Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PAT Di Singapore Air Show, Tinjau Booth Korea Aerospace Industries (KAI)

Sebagaimana gambar yang disertakan oleh akaun Facebook Angkatan Tentera Malaysia, beliau turut melawat booth Korea Aerospace Industries (KAI) yang turut menyertakan model pesawat FLIT/LCA pesawat T-50/FA-50 yang juga ditawarkan kepada Malaysia .

0 4,157

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berada di Singapura untuk lawatan rasmi ke republik di selatan tanahair itu serta meninjau Singapore Air Show 2022 yang sedang berlangsung di Pusat Pameran Changi.

Panglima Angkatan Tentera telah melawat beberapa booth pameran pertahanan pada Singapore Air Show itu.

Sebagaimana gambar yang disertakan oleh akaun Facebook Angkatan Tentera Malaysia, beliau turut melawat booth Korea Aerospace Industries (KAI) yang turut menyertakan model pesawat T-50/FA-50. yang turut ditawarkan kepada Malaysia bagi program perolehan pesawat FLIT/LCA-nya.

Pesawat yang dibangunkan oleh KAI itu merupakan antara pesawat yang ditawarkan kepada Malaysia bagi tender perolehan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA).

Selain melawat booth pameran KAI, Panglima Angkatan Tentera itu turut dilihat melawat booth pameran Airbus dan beberapa booth yang lain.

PAT
(FB ATM)
PAT
(FB ATM)

 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun FB ATM, ia menyatakan bahawa Panglima Angkatan Tentera telah menerima anugerah ketenteraan tertinggi Singapura, iaitu Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera) yang disampaikan oleh Presiden Singapura Mdm Halimah Yacob bertempat di Istana Singapura, hari ini.

Penganugerahan ini adalah bagi mengiktiraf sumbangan besar beliau dalam aspek pengukuhan hubungan diplomasi pertahanan antara kedua-dua Angkatan Tentera Malaysia dengan Singapura yang terus berkembang dari masa ke masa menerusi kepelbagaian aktiviti latihan ketenteraan dua hala.

FA-50
FA-50

 

Antara latihan ketenteraan dua hala adalah seperti Eksesais Malapura, Eksesais SEMANGAT BERSATU, dan Eksesais SAREX MALSING disamping beberapa perlaksanaan program lawatan peringkat tinggi, program tukaran pegawai dan penganjuran kursus kepakaran.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera telah menerima Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan Singapura sebelum mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau iaitu Lieutenant-General Melvyn Ong, Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces.

PAT
Panglima Angkatan Tentera bersama Presiden Singapura Mdm Halimah Yacob di Istana Singapura. (FB ATM)

 

Beliau seterusnya telah melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Singapura iaitu Dr Ng Eng Hen.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Singapura di samping membincangkan kerjasama dalam mendepani cabaran keselamatan bersama di rantau ini.

PAT
Panglima Angkatan Tentera dengan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen. (FB ATM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Selepas majlis penerimaan anugerah tersebut, Panglima Angkatan Tentera telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Istana Singapura.

Kunjungan hormat itu adalah untuk mengesahkan lagi hubungan pertahanan yang kukuh serta melahirkan komitmen yang tinggi terhadap usaha dalam mempertingkatkan lagi kerjasama pertahanan dua hala. — DSA

PAT
Panglima Angkatan Tentera dengan rakan sejawatnya daripada Singapura. (FB ATM)
Comments
Loading...