Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PASKAL Terima 11 Bot Tempur RHIB

0 1,467

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Usaha memperkasa Operasi Benteng (Op Benteng) di Selat Melaka diperkukuhkan lagi apabila Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima  11 unit bot tempur atau Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) bernilai RM8.2 juta.

Menurut Panglima Pasukan Khas Laut (Paskal) Laksamana Pertama Mohd Redzuan Talib berkata kesemua bot RHIB itu amat lasak terutama ketika laut berada di dalam keadaan bergelora.

paskal

“Sebuah bot ini boleh menempatkan 12 orang dengan kelajuan maksimum mencapai 45 knot serta mempunyai dua enjin 400 kuasa kuda,” katanya. Beliau berkata demikian majlis penyerahan bot RHIB itu kepada TLDM di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Bot-bot RHIB itu dibina oleh syarikat MSET Inflatable Composite Corporation Sdn Bhd (MSET). Turut sama menyaksikan penyerahan bot itu adalah Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany. Kesemua bot RHIB itu yang berjaya dibina dalam tempoh lapan minggu di limbungan MEST, Kuala Terengganu turut dilengkapi dengan peralatan navigasi dan komunikasi.

paskal

Ia juga berupaya untuk pelayaran jarak jauh.

Bot-bot RHIB terbabit akan meningkatkan lagi keupayaan pihak berkuasa di dalam melaksanakan Op Benteng di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan untukmengekang kegiatan jenayah rentas sempadan

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...