakan untuk menempatkan pesawat pejuang Sukhoi Su-35 yang dilaporkan bakal diterimanya daripada Russia. 

Iran dijangka menerima 24 buah pesawat pejuang Su-35, yang merupakan antara pesawat pejuang paling moden Russia, yang bakal meningkatkan lagi kemampuan  Tentera Udara Iran. 

Iran
Pangkalan udara bawah tanah Iran “Eagle 44”

Eagle 44

Hubungan ketenteraan di antara Iran dan Russia bertambah rapat, dengan Teheran menjadi pembekal utama dron-dron berani mati kepada Moscow untuk digunakan olehnya dalam kempen ketenteraannya di Ukraine.

Tahun lepas, Iran menyatakan bahawa ia bakal menerima pesawat-pesawat pejuang Su-35 daripada Russia hasil kerjasama erat kedua-dua negara dalam bidang pertahanan, dengan Teheran muncul sebagai pembekal utama senjata kepada Russia dalam kempen ketenteraan di Ukraine. 

Tentera Udara Iran sebelum ini terpaksa bergantung kepada pesawat-pesawat pejuang Barat yang berusia seperti F-4 Phantom, yang diwarisinya ketika negara itu masih dibawah pemerintahan Shah Iran yang pro-Barat.

Russia menawarkan kepada Iran kesemua pesawat pejuang itu selepas pembeli asalnya, Mesir berhadapan dengan ancaman sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat jika negara di bawah CAATSA itu meneruskan pembelian pesawat itu.

Imej-imej satelit juga mendedahkan bahawa pihak tentera Iran telah membina sebuah mock-up pesawat pejuang Su-35 bagi memastikan pangkalan udara memiliki ruangan yang cukup untuk menempatkan pesawat pejuang buatan Russia itu.

Iran
Kedudukan “Eagle 44”

Eagle 44

“Mock-up pesawat pejuang Russia itu berkemungkinan besar digunakan untuk memastikan setiap ruangan di dalam pangkalan udara bawah tanah itu cukup luas untuk pergerakan Su-35, membuktikan lagi bahawa pesawat itu akan ditempatkan di kemudahan bawah tanah terbabit,” menurut bekas penganalisis imej kerajaan Amerika Syarikat Chris Biggers kepada akhbar The New York Times baru-baru ini. 

Menurut beliau lagi, Iran telah membina dua buah mock-up pesawat pejuang Su-35 bagi memastikan pembinaan pangkalan udara bawah tanah “Eagle 44”  itu mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang saiz pesawat itu dan seterusnya memudahkan usahanya membina pangkalan bawah tanah itu.

Akhbar The New York Times juga menyatakan bahawa pangkalan udara bawah tanah Iran yang akan menempatkan pesawat-pesawat pejuang dan dron-dron tercanggih negara itu terletak di kawasan bergunung-ganang wilayah Hormozgan di selatan Iran.

Wilayah Hormozgan itu terletak hanya 100 batu daripada Selat Hormuz, laluan maritim yang penting untuk kapal-kapal membawa muatan minyak. 

Imej-imej satelit yang dianalisa juga menunjukkan bahawa pangkalan udara bawah tanah Iran itu memiliki lima pintu keluar masuk dan kerja-kerja pembinaan masih lagi berjalan sehingga kini. — DSA

apps

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...