Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PENEMUAN GAS OLEH TURKI DIANGGAR BERNILAI US$65 BILLION (RM273 BILLION)

538
US$65 billion atau RM273 billion merupakan anggaran nilai 320 billion cubic meter gas asli yang ditemui oleh Turki di Laut Hitam baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan oleh Menteri Tenaga Turki Fatih Donmez yang juga mengatakan mereka menerusi Turkey Petroleum Corporation (TPAO) akan cuba mengkomersialkan penemuan gas asli itu seawal tahun 2023.
Patutlah Presiden Recep Tayyep Erdogan tersenyum lebar ketika mengumumkan penemuan gas asli di Blok Tuna-1 di Lapangan Gas Sakarya itu.
Tersenyum kerana Turki diibaratkan telah menemui peti harta karun bernilai RM273 billion.
(Kita menerusi Petronas pun biasa temui “harta karun” dalam bentuk penemuan gas asli dan minyak mentah di perairan kita, itu yang China tak leh tahan nak join sekali)
Jumlah gas asli yang ditemui itu jika berjaya dikomersialkan mampu membuatkan Turki melupakan sementara import gas asli untuk di antara tiga hingga tujuh tahun.
Banyak penjimatan kerana setiap tahun Turki mengimport gas asli daripada Russia, Iran dan Azerbaijan bernilai US$12 billion pada harga terkini gas asli.
Kalau harga gas asli naik, lagi naiklah nilai import gas asli Turki itu.
Admin tak pasti berapa harga gas asli sekarang tapi dia ada kaitan dengan harga minyak di pasaran.
Memandangkan harga minyak Brent di pasaran pada sekitar US$45 setong, maka harga gas asli pun agak rendah sekarang ni.
Bayangkan ketika harga minyak melonjak pada US$110 satu tong, berapa harga gas asli. Pening juga bagi negara yang mengimport gas asli untuk cari dana dagi menampung keperluan domestik.
Turki ni mengimport 99 peratus daripada keperluan gas aslinya dan penemuan itu, sekiranya negara itu mampu memkomersialkannya, akan mengurangkan kebergantungannya kepada import gas asli.
Dan usaha Turki untuk mencari lebih banyak gas tidak akan terhenti selepas penemuan minggu lepas, kerana ia akan meneruskan usaha mencari gali.
Fatih berkata, penemuan minggu lepas itu dilakukan selepas kapal drillship mengerudi di kedalaman 1,400m di bawah dasar laut.
Kini mereka akan menggerudi lebih dalam iaitu 2,100m bawah dasar laut kerana mempercayai di lebih banyak lapangan gas terperangkap di kedalaman terbabit.
So kita boleh jangkakan selepas ini, pengumuman penemuan gas asli atau minyak oleh Turki sama ada di Laut Hitam atau perairan timur Mediterranean akan menjadi kerap.
Apa kesan terhadap rantau itu apabila Turki mengumumkan penemuan lapangan gas asli yang besar di Laut Hitam itu.
Kesannnya adalah, sudah semestinya akan lebih banyak power-play dikalangan kuasa-kuasa besar dunia di rantau itu untuk secure strategic alliance dan seterusnya bekalan gas asli dan minyak untuk memacu masa depan ekonomi masing-masing.
Sumber hidrokarbon ini macam madu, banyak semut akan menghurungnya tertarik dengan kemanisannya.

Comments are closed.