Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Teleskop Radio Di China Dakwa Kesan Kewujudan Makhluk, Tamadun Asing

Laporan dikeluarkan oleh akhbar rasmi “Science and Technology Daily” terbitan Kementerian Sains dan Teknologi China mendakwa teleskop radio terbabit telah mengesan signal elektromagnetik yang "mencurigakan" di planet-planet lain.

0 1,214

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Teleskop gergasi, “Aperture Spherical Telescope” (FAST) atau juga dipanggil “Sky Eye” yang terletak di Wilayah Guizhou, China mendakwa ia telah berjaya mengesan kewujudan “tanda-tanda” kewujudan makhluk dan tamadun asing.

Laporan dikeluarkan oleh akhbar rasmi “Science and Technology Daily” terbitan Kementerian Sains dan Teknologi China mendakwa teleskop radio terbabit telah mengesan signal elektromagnetik yang “mencurigakan” di planet-planet lain.

Satu pasukan khas daripada Universiti Normal di Beijing dikatakan telah menjalankan siasatan tentang penemuan terbaru itu.

Teleskop
Teleskop “Sky Eye”

 

“Terdapat beberapa kes kesan-kesan teknologi dan tamadun asing di luar daripada bumi,” menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar rasmi kementerian terbabit di China itu.

Teleskop gergasi “FAST” itu adalah satu-satunya radio teleskop sebesar 500 meter yang wujud di dunia pada ketika ini, dengan pembinaannya bermula pada tahun 2011 dan hanya diisytiharkan telah beroperasi sepenuhnya pada Januari 2020.

Teleskop itu berkemampuan mengesan kewujudan signal-signal radio yang lemah di galaksi dan planet-planet lain.

Pihak berkuasa China dikatakan membelanjakan US$180 juta (RM720 juta) untuk membina teleskop radio terbesar dunia itu.

Sejak 2020, teleskop radio telah memfokuskan usahanya untuk mencari kewujudan makhluk dan tamadun asing selain apa yang terdapat dibumi.

Teleskop

Beberapa hari selepas mengumumkan penemuan yang menggemparkan seluruh dunia itu, laporan tentang “tanda-tanda” kewujudan makluk asing di luar bumi telah ditarik balik oleh akhbar rasmi Kementerian Sains dan Teknologi China itu tanpa memberikan sebarang sebab.

Cosmologist China Zhang Tongjie yang juga digelar sebagai “pemburu makhluk asing” negara itu mendakwa teleskop “Sky Eye” telah mengesan beberapa signal elektromagnetik yang berlainan berbanding apa yang mereka temui sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, signal-signal elektromagnetik yang mencurigakan itu mungkin hanyalah “gangguan radio”.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Beliau berkata kemungkinan signal-signal elektromagnetik mencurigakan yang ditemui oleh teleskop gergasi itu hanyalah “gangguan radio” adalah tinggi dan ia memerlukan usaha-usaha pengesahan dan kajian yang akan memakan masa yang panjang.

Diatas kemungkinan bahawa signal elektromagnetik itu hanyalah “gangguan radio” dan bukan tanda-tanda kewujudan makhluk atau tamadun asing, mungkin adalah sebab mengapa laporan asal oleh akhbar rasmi sebuah kementerian di China telah ditarik balik.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada kerajaan China mengapa laporan asal itu telah ditarik balik. — DSA

 

Comments
Loading...